Memaparkan catatan dengan label Foto Kenangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Foto Kenangan. Papar semua catatan

01 Mei 2026

Akhirnya Kembali Ke Bumi Pahang Negeri Kelahiran Tyra Iskina

 Rezeki untuk perubahan dan siapa sangka kali ini aku berpeluang kembali bertugas di negeri kelahiran puteriku. Nun di tanah tinggi yang sejuk aku membawa bersama keluargaku merantau sekali lagi. Namun puteriku paling suka kerana dapat bermastatutin di negeri kelahirannya walaupun berbeza daerah. 

Dia sanggup menemaniku mulanya dan meminta untuk bersekolah di sini walaupun selepas SPM hari itu dia mendapat keputusan yang agak baik, dia menolak tawaran Matrikulasi di Kedah, UPSI di Perak dan satu lagi aku lupa apa dah. Dia rela memanjat bukit sejauh 200 meter untuk kembali ke rumah setiap kali balik sekolah. Tiada rungutan walaupun bukit di sini agak tinggi tapi dia tidak mengeluh penat atau lelah. Semangatnya setiap hari ke sekolah berjalan kaki amat aku kagumi.

Di sini aku diberi tempat tinggal yang agak selesa dengan 3 bilik tidur dengan kadar bayaran yang agak murah dibandingkan menyewa sendiri. Awalnya aku tidak bercadang untuk membeli perabot dan peralatan yang lengkap namun selepas setahun mendiami di sini, aku tanpa sedar membeli sedikit demi sedikit perabot dan peralatan rumah hingga akhirnya ia menjadi sebuah rumah yang lengkap untuk di diami. 







Setiap hujung minggu aku akan tetap lari turun kembali ke rumah sendiri merindui hangatnya rumah sendiri. Melihat tanaman dan angin pagi dari air terjun. Dua hari dua malam di rumah sendiri terubat kerinduan. Indahnya tempat baru rumah sendiri tetap dirindui.

Di tempat baru selain suhunya yang agak sejuk sehinggakan diawal-awal berada di sini, kami sekeluarga terpaksa memakai baju tebal sepanjang hari. Malahan lena di waktu malam dengan selimut dan comforter sehingga 5 lapis.Kini setelah setahun lebih bermastautin di sini kesejukan itu dapat di atasi. Baju pun dah tak tebal. Kadang-kadang waktu malam selimut nipis sahaja digunakan. 

Apa pun bersyukur kerana tidak pernah dijangka akan bermastautin di sini mencari rezeki halal. Syukur Alhamdulillah.

#Foto ini adalah edit menggunakan AI 

11 Februari 2024

Bermain dengan Bing Image Creator

 Cantik pula gambar karikatur yang terhasil dari prompt merapu yang aku buat dekat Bing Ai Image Creator. Benda free yang melekakan bila berilustrasi di sini. Apa yang difikirkan dan tertulis tidak sama dengan apa yang diterjemahkan oleh Bing Creator. Mintak tulis nama Aron Kin dan Iskina di baju dua orang berbeza tapi sebaliknya berlaku.

Tapi gambar yang dihasilkan nampak cute pula. Walaupun nama tulis salah tapi sayang pula nak delete. Akhirnya aku simpan juga untuk dijadikan koleksi diawal bermain dengan Image Ai.

Aku rasa Ai di Bing lagi cantik dari yang Canva punya Magic Ai. Bukan aku tak sukakan Canva tapi semenjak terjebak dengan Bing Ai ni aku lebih leka berilham menafsirkan mimpi-mimpi melalui tajuk novel milikku yang masih belum siap sampai ke sudah. 

Aku rasa panduan Ai memberi idea untuk aku merekacipta sendiri cover ebook. Sekarang ini aku tengah menyiapkan mss untuk ebook terbaru. Kisah yang sama tapi dalam garapan berbeza.
Setelah hampir 16 tahun bersama blogspot ini banyak karyaku yang aku terhasil dan letakkan untuk bacaan percuma. Terima kasih untuk peminat rahsia yang sudi email kat aku. : aronkin2013@gmail.com

16 Mei 2013

Kisah Tyra dan Dia...

Hahaha... romantiskan tajuk sebegitu.. Macam orang bercinta pula.
Hampir setahun tidak berkolabrasi di sini. Hampir setahun kekeringan idea dan menyepi diri.
KINI DI TAHUN 2013 YANG SUDAH MENGINJAK KE BULAN MEI dan Puteri Kecilku sudah memasuki alam persekolahan.
Begitu cepat masa berlalu. Dari hari pertama ke lahirannya sehingga kini usianya menginjak 6 tahun (Sebenarnya 5 tahun 5 Bulan) masa terus bergerak dan berlalu. Setiap detik melihat puteri yang semakin membesar di depan mata dan menjadi gadis kecil yang comel dan sedikit lasak sebenarnya membuat hatiku teruja sebagai seorang ibu dan sekaligus bersyukur dikurniakan anak-anak yang sihat dan comel serta bijak.
Tyra Iskina di Zoo Negara berlatar belakang kura-kura gergasi.

Tyra Iskina paling suka bergaya bila fotonya di ambil.

Tyra , Junjun dan Boboy yang kepenatan setelah seharian berjalan di dalam kawasan  Muzium Negara Kuala Lumpur.

Tyra berlatar belakang topeng patung Thailand.

Tyra cuba meniru memek muka topeng patung opera cina tetapi jadi juling pula matanya.





26 April 2012

Foto Sekitar Majlis Kenduri !00 hari Arwah Pakcik Him

Bonda dan Mak Da sedang memotong kacang panjang
Anak-anak kecil pun riang bermain sementara menunggu lauk masak
Ibu-ibu sedang menyiang daging untuk dimasak gulai campur batang pisang Ayam untuk dimasak tresek kacang
Sekitar majlis kenduri 100 hari arwah Pakcik Him

06 Januari 2012

MAMA VS TYRA ISKINA

Ini gambar mama masa kecil. Usia lebih kurang Tyra sekarang. Siapa lebih cute.. mama atau Tyra?

12 Disember 2009

Potret Keluarga Tyra Di Hari raya


Hari raya yang lepas amat bermakna untuk Tyra kerana seluruh ahli keluarga berkumpul dan beraya bersama-sama.


10 beradik yang bahagia

Hari Raya ke-2 semasa majlis menyambut menantu Ayah Wan...

19 Oktober 2009

Bersantai Di Hutan Lipur Bukit Bakar

Pada 18hb Oktober 2009.. Semalam hari cuti, aku bawak anak-anak berkelah di Hutan Lipur Bukit Bakar, bermain air dan menikmati suasana alam yang tenang dan menghijau.
Tyra dan abang-abangnya seronok sangat bermain air yang sejuk dan nyaman itu.


Tyra seronok berlari di atas pasir ...
Jangan risau mama dan Tok Ma ada mengawasinya.



Tyra dan makcik-makcik saudaranya...


Sambil main air sempat lagi makan epal..
Tok ma yang tolong suapkan sebab tangan Tyra penuh pasir..


Boboy paling suka berenang biarpun di air cetek..

Tyra dan abang-abangnya berendam sambil makan mihun goreng


Nak bercerita panjang sikit tapi esok aku ada exam. So tak boleh nak bercerita panjang sikit...
Doakan kejayaanku ya..

12 Oktober 2009

Kali Pertama Tangkap Gambar Raya Bersama..

Inilah pertama kali Tyra dapat berkumpul dan bergambar bersama Keluarga di hari raya. Tyra seronok sangat kerana dapat beraya bersama keluarga dan abang-abangnya, Boboy, Junjun dan Zaza. Kenapa Tyra Comel dan putih gebu sebab abang-abang Tyra semuanya hensem-hensem.

Tyra comel berbaju kurung dan bertudung


Semasa dekat stesen Keretapi

18 Mei 2009

FOTO KENANGAN






Bila sendirian begini tengok foto-foto lama yang menjadi kenangan. Rasa rindu untuk melalui saat tu semula biarpun ianya kenangan mungkin pahit tapi bila dikenang semula ia seakan menjadi satu kenangan manis pula. Menjadi pengajaran dan pedoman di hati untuk diri sendiri dan seharian. Tengok foto adik-adik dan keluarga mengamit kerinduan pada kenangan lama. Bersama-sama teman yang banyak melakar kanvas kehidupan bergelar pelajar....