Memaparkan catatan dengan label Bila Ku Kenangkan Kembali.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bila Ku Kenangkan Kembali.... Papar semua catatan

30 Jun 2023

Cerita Raya Haji ke-2 (30hb Jun 2023)

11 Zulhijjah 1444H bersamaan 30hb June 2023 M.

Sekadar coretan panjang hujung jari.
Flashback raya pertama Hari Raya Korban tahun ni yang tak meriah. Alhamdulillah Ma AK sedang berada di Mekah tunaikan haji.
Jadi tanpa Ma, suasana raya memang tak meriah. Adik2 AK yang tinggal berdekatan semua beraya kat rumah mentua. Tinggallah keluarga AK aje yang beraya kat rumah kali ini. Empat buah rumah berhadapan sunyi sepi. AK pun rasa malas nak keluar rumah.
Pagi raya tu AK dah berbaju kurung lawa, baju recyle yg beli khusus utk satu program dan baru sekali pakai masa tu. Jadi sebab masih baru maka jadilah ianya baju raya AK kali ini. AK pergi beraya ke rumah mak sedara dan sepupu yang sebelah rumah. Mak sedara AK buat korban ambil sebahagian lembu. Maka sepagi itu AK ulang alik bertapa rumah sepupu AK yang mengadap rumah mak sedara. Buat rajin kat dapur dengan pakai baju raya.
Pagi tu juga AK bertelefon dengan adik AK yang kat Jerantut. Sembang tersasul sebut nak beraya kat rumah dia. Bersoraklah anak sedara sebab pertama kali AK beraya kat sana. AK ngn adik AK yang ni sama2 tak ada mertua. Kami dua beradik sahaja mertua yang dah kembali ke rahmatullah.
Jadi AK beritahu papa nak pergi beraya Kat Jerantut. Papa cam lam kepala dia ckp nonsense. Jauh tu...
Tapi bukan AK kalau apa yang AK cakap AK nak, mesti AK buat sampai jadi. AK beritahu anak2. Ada yang setuju nak ikut dan ada yang menolak. Janji lepas zohor kemudian delay sampai Asar. Gara2 tunggu anak no. 2 yang janji nak ikut tapi dia bawak lari kereta Myvi AK, tunggu2 tak nampak byg hidung. Akhirnya jam 5.15ptg AK bertolak ke Jerantut bertiga bersama anak sahaja. Papa cakap dia sakit kepala tak mahu travel jauh. Tanya anak sulung, dah elok dia kemas baju masuk kereta bila nampak adik no.3 dah ada dalam kereta dia tak jadi ikut. Yg no. 2 tak nampak bayang juga. Petang tu angin push2 keluar sampai AK menitik air mata bila ajak mereka tak nak ikut.
Jadi AK pun dengan Bismillah dan selawat serta doa semoga perjalanan selamat sampai ke destinasi. Dalam perjalanan awal2 tu boleh lagi memandu dengan tenang tetapi setelah melepasi sempadan daerah kereta dah mula bergerak laju vs perlahan. Lepas tu hujan selebat2nya pula area dekat nak sampai GM. Jalan dkt Petronas GM, Alhamdulillah dibuka jadi tak perlu lalui jalan jauh ikut Pulai GM.
Semasa atas Highway LPT2 dah maghrib. Jalan dua lorong jadi buat cara dua lorong. Sampai kat bulatan Benta rehat sekejap Kat masjid kat situ. Sambil sejukkan enjin kereta. Setengah jam kemudian mulalah perjalanan berliku Benta-Damak. Alhamdulillah masa kat Kg. Batu Balai, Jerantut jalan juga lancar tak perlu lalu dalam kebun kelapa sawit seperti trip beberapa bulan lepas. Dekat jam 10.30 malam barulah kereta AK merayap masuk berhenti depan rumah adik.
Malam tu tidur lena. Hati masih lagi sendu. Rasa ketat dalam dada. Merajuk yang takde faedah. Papa call tak jawab. Bila AK mesej dalam grup anak menantu ma, papa menyampuk. Jd AK padam mesej yang AK beritahu dah selamat sampai di Jerantut. Baik punya perangai rajuk yang rapuh.
Pagi raya kedua bangun awal. Hirup udara segar. Bentang Plan utk hari tersebut. Biasa pagi Jumaat ada pasar pagi jumaat kat Pekan Damak. Tapi pagi raya ke-2 tu lengang aje. Jadi sebab waktu tu dah jam 10.00 pagi, AK bawak adik dan anak sedara shopping barang dapur kat pasaraya kat Pekan Damak tu. Beli roti dan bahan nak buat Sandwich, beli bahan2 nak buat macaroni goreng. Bahan puding telur dan air koktail buah tertukar jadi koktail laici rose gara2 lupa nak beli sunquick oren. Balik dari pasar terus bekerjar masuk dapur. Tong tang, tung tang kat dapur, siaplah menu utk berkelah.
Lepas zohor tu kami berehat kejap, sebab adik ngn hubby dia pergi majlis rewang kendiri kahwin jiran sekampungnya. Lepas asar baru kemas barang masuk kereta tujuan hala berkelah ke Sungai Rengat. Perjalanan bertar sehingga perkampungan orang asli kat situ kemudian redah perjalanan berbatu dan berhabuk, sempit dan bersimpang siur turun bukit naik bukit. Mencabar juga mujurlah kereta SUV yang AK bawak ni tinggi jadi redah bukit tu tak terasa sangat kelajuan sekadar 40km-50km perhours tu boleh dikawal stereng lagi. Bila ikut belakang kereta orang lain dekat2 nak sampai hanya 20km/hrs. Berselisih AK ketepi redah semak sampai lupa cat kereta calar.
Perjalanan ntah berapa km. Terasa jauh juga mungkin lebih 5km. Masa sampai kat Sungai Rengat tu ramai dah pengunjung. Kereta melebihi 30 buah. Penuh. Air sungai pun agak keruh. Nampak tempat perkelahan tu tak seindah masa AK datang dulu2 cari orkid. Nampak ketara sangat perubahan dah tak seindah dulu walaupun ada beberapa kemudahan seperti pelantar peninjau utk bergambar dan ada rumah ala2 kem utk program. Klu dulu kawasan tu hutan yang menghijau.

Jadi 10 minit aje tinjau kat situ, AK pun balik. Tukar plan pergi ke Rafflesia Trail atau PAMUC pula. Ambik masa juga nak sampai sini sebab tukar arah jadi jauh. Kat sini hanya ada 3 buah kereta lain dan termasuk AK jadi 4 buah. Nak turun ke kawasan perkelahan tu agak curam kena menuruni tangga. Kat situ air jernih giler. Berkilau. Sebab kat kawasan berpasir air cetek dah ada orang lain, jadi AK dan keluarga bentang tikar letak bekal makanan atas batu.

Lepas tu kami terus mandi. Jadi AK pun join sekali mandi. Sejuk, nyaman dan Best airnya. Jernih sampai boleh nampak pasir yang berkilau dengan anak2 ikan.

Plan lepas mandi baru nak makan. Tak sampai setengah jam main air, tiba2 anak sedara AK yang umur 10 tahun berdentum jatuh tergelincir atas batu. Tergolek jatuh dari ketinggian 1 meter.
Jenis budak degil, keras hati. Kuat semangat. AK pun serbu kat dia pegang kepala dan belek. Nampak ada luka dalam 1cm. Berlubang 3mm. Darah dah meleleh ke baju.
Acara bersukaria jadi musibah. AK pun arah semua keluarga packing barang. Program berkelah terbatal. Jantung berdebar. Hati tu tak usah cerita mujur dapat kawal panik. Adik ngn Hubby dia dah panik. Tapi AK buat cool pimpin anak sedara. Pendakian naik ke tempat parking tu yang sakit lutut, sesak nafas semput lama tak aktif mendaki pada ketinggian hampir 90° mendaki.
Bila sampai kat tempat parking, anak sedara ni menangis meraung tak nak pergi klinik. AK yang lap kepalanya ngn tisu dah dua tiga kali tukar tisu tahan darah. Sesi pujuk memujuk gagal. Mummy ngn daddy dia dah serah kat AK utk uruskan sbb dia tau perangai anak dia.
Lastly AK cakap "Jom kita balik." Ajak semua orang masuk kereta.
Otw melalui jalan ke jalan utama Ulu Cheka Damak, adalah pula sebuah kereta yang tengah cuci kereta betul2 tengah jalan. Menghalang laluan. AK cakap juga sambil bergurau... " Tak boleh jadi camni bang. Buat lawak cuci kereta tengah jalan."
Dia orang tak tau AK berdebar bawak kereta sambil jeling seat belakang. Tengok anak sedara risau takut dia collapse je...
Pastu waktu tu dah hampir jam 6.30ptg lebih. Kereta AK mode lampu auto. Gelap sikit menyala. Bila laluan cerah dia off sendiri. Macam AK bagi warning kat kereta depan pula walaupun tak ada niat. Kereta proton saga blm hitam kat depan tu beri laluan dan ke tepi. Jadi AK dapat potong dia. Tapi kemudian dia macam kejar AK pula. Jadi bila AK dah ke depan dan laluan clear, AK pun tekan sikit minyak. Laluan camtu adalah laluan biasa bagi AK pemandu kampung pedalaman. Jadi AK melaju ke depan dan tak nampak bayang dia. AK terus ke KK Damak. Call petugas onkol.
KK Damak, Jerantut
15 minit kemudian PPP sampai dengan Honda putih dia. Masa kat unit kecemasan tu, anak sedara AK dah meronta enggan dirawat. AK ngn anak AK pegang, tapi tenaga budak 10 tahun lebih kuat. Jadi petugas tu mintak bantuan kawan dia datang utk pegang. Struggle giler kami di buatnya. Empat orang dewasa lawan sorang budak lelaki 10 tahun itu pun dgn taktik membalut dgn blanket tebal.

Masa azan maghrib tengah sesi memujuk utk menjahit luka. Sejam lebih layan tenaga budak lelaki yang badan kecik tapi kuat. Memang keturunan pendekar anak Pahang. Dahlah dia sekolah kat Sekolah Keb Pawang Nong. Aura kuat mmg ketara.
Bila keluar dari bilik kecemasan tu, kat luar dh gelap. Kami terus balik ke rumah. Pakaian di badan masih lagi basah. Dah rasa gatal badan pakai pakaian basah. Sampai rumah, perut pun dah berkeroncong. Nak makan tak ada selera teringat peristiwa tadi.
Lepas mandi dan makan sikit bekalan berkelah siang tadi, baring2 masa tu dah jam 10mlm. Seawal jam 11mlm dah lena diulit intan.
Peristiwa raya ke 2 tu rupanya bersambung pula cerita lain pula esoknya.
Apakah yang berlaku esoknya juga tambah debaran kali kedua utk AK?
Astaghfirullah... Al-sobrul minal iman.

Foto-foto sebelum kami turun ke kawasan Lata yang agak curam dan mendaki . Nasib baik ada tangga simen disediakan.







#aronkin
#sekadarperkongsian
#ceritadihujungjari

24 Oktober 2014

Catatan Oktober 2014

Ouugghhhhh.....
Dah bersawang benor blog puteri cilikku ini. Aku hanya menunggu masa untuk mengajar puteriku ambil alih sendiri blog ini dan uruskannya sendiri.
Aku dah jarang-jarang dapat mencoret cerita puteriku di sini lantaran kesibukan yang tak terjangkau dek line internetku yang slow and sleepy..













19 Oktober 2013

Tyra dan kaler Pink

Selamat Hari Raya Idil Adha...
Tyra dengan warna kesukaannya merah jambu atau dia suka sebut 'pink'...
Kaler pink ini memang dah jadi trade mark Tyra. Semua barang miliknya kalau boleh nak warna pink. Baju Pink, Seluar Pink, Beg pink dan kasut atau selipar pink. Naik pening juga papa Tyra dengan permintaan Tyra yang TERsangat Demand itu.
Cerita klaer pink Tyra ini kadang-kadang jadi lawak pula.
"Mama, hari ni mama masak nasi pink untuk Tyra ya..!!! "
Huhuhuhu... nasi kaler pink. Cubalah korang imagine macam mana nasi kaler pink? Pulut kaler pink bolehlah aku faham ini nasi nak makan dengan ulam dan cicah budu... apa cerita neh...
Setakat Tyra merayu aku buat kek kaler pink aku boleh tahan lagi tapi tang dia mintak aku masak nasi kaler pink itu yang bikin aku nak pink-san...
Ada-ada saja puteriku ini...
Bilik dia memang dah kaler pink. Cover Ipad miliknya kaler pink. Pinggan makan dan cawan nasi miliknya memang dah sah kaler pink. Semuanya kaler pink miliknya. Jangan sesekali abang-abangnya tersalah pilih barang kaler pink kat kedai, sah-sah nanti barang itu memang akan jadi miliknya.
Alahai Tyra dan pink kaler miliknya..

16 Mei 2013

Kisah Tyra dan Dia...

Hahaha... romantiskan tajuk sebegitu.. Macam orang bercinta pula.
Hampir setahun tidak berkolabrasi di sini. Hampir setahun kekeringan idea dan menyepi diri.
KINI DI TAHUN 2013 YANG SUDAH MENGINJAK KE BULAN MEI dan Puteri Kecilku sudah memasuki alam persekolahan.
Begitu cepat masa berlalu. Dari hari pertama ke lahirannya sehingga kini usianya menginjak 6 tahun (Sebenarnya 5 tahun 5 Bulan) masa terus bergerak dan berlalu. Setiap detik melihat puteri yang semakin membesar di depan mata dan menjadi gadis kecil yang comel dan sedikit lasak sebenarnya membuat hatiku teruja sebagai seorang ibu dan sekaligus bersyukur dikurniakan anak-anak yang sihat dan comel serta bijak.
Tyra Iskina di Zoo Negara berlatar belakang kura-kura gergasi.

Tyra Iskina paling suka bergaya bila fotonya di ambil.

Tyra , Junjun dan Boboy yang kepenatan setelah seharian berjalan di dalam kawasan  Muzium Negara Kuala Lumpur.

Tyra berlatar belakang topeng patung Thailand.

Tyra cuba meniru memek muka topeng patung opera cina tetapi jadi juling pula matanya.





26 April 2012

Foto Sekitar Majlis Kenduri !00 hari Arwah Pakcik Him

Bonda dan Mak Da sedang memotong kacang panjang
Anak-anak kecil pun riang bermain sementara menunggu lauk masak
Ibu-ibu sedang menyiang daging untuk dimasak gulai campur batang pisang Ayam untuk dimasak tresek kacang
Sekitar majlis kenduri 100 hari arwah Pakcik Him

06 Januari 2012

MAMA VS TYRA ISKINA

Ini gambar mama masa kecil. Usia lebih kurang Tyra sekarang. Siapa lebih cute.. mama atau Tyra?

05 Ogos 2011

Cerita Raya Puasa 2010

Raya dah seminggu berlalu. Aku juga dah dekat 2 minggu lapor diri kat tempat keja baru. Banyak juga yang aku nak bercerita sebenarnya tapi sebab raya masih terasa, sana-sini rumah terbuka maka aku nak coret cerita raya dulu. Aku sebenarnya dapat cuti raya awal gak iaitu pada 18hb Sept aku dah confirm cuti hingga 25hb Sept. Ni lah pertama kali aku nak beraya lama skit. Nak dijadikan cerita hubby aku kat Mentakab, tak dapat balik beraya sama. Aku pun sebenarnya tak nak beraya kat Mentakab sebab anak-anak ada kat kampung. Pujuk hubby tapi dia cakap tak dapat cuti. Ada keja gak hari raya. Isk..isk sedihnya hati. Aku merayu sampai nak meroyan baru hubby gitau roadtax keta dia mati 15hb Sept lagi. Alemak apa ke cite plak ni. Kenapa tak check awal-awal? Membebel , menangis dekat segantang ayor mate, dia tak jumpa geran keta sebab dah packing barang-barang masuk kotak sampai dah konfius kat ne di letak beg document. Adoi .... Then aku plak sebenarnya ada bawak balik beg document yang mengandungi macam-macam hal milik aku.. try belek mana tau ada geran keta hubby aku.. Sah! memang sah!!!... Geran keta hubby ada dalam simpanan aku kat kampung... Tengok kalendar 16hb Sept.. Nak post geran dah was-was.. gerenti sampai lepas raya.. Memang salah koi gak weh.. Pastu aku mintak dia check tiket ketapi, dah sold out.. Tiket bus..Hehehe.. sama ler .. Akhirnya dah tak ada cara lain aku kena turun sendiri ke Mentakab demi hubby tercinta. Pada 17hb plak aku abih keja lewat sangat kira-kira kul 9.30malam. Abih keja aku balik gak ke kampung malam tu gak. Penat? Sapa tak penat drive sorang2 sejauh 100km++... Aku sampai umah kul 10.40pm.. Speed? Tak lah jugak tapi jalan lengang hala ke KL.. Faham-faham je lah.. Sampai kampung cam biasa anak-anak yang sambut kat pintu. Lepas mandi dan bersiap, ajak anak-anak tido sama, aku pun terlena sampai kul 3.00pagi.
Lepas makan sahur kira-kira kul 4.30pagi, aku ikut abah pegi jemput adik aku Awie yang balik ngan bas dari UUM. Sampai kat Tanah Merah kul 5.50am.. Azan subuh, sempat dengar kuliah subuh, tapi bayangan bus Putra 12 dari UUM tak nampak gak. Telefon adik kira-kira kul 6.00am baru dapat, dia gitau baru sampai Jeli. Ampeh, cian plak kat abah yang tersengguk-sengguk menunggu anak lelaki bongsunya itu. Anak sulung aku lena kat seat belakang keta. Tiba-tiba gedebuk jatuh.. Ler mimpi plak dia ghopenya.. Abah plak terkejut. Aku tak bleh tido sebab buka aircond keta sejuk sangat. Bila tutup ekon, panas plak. Buka tingkap nyamuk banyak masuk..
Tunggu punya tunggu kul 7.00am baru bus adik aku sampai. Ramainya yang nak balik berayo..
Aku sampai umah kul 8.00am+++.. Mata mengantuk.. Lena sampai kul 9.30am. Pas mandi dan bersiap2, kul 10.15am baru aku dapat bertolak ngan Awie ke Mentakab sebab nak jemput Hubby aku. Kesian ngan Awie yang penat travel dari Kedah agi tapi dia cakap larat lagi.. sebab dia nak drive keta. Maklumlah baru dapat lesen P tak sampai 1/2 tahun. Pastu jarang pegang stereng..tengah gianlah..
Awie tengah gian nak bawak keta. Awie bawak keta dari umah sampai ke Felda Kechau, alasan dia tak arif nak bawak keta dalam bandar.. lepih.. Dekat 3 jam lebih juga tu..
Dari Felda Kechau aku plak ganti sampai ke Taman Bukit Bendera, Mentakab.. Kira-kira jam 3.00petang. On the way jalan aku hala ke Pahang lancar je... Tapi dari arah bertentangan..
aok tengok ler sendiri...Anak kelate dari rantauwen kelik ghayo...
Sampai kat umah aku, hubby aku dah tunggu kat pintu pagar.. Masuk je dalam umah.. mak oooiii.. penuh ngan kotak-kotak yang dah packing brg. Rupanya diam tak diam hubby dah bersedia menerima hakikat aku transfer klate.. Hanya perabot yang besar belum diusik..
Lepas ambik beg dan aku sempat selongkar barang kat dapur cari alat memasak, nak buat kueh raya mana tau klu rajin,, Kul 4.30 petang baru bertolak ke klate.. Kali ini hubby yang drive keta. Aku plak dapatlah melelapkan diri.. Jalan nak balik kali ini memang jamm tahap
sewel.. Kami berbuka pose kat Petronas Felda Kechau.. Pastu sampai Gua Musang aku aku drive hingga Kawasan rehat dan rawat sebab berenti isi minyak kat Shell kat situ. Then hubby aku sambung driving sampai kampung. Jam 11.45mlm bru selamat sampai kampung. Anak-anak lum tidur. Semua anak-anak menjerit tengok papanya. Aku rasa terharu sangat saat itu. Mungkin kerinduan anak-anak pada papanya telah terubat. Aku yang kepenatan pun bleh hilang.. Segar ..
Okey that's all cite aku nanti sambung lagi. Nak siapkan assignment dulu yek.. Layan gambar cuci mata.. Tengok gambor anak-anak koi..

12 Disember 2009

Potret Keluarga Tyra Di Hari raya


Hari raya yang lepas amat bermakna untuk Tyra kerana seluruh ahli keluarga berkumpul dan beraya bersama-sama.


10 beradik yang bahagia

Hari Raya ke-2 semasa majlis menyambut menantu Ayah Wan...

24 Oktober 2009

Cerita aku, nenek dan Tyra

Petang semalam aku berkejar balik ke kampung menjengok nenek aku yang sakit. Malam jumaat sebelum itu aku menjaganya di Wad Rajawali, Hospital Kuala Krai setelah nenek dimasukkan ke hospital kerana demam teruk. Malam aku menjaga nenek, ramai keluarga aku datang melawat pada petangnya. Mak Nab, bonda saudaraku dari Terengganu bergegas datang. Tetapi oleh kerana Mak Nab sendiri ada penyakit darah tinggi, aku tawarkan diri untuk menemani nenek di hospital. Selepas waktu melawat habis, nenek mula tidak berhenti bercakap. Aku rasakan bagaikan melayan orang tua yang lain bukan nenekku sebelum ini. Nenek juga bagaikan cukup kuat dan bertenaga. Sebelum itu dia agak lemah dan hanya berbaring sahaja. Sebenarnya nenek aku ini sudah berusia 90 tahun. Dia boleh bangun dari katil dan cuba berjalan ke tandas. Apabila aku mengambil kerusi roda dia enggan duduk. Dia cakap dia malu duduk di kerusi roda kerana dia dah sihat. Maka terpaksa memimpin dan memeluknya agar tidak jatuh semasa di tandas. Aku juga menemaninya sehingga ke dalam tandas. Dia enggan apabila aku hendak menolongnya untuk mencebok air. " Tak payohlah.. aku kuat lagi ni.." Sebelum ini nenek aku pun memang seorang yang kuat dan berdikari. Selepas ke tandas, nenek berjalan ke katil semula. Semasa sampai di katil nenek perasan kerusi roda yang aku letakkan di tepi katil untuk membawanya ke tandas. Dia memberitahu teringin hendak menaiki kerusi roda. Aku tetap melayani kehendaknya. Dia meminta aku menolaknya sekeliling katil. Aku ketawa sahaja melayani gelagatnya itu. Nenek juga bersungut malu apabila aku memujuknya makan dengan menyuapnya. Dia cakap malu lah orang tua makan bersuap. Tapi aku tetap memaksanya makan . Tak sampai 5 sudu makan dia enggan lagi membuka mulut. Terpaksalah aku menghabiskan nasi sebungkus besar itu. Selepas itu aku meminta nenek berbaring di katil. Kali ini dia enggan baring walaupun jam dah pukul 1.00pagi. Dia cakap tidak mengantuk. Aku pula bernasib baik kerana sambil melayani nenek berbual, aku dapat melayari internet kerana di Hospital itu ada free wifi 3Com. Nenek pula bertanya bermacam-macam soalan yang remeh-temeh dan setengahnya tidak masuk akal. Apa yang paling menakutkan aku apabila dia memberitahu hendak ke arah tingkap kerana ada orang yang memanggilnya dan menunggunya untuk balik. Katanya lagi orang itu menunggunya dalam kereta. Lampu kereta sudah lama terpasang kerana menunggu nenek untuk mengajak nenek pulang. Aku pula terpaksa memegang nenek kerana dia hendak bangun dan pergi ke arah tingkap. " Tak boleh mok, kita lo ni dok tingkap 2 bukan tingkap bawah.." " Ehhh.. Kesian ore tu, tunggu nak ajok mok kelik.." "Mana ada ore mok.., tu bumbung bangunan depan nun.. Tak ada sapa-sapa pun panggil mok.." "Tu.. ada ore panggil nak ajak balik.." Dia meronta-ronta dari pelukan aku.. Tenaga nenek aku masa tu luar biasa juga kerana aku terpaksa memeluknya dengan kuat sambil memujuk dia baring. Aku membaca Ayatul Kursi sebanyak 3 kali dan menghembuskan di telinga dan menghembus di tapak tanganku dan menyapu ke muka nenek serta badan sehinga ke kaki beliau. Alhamdulillah, nenek tenang seketika dan mula baring. Aku memujuknya tidur dan memejam mata. Di waktu itu aku terasa sangat berdebar dengan tingkah laku nenek yang tidak seperti biasa. Aku membisikkan syahadat dan menyuruh nenek mengucap sebelum dia perlahan-lahan menutup matanya. Aku menarik nafas lega apabila nenek mula berdengkur. Aku juga mula berbaring di kerusi panjang dan mula memejamkan mata. Ketika itu jam sudah pukul 3.00pagi. Belum pun sampai setengah jam terlena.. kerana aku terpandang jam yang terletak di dinding wad menunjukkan pukul 3.27pagi.. Aku rasa seseorang berdiri di hujung kaki aku dan telah memijak kaki kananku. Aku terus membuka mata. Nenek sedang berdiri sambil membetulkan kain yang hampir terlondeh.. "Mok nak gi mana tu.." Aku terkejut amat melihat nenek yang tegap berdiri melangkah melintasi aku. " Tu.. nak gi tengok kreta sapa dok tunggu takdi.. lampu tak tutup cerah.. Kesian dia tunggu mok.." Nenek juga beritahu dia sudah tanggalkan jarum yang dipasang untuk masukkan air drip. Mujurlah tidak berdarah. Adooi.. Dia datang lagi.. Aku terus pegang badan dia dan memujuknya duduk di katil. Dia meronta-ronta hendak pergi ke arah tingkap yang kelihatan cahaya dari luar. Kebetulan ada seorang makcik yang sama-sama menunggu keluarga sakit datang menghampiri katil nenek. "Mokcik nak gi mana.. ?" "Tu nak gi depan tu.. ada kereta tunggu ajak balik.." Beritahu nenek. " Takdok sapo pun .. Ore tu dah kelik doh.. Mokcik tido lah.. Esok nati buleh kelik.." Makcik yang baik hati itu juga menolong memujuk nenek. Nenek diam. Tapi kemudian nenek membebel pula hal lain. Marah pasal ditinggalkan oleh adik lelaki aku. Aku memberitahu nenek bahawa adik aku tidur di dalam kereta. Nenek diam seketika. Tapi dia sambung pula bercerita hal lain dengan makcik itu. Aku betul-betul pening dengan kerenah nenek. Dalam hatiku kalaulah nenek ni budak kecil dah lama aku lempang. Nenek betul-betul mengamuk apabila aku enggan membenarkan dia bangun. Aku menutupi tubuh nenek dengan selimut hingga ke paras leher sehingga dia sukar untuk bergerak. Dia membebel dan hanya beritahu hendak balik ke rumah. Dia hendak siapkan tikar mengkuang dan tengok kebunnya. Aku pujuk agar dia tidur kerana kena tunggu hari siang baru boleh balik. Namun nenek enggan. Apabila selimut yang menutupi tubuhnya terlerai dia terus duduk. Nenek memberitahu hendak ke tandas pula. Aku membawanya ke tandas. Nenek tidak tidur sampai ke siang. Dia asyik mintak hendak balik. Dia memberitahu sudah sihat. Dia juga cuba hendak menanggalkan jarum yang dipasang oleh jururawat malam setelah jarum pertama dia buang sendiri. Dia seolah-olah tidak merasa sakit apabila memusing-musing jarum di tangannya untuk mennaggalkannya. Selain itu nenek juga bertanya siapakah perempuan berbaju putih yang berdiri di tepi katilnya dan berwajah putih melepak. Nenek cakap perempuan itu mengajak dia balik. Apa yang aku rasa di saat itu ialah....bulu roma aku meremang... Ishh..ishhh nenek ni.. dah ler duduk kat hospital... Nenek juga ada bercerita dia nampak sekumpulan orang sedang buat kenduri dan makan minum di dalam wad itu. Tetapi orang-orang yang dia nampak itu tidak mempedulikan dia serta tidak mempelawa pun dia makan. Nenek juga bercerita hal lain. Apabila dia memandang ke atas , dia bertanya apakah benda-benda yang tergantung seperti belon itu. Ada orang menjual apa kat situ. Dia juga bersungut pasal duit yang orang datang melawat dan beri padanya. Dia minta aku mencari di bawah katil kerana katanya mungkin ada duit dia terjatuh di situ. Kesimpulannya.. Menjaga nenek satu malam di wad Rajawali , Hospital Kuala Krai memberi aku satu pengalaman baru yang aku rasa gembira dapat menemani nenek, terharu kerana dapat membantu nenek ku sendiri, namun aku jadi takut, bimbang, sedih dan tak mahu ke hilangan nenek. Aku juga jadi marah dan menengking nenek dengan nada tinggi apabila nenek enggan berhenti bercakap kerana dia telah mengganggu pesakit lain berehat. Selain itu aku juga jadi takut dan seriau mendengar dan melayani nenek bercakap di malam itu. Sementelah .. malam jumaat... di hospital pula tu... Tingkap dua... Alahai nenek aku yang keliru... Pagi esoknya, selepas sepupu aku datang untuk mengganti tempat aku, aku balik ke Lata Rek. Tersengguk juga menahan mengantuk masa pandu kereta. Pasang radio kuat-kuat.... Samapai kat rumah, Tyra baru bangun tidur.. Dia sedang menunggu bondaku membuat susu untuknya. Apabila ternampak aku balik, Tyra terus bersembunyi di sebalik langsir kat dapur. "Tyra.. mari sini sayang.. mama peluk sikit.." Tapi dia enggan dan terus sembunyi di situ. Hemm..merajuklah tu.. Aku terpaksa menuju ke arah Tyra dan memeluknya.. Dia memalingkan muka ke arah lain. Hehehe.. puteriku sedang merajuk. Aku mendukungnya dan membawanya ke ruang tamu dan membaringkannya di depan TV sambil minum susu. Apabila habis sebotol baru Tyra mula tersenyum.. Aku memeluknya dan mencium pipinya bertalu-talu. Rindu amat kepada puteriku ini. Abang-abangnya ada yang belum bangun tidur. Hanya Boboy yang berada di bilik air. Aku memeluk anak-anakku sambil melayani Tyra makan sarapan nasi goreng yang bondaku masak. Kebetulan pula Mak Nab dan Mek datang. Aku keluar semula membawa kedua-dua ibu saudaraku untuk melawat nenek di hospital. Tyra hanya melambai tangan kepadaku begitu juga abang-abangnya. " Nanti mama balik lusa ya.." Ucapku kepada anak-anakku. Aku terus membawa Mak Nab dan Mek ke hospital. Kemudian aku meneruskan perjalanan ke KB kerana aku perlu masuk praktikal pukul 2.00 petang. Dua hari tidak menjengok nenek aku menjadi rindu. Semasa aku menelefon kampung , bonda ada memberitahu nenek hendak berjumpa aku. Selepas habis kerja pukul 2.00 petang aku berkejar balik ke kampung. Aku sampai kira-kira pukul 3.55petang di rumah. Selepas mandi, aku membawa Tyra bersamaku ke rumah nenek. Keadaan nenek hari ini tidak seperti di hospital semasa aku menemaninya malam jumaat itu. Nenek sudah bercakap seperti biasa . Dia tidak lagi bercakap merapu. Mek dan Mak Nab berpakat membuat kenduri solat hajat dan pulut kuning. Alhamdulillah nenek jadi seperti sebelum ini. Namun, nenek ada juga bertanya kepadaku kenapa orang-orang yang buat kenduri semasa aku menemaninya, tidak mempelawanya makan. Aku hanya menggeleng kepala. "Kat wad, bukan tempat kenduri.. Hampir 1 jam di rumah nenek, aku bersama Tyra balik. Zaza pula hendak mengikut apabila aku memberitahu hendak ke KB semula. Puas juga pujuk anak-anak yang hendak mengikut. Akhirnya Tyra dan Zaza melambai-lambai tangan kepadaku. Sayu juga rasa hati hendak meninggalkan anak-anak. Semoga anak-anakku sentiasa dalam perlindungan Allah. Lihatlah foto Tyra dan Zaza yang sempat aku snap sebelum aku masuk ke dalam kereta.
Zaza lepas mandi hendak mengikut mama