Sekadar coretan panjang hujung jari.
Flashback raya pertama Hari Raya Korban tahun ni yang tak meriah. Alhamdulillah Ma AK sedang berada di Mekah tunaikan haji.
Jadi tanpa Ma, suasana raya memang tak meriah. Adik2 AK yang tinggal berdekatan semua beraya kat rumah mentua. Tinggallah keluarga AK aje yang beraya kat rumah kali ini. Empat buah rumah berhadapan sunyi sepi. AK pun rasa malas nak keluar rumah.
Pagi raya tu AK dah berbaju kurung lawa, baju recyle yg beli khusus utk satu program dan baru sekali pakai masa tu. Jadi sebab masih baru maka jadilah ianya baju raya AK kali ini. AK pergi beraya ke rumah mak sedara dan sepupu yang sebelah rumah. Mak sedara AK buat korban ambil sebahagian lembu. Maka sepagi itu AK ulang alik bertapa rumah sepupu AK yang mengadap rumah mak sedara. Buat rajin kat dapur dengan pakai baju raya.
Pagi tu juga AK bertelefon dengan adik AK yang kat Jerantut. Sembang tersasul sebut nak beraya kat rumah dia. Bersoraklah anak sedara sebab pertama kali AK beraya kat sana. AK ngn adik AK yang ni sama2 tak ada mertua. Kami dua beradik sahaja mertua yang dah kembali ke rahmatullah.
Jadi AK beritahu papa nak pergi beraya Kat Jerantut. Papa cam lam kepala dia ckp nonsense. Jauh tu...
Tapi bukan AK kalau apa yang AK cakap AK nak, mesti AK buat sampai jadi. AK beritahu anak2. Ada yang setuju nak ikut dan ada yang menolak. Janji lepas zohor kemudian delay sampai Asar. Gara2 tunggu anak no. 2 yang janji nak ikut tapi dia bawak lari kereta Myvi AK, tunggu2 tak nampak byg hidung. Akhirnya jam 5.15ptg AK bertolak ke Jerantut bertiga bersama anak sahaja. Papa cakap dia sakit kepala tak mahu travel jauh. Tanya anak sulung, dah elok dia kemas baju masuk kereta bila nampak adik no.3 dah ada dalam kereta dia tak jadi ikut. Yg no. 2 tak nampak bayang juga. Petang tu angin push2 keluar sampai AK menitik air mata bila ajak mereka tak nak ikut.
Jadi AK pun dengan Bismillah dan selawat serta doa semoga perjalanan selamat sampai ke destinasi. Dalam perjalanan awal2 tu boleh lagi memandu dengan tenang tetapi setelah melepasi sempadan daerah kereta dah mula bergerak laju vs perlahan. Lepas tu hujan selebat2nya pula area dekat nak sampai GM. Jalan dkt Petronas GM, Alhamdulillah dibuka jadi tak perlu lalui jalan jauh ikut Pulai GM.
Semasa atas Highway LPT2 dah maghrib. Jalan dua lorong jadi buat cara dua lorong. Sampai kat bulatan Benta rehat sekejap Kat masjid kat situ. Sambil sejukkan enjin kereta. Setengah jam kemudian mulalah perjalanan berliku Benta-Damak. Alhamdulillah masa kat Kg. Batu Balai, Jerantut jalan juga lancar tak perlu lalu dalam kebun kelapa sawit seperti trip beberapa bulan lepas. Dekat jam 10.30 malam barulah kereta AK merayap masuk berhenti depan rumah adik.
Malam tu tidur lena. Hati masih lagi sendu. Rasa ketat dalam dada. Merajuk yang takde faedah. Papa call tak jawab. Bila AK mesej dalam grup anak menantu ma, papa menyampuk. Jd AK padam mesej yang AK beritahu dah selamat sampai di Jerantut. Baik punya perangai rajuk yang rapuh.
Pagi raya kedua bangun awal. Hirup udara segar. Bentang Plan utk hari tersebut. Biasa pagi Jumaat ada pasar pagi jumaat kat Pekan Damak. Tapi pagi raya ke-2 tu lengang aje. Jadi sebab waktu tu dah jam 10.00 pagi, AK bawak adik dan anak sedara shopping barang dapur kat pasaraya kat Pekan Damak tu. Beli roti dan bahan nak buat Sandwich, beli bahan2 nak buat macaroni goreng. Bahan puding telur dan air koktail buah tertukar jadi koktail laici rose gara2 lupa nak beli sunquick oren. Balik dari pasar terus bekerjar masuk dapur. Tong tang, tung tang kat dapur, siaplah menu utk berkelah.
Lepas zohor tu kami berehat kejap, sebab adik ngn hubby dia pergi majlis rewang kendiri kahwin jiran sekampungnya. Lepas asar baru kemas barang masuk kereta tujuan hala berkelah ke Sungai Rengat. Perjalanan bertar sehingga perkampungan orang asli kat situ kemudian redah perjalanan berbatu dan berhabuk, sempit dan bersimpang siur turun bukit naik bukit. Mencabar juga mujurlah kereta SUV yang AK bawak ni tinggi jadi redah bukit tu tak terasa sangat kelajuan sekadar 40km-50km perhours tu boleh dikawal stereng lagi. Bila ikut belakang kereta orang lain dekat2 nak sampai hanya 20km/hrs. Berselisih AK ketepi redah semak sampai lupa cat kereta calar.
Perjalanan ntah berapa km. Terasa jauh juga mungkin lebih 5km. Masa sampai kat Sungai Rengat tu ramai dah pengunjung. Kereta melebihi 30 buah. Penuh. Air sungai pun agak keruh. Nampak tempat perkelahan tu tak seindah masa AK datang dulu2 cari orkid. Nampak ketara sangat perubahan dah tak seindah dulu walaupun ada beberapa kemudahan seperti pelantar peninjau utk bergambar dan ada rumah ala2 kem utk program. Klu dulu kawasan tu hutan yang menghijau.
Jadi 10 minit aje tinjau kat situ, AK pun balik. Tukar plan pergi ke Rafflesia Trail atau PAMUC pula. Ambik masa juga nak sampai sini sebab tukar arah jadi jauh. Kat sini hanya ada 3 buah kereta lain dan termasuk AK jadi 4 buah. Nak turun ke kawasan perkelahan tu agak curam kena menuruni tangga. Kat situ air jernih giler. Berkilau. Sebab kat kawasan berpasir air cetek dah ada orang lain, jadi AK dan keluarga bentang tikar letak bekal makanan atas batu.
Lepas tu kami terus mandi. Jadi AK pun join sekali mandi. Sejuk, nyaman dan Best airnya. Jernih sampai boleh nampak pasir yang berkilau dengan anak2 ikan.
Plan lepas mandi baru nak makan. Tak sampai setengah jam main air, tiba2 anak sedara AK yang umur 10 tahun berdentum jatuh tergelincir atas batu. Tergolek jatuh dari ketinggian 1 meter.
Jenis budak degil, keras hati. Kuat semangat. AK pun serbu kat dia pegang kepala dan belek. Nampak ada luka dalam 1cm. Berlubang 3mm. Darah dah meleleh ke baju.
Acara bersukaria jadi musibah. AK pun arah semua keluarga packing barang. Program berkelah terbatal. Jantung berdebar. Hati tu tak usah cerita mujur dapat kawal panik. Adik ngn Hubby dia dah panik. Tapi AK buat cool pimpin anak sedara. Pendakian naik ke tempat parking tu yang sakit lutut, sesak nafas semput lama tak aktif mendaki pada ketinggian hampir 90° mendaki.
Bila sampai kat tempat parking, anak sedara ni menangis meraung tak nak pergi klinik. AK yang lap kepalanya ngn tisu dah dua tiga kali tukar tisu tahan darah. Sesi pujuk memujuk gagal. Mummy ngn daddy dia dah serah kat AK utk uruskan sbb dia tau perangai anak dia.
Lastly AK cakap "Jom kita balik." Ajak semua orang masuk kereta.
Otw melalui jalan ke jalan utama Ulu Cheka Damak, adalah pula sebuah kereta yang tengah cuci kereta betul2 tengah jalan. Menghalang laluan. AK cakap juga sambil bergurau... " Tak boleh jadi camni bang. Buat lawak cuci kereta tengah jalan."
Dia orang tak tau AK berdebar bawak kereta sambil jeling seat belakang. Tengok anak sedara risau takut dia collapse je...
Pastu waktu tu dah hampir jam 6.30ptg lebih. Kereta AK mode lampu auto. Gelap sikit menyala. Bila laluan cerah dia off sendiri. Macam AK bagi warning kat kereta depan pula walaupun tak ada niat. Kereta proton saga blm hitam kat depan tu beri laluan dan ke tepi. Jadi AK dapat potong dia. Tapi kemudian dia macam kejar AK pula. Jadi bila AK dah ke depan dan laluan clear, AK pun tekan sikit minyak. Laluan camtu adalah laluan biasa bagi AK pemandu kampung pedalaman. Jadi AK melaju ke depan dan tak nampak bayang dia. AK terus ke KK Damak. Call petugas onkol.
KK Damak, Jerantut
15 minit kemudian PPP sampai dengan Honda putih dia. Masa kat unit kecemasan tu, anak sedara AK dah meronta enggan dirawat. AK ngn anak AK pegang, tapi tenaga budak 10 tahun lebih kuat. Jadi petugas tu mintak bantuan kawan dia datang utk pegang. Struggle giler kami di buatnya. Empat orang dewasa lawan sorang budak lelaki 10 tahun itu pun dgn taktik membalut dgn blanket tebal. Masa azan maghrib tengah sesi memujuk utk menjahit luka. Sejam lebih layan tenaga budak lelaki yang badan kecik tapi kuat. Memang keturunan pendekar anak Pahang. Dahlah dia sekolah kat Sekolah Keb Pawang Nong. Aura kuat mmg ketara.
Bila keluar dari bilik kecemasan tu, kat luar dh gelap. Kami terus balik ke rumah. Pakaian di badan masih lagi basah. Dah rasa gatal badan pakai pakaian basah. Sampai rumah, perut pun dah berkeroncong. Nak makan tak ada selera teringat peristiwa tadi.
Lepas mandi dan makan sikit bekalan berkelah siang tadi, baring2 masa tu dah jam 10mlm. Seawal jam 11mlm dah lena diulit intan.
Peristiwa raya ke 2 tu rupanya bersambung pula cerita lain pula esoknya.
Apakah yang berlaku esoknya juga tambah debaran kali kedua utk AK?
Astaghfirullah... Al-sobrul minal iman.
Foto-foto sebelum kami turun ke kawasan Lata yang agak curam dan mendaki . Nasib baik ada tangga simen disediakan.
#aronkin
#sekadarperkongsian
#ceritadihujungjari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan