10 Oktober 2012

Puteriku Tyra Iskina


Assalamualaikum..
Oh! Puteri kecilku sudah semakin menjadi anak dara yang jelita di depan mata. Hari-hari aku sebagai seorang ibu yang melihat tumbesaran dan perkembangan puteri cilikku amat merujakan.
Eh! Betul ke ayat aku ni. Setiap kali membawa Tyra keluar pasti ada yang akan menegurnya dan mencubit pipi gebunya. Aku sebagai ibu yang melahirkannya rasa amat berbangga dan bersyukur dengan anugerah Allah kepadaku, suami dan keluargaku. Aku rasakan hidupku kini cukup sempurna mempunyai tiga orang putera dan seorang puteri.
Namun kadang-kadang mendung itu berarak jua mengusik ketenanganku.
Sekarang ini ramai juga mulut-mulut comel yang menegurku.. Melihat Puteri Tyra Iskina yang sudah semakin tinggi dan petah.
"Puteri dah besar tu bila nak menambah yang baru..?"
"Lama dah tak beranak tu karang jadi ibu beranak sulong plak.."
"Atau dah tak subur benih ke?"
Isk.isk...isk..macam-macam mulut mugil berbicarakan. Ikut sedap mulut je. Macamlah aku ni mandul Tak sedar ke lagi aku ni dah berjaya melahirkan empat orang anak. Adakah alasan kerana Puteriku Tyra Iskina sudah menginjak usia 5 tahun maka aku perlu menambah anak lagi?
"Engkau ambik ubat apa Ron? Kau pakai alat ke?"
"Macam mana bleh jadi jarang plak sekarang ni?"
Kadang-kadang dan sememangnya berdesing juga teliga aku bila mendengar bait-bait bicara puitis itu. Hangin satu badan sampaikan bergegar tahi teliga aku.. Aku juga rasa malas dah nak jawab lebih-lebih lagi bila melibatkan nama baik suami aku. Dia orang ni memang bercakap ikut sedap mulut aje. Mandul tu bleh ke terjadi walhal baru 5 tahun .. erk sebenarnya baru 4 tahun 10 bulan aku tidak hamil. Itulah usia Tyra Iskina kini. 13 Disember nanti baru genap usia dia 5 tahun.
  Bila bercerita dengan Papa Tyra dia hanya tersenyum sahaja. Ada sekali tu dia ketawa mengekek bila dengar cerita aku. Alahai mungkin cara aku bercerita hinggakan dia rasa cerita itu lucu walhal hati aku dah rasa bengkek semacam je.
Itu cerita orang, mungkin mereka rasa cemburu dengan apa yang aku miliki. Yalah kalau nak dibandingkan dengan mereka yang hanya mempunyai anak di antara satu hingga empat orang dan ada yang lima orang. Itu bicara bondaku.
Setiap hari bila aku balik dari kerja Tyra setia menunggu di meja depan tv. Apalagi mengodam ipad . Papa menyimpan hampir dekat 100 ipad games lam tu. Semua mainan hujung jari Tyra. Aku akui puteriku ini amat pintar bermain computer games. Aku disebabkan jarang-jarang bermain maka sesekali aku bermain permainan tu grenti aku tak dapat teruskan. Nak kata buta IT takde sangat tapi Tyra memang teror disebabkan setiap hari mengadapnya. Kalau tak reti nak main tanyalah Tyra.
"Bukan macam tu mama.. main macam ni lah.."

Terpegun aku melihat jemari kecil Tyra lincah di atas ipad tu. Cuba tengok foto ini semasa Tyra main games laptop aku. Jemarinya amat menarik perhatian aku dan aku suka melihat jarinya dalam foto ini.
Semasa sambutan hari lahirnya yang ke-4 tahun, permintaan Tyra ialah..
"Mama.. Tyra nak kek besday Angry Bird.."
"Papa belikan iPad untuk Tyra ya.."
Hahaha.. permintaan anak kecil yang berusia 4 tahun di zaman IT..

Tyra juga sudah pandai bergaya. Dia sekarang dah pandai meminta aku beli tudung untuknya. Mungkin kerana dia selalu tengok aku yang bertudung dan mempunyai banyak koleksi tudung.
Baju-baju gaun juga banyak yang dia enggan pakai.
"Tya tak maulah mama. .."
"Tya malulah pakai baju ni mama.."
Itulah di antara ucapan puteriku yang sudah pandai memilih yang baik. Syukurlah kerana tidak sukar untukku memilih pakaiannya. Tapi kadang-kadang, naluri aku sebagai ibu yang mempunyai anak perempuan yang masih kecil, berkenan dengan sepasang gaun yang agak seksi. Mendedahkan bahu dan bertali halus. Semasa di kedai Tyra suka sangat dapat baju tu maklumlah baju baru. Bonda juga ada menegurku kenapalah dibelikan baju macam tu untuk anak. Itu seperti mengajar anak berpakaian tak senonoh. Itu kata bondaku. Tapi jawablu pula.. Apalah salahnya pakai macam tu. Budak kecil takpe...
Sebaliknya bila dah sampai rumah bila kucuba pakaikan baju tu Tyra cepat-cepat berlari mengambil tuala dan menutup bahunya..
"Tyra malulah mama .."
Terkedu juga aku dengan ucapan anakku itu. Anak kecil pun dah pandai menilai yang mana elok atau tidak... Anak-anak zaman IT.. Alhamdulillah.
 Semasa Hari Raya Puasa yang lepas aku membelinya dua pasang baju kurung dan dua-duanya kaler merah kegemaran Tyra. Suka sangat dia berbaju kurung di hari raya tu. Neneknya iaitu bondaku pula telah menjahitkan sepasang baju kurung dari jenis kain English Cotton. Memang cantik dan manis puteriku berbaju kurung.
Tetapi untuk Raya Idil Adha ni pula Tyra semakin demand apabila permintaannya...
"Tyra nak baju kaler pink lah mama.."
Dan aku dah terbayangkan baju dan kasut mana hendak dibeli untuk puteriku. Pink lagi keluargaku di hari raya nanti. Dah ler masa raya puasa semua orang termasuk abang-abangnya semua berbaju merah sama dengan kaler Tyra. Kali ini pink ... Hahahaha.. PINK...

Mee goreng dan ais laici segar itulah permintaan Tyra sekiranya makan di luar.
"Tya nak air laici.."
Sampaikan tuan kedai makan tu dah tau minuman kegemaran Tyra. Pukul 11.30 malam bila dia tak boleh tidur, dia selalu juga mengajak papanya ke bandar yang jarak lebih kurang 23km dari rumahku semata-mata untuk makan roti canai dan segelas Air Laici..
Itulah Tyra Iskina Puteriku.