19 Oktober 2013

Tyra dan kaler Pink

Selamat Hari Raya Idil Adha...
Tyra dengan warna kesukaannya merah jambu atau dia suka sebut 'pink'...
Kaler pink ini memang dah jadi trade mark Tyra. Semua barang miliknya kalau boleh nak warna pink. Baju Pink, Seluar Pink, Beg pink dan kasut atau selipar pink. Naik pening juga papa Tyra dengan permintaan Tyra yang TERsangat Demand itu.
Cerita klaer pink Tyra ini kadang-kadang jadi lawak pula.
"Mama, hari ni mama masak nasi pink untuk Tyra ya..!!! "
Huhuhuhu... nasi kaler pink. Cubalah korang imagine macam mana nasi kaler pink? Pulut kaler pink bolehlah aku faham ini nasi nak makan dengan ulam dan cicah budu... apa cerita neh...
Setakat Tyra merayu aku buat kek kaler pink aku boleh tahan lagi tapi tang dia mintak aku masak nasi kaler pink itu yang bikin aku nak pink-san...
Ada-ada saja puteriku ini...
Bilik dia memang dah kaler pink. Cover Ipad miliknya kaler pink. Pinggan makan dan cawan nasi miliknya memang dah sah kaler pink. Semuanya kaler pink miliknya. Jangan sesekali abang-abangnya tersalah pilih barang kaler pink kat kedai, sah-sah nanti barang itu memang akan jadi miliknya.
Alahai Tyra dan pink kaler miliknya..

11 Jun 2013

Tyra dan Alam Persekolahan

Tyra mula bersekolah semasa berusia 5 tahun  2 minggu 4 hari. Iaitu pada tanggal 26 Disember 2012, Tyra pertama kali menjejak kaki ke sekolah. Hari itu merupakan hari pendaftaran sahaja. Tyra pergi ke sekolah sekitar pukul 9.00 pagi dan dijemput oleh papa dan mama pada pukul 12.00 tengah hari.
Hari pertama pendaftaran Pra Sekolah 26.Dis.2012



2013

16 Mei 2013

Kisah Tyra dan Dia...

Hahaha... romantiskan tajuk sebegitu.. Macam orang bercinta pula.
Hampir setahun tidak berkolabrasi di sini. Hampir setahun kekeringan idea dan menyepi diri.
KINI DI TAHUN 2013 YANG SUDAH MENGINJAK KE BULAN MEI dan Puteri Kecilku sudah memasuki alam persekolahan.
Begitu cepat masa berlalu. Dari hari pertama ke lahirannya sehingga kini usianya menginjak 6 tahun (Sebenarnya 5 tahun 5 Bulan) masa terus bergerak dan berlalu. Setiap detik melihat puteri yang semakin membesar di depan mata dan menjadi gadis kecil yang comel dan sedikit lasak sebenarnya membuat hatiku teruja sebagai seorang ibu dan sekaligus bersyukur dikurniakan anak-anak yang sihat dan comel serta bijak.
Tyra Iskina di Zoo Negara berlatar belakang kura-kura gergasi.

Tyra Iskina paling suka bergaya bila fotonya di ambil.

Tyra , Junjun dan Boboy yang kepenatan setelah seharian berjalan di dalam kawasan  Muzium Negara Kuala Lumpur.

Tyra berlatar belakang topeng patung Thailand.

Tyra cuba meniru memek muka topeng patung opera cina tetapi jadi juling pula matanya.





23 Mac 2013

Jalan-jalan ke Zoo Negara

Semalam 23hb Mac 2013, papa membawa kami sekeluarga ke Zoo Negara. Inilah pertama kali Tyra sampai ke sana.
Seawal jam 9.30pagi kami telah berada di sana sehingga pukul 1.00tgh. Seperti biasa apa yang kami alami seperti orang lain juga tercari-cari dan tertanya apa yang nak dibuat kat sini. Selain melihat binatang dan mempelajari banyak perkara baru kami juga dapat menghayati keindahan alam.
Selepas meletakkan kereta di kawasan parking zoo dan mengambil ticket parking auto pay kami segera ke kaunter tiket.
Untuk pengetahuan yang belum pernah ke sini harga tiket agak mahal juga jika tidak membawa mykid kanak-kanak. Untuk tiket dewasa dengan mykad ialah RM30.00 dan tanpa mykad RM50.00.
Kanak-kana