Memaparkan catatan dengan label rezeki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rezeki. Papar semua catatan

01 Mei 2026

Akhirnya Kembali Ke Bumi Pahang Negeri Kelahiran Tyra Iskina

 Rezeki untuk perubahan dan siapa sangka kali ini aku berpeluang kembali bertugas di negeri kelahiran puteriku. Nun di tanah tinggi yang sejuk aku membawa bersama keluargaku merantau sekali lagi. Namun puteriku paling suka kerana dapat bermastatutin di negeri kelahirannya walaupun berbeza daerah. 

Dia sanggup menemaniku mulanya dan meminta untuk bersekolah di sini walaupun selepas SPM hari itu dia mendapat keputusan yang agak baik, dia menolak tawaran Matrikulasi di Kedah, UPSI di Perak dan satu lagi aku lupa apa dah. Dia rela memanjat bukit sejauh 200 meter untuk kembali ke rumah setiap kali balik sekolah. Tiada rungutan walaupun bukit di sini agak tinggi tapi dia tidak mengeluh penat atau lelah. Semangatnya setiap hari ke sekolah berjalan kaki amat aku kagumi.

Di sini aku diberi tempat tinggal yang agak selesa dengan 3 bilik tidur dengan kadar bayaran yang agak murah dibandingkan menyewa sendiri. Awalnya aku tidak bercadang untuk membeli perabot dan peralatan yang lengkap namun selepas setahun mendiami di sini, aku tanpa sedar membeli sedikit demi sedikit perabot dan peralatan rumah hingga akhirnya ia menjadi sebuah rumah yang lengkap untuk di diami. 







Setiap hujung minggu aku akan tetap lari turun kembali ke rumah sendiri merindui hangatnya rumah sendiri. Melihat tanaman dan angin pagi dari air terjun. Dua hari dua malam di rumah sendiri terubat kerinduan. Indahnya tempat baru rumah sendiri tetap dirindui.

Di tempat baru selain suhunya yang agak sejuk sehinggakan diawal-awal berada di sini, kami sekeluarga terpaksa memakai baju tebal sepanjang hari. Malahan lena di waktu malam dengan selimut dan comforter sehingga 5 lapis.Kini setelah setahun lebih bermastautin di sini kesejukan itu dapat di atasi. Baju pun dah tak tebal. Kadang-kadang waktu malam selimut nipis sahaja digunakan. 

Apa pun bersyukur kerana tidak pernah dijangka akan bermastautin di sini mencari rezeki halal. Syukur Alhamdulillah.

#Foto ini adalah edit menggunakan AI 

24 Februari 2017

Nasi Ayam Punya Pasal

​Semalam aku beli nasi ayam ni. Kira punya kira nampak 6 orang je kat umah. Cukup utk papa , mama ngn anak2. Bawak balik dah terliur sangat bau kuah sup. Petang sebelum maghrib kepala dah rasa terkilan sebab lupa beli utk mak bonda ngn Liana Mohamad . Aku pun nak ajak anak2 yg leka tgk tv kat umah ma pun terasa segan. Takut tersasul cite nasi ayam. 

Lepas maghrib anak2 dah kumpul semua aku pun ajaklah anak2 makan. Tengah prepare nak makan atur bagi sorang satu kat anak2 tiba2 bunyi tapak kaki lain masuk ke dapur. Aku dah rasa stress sebab grenti nasi tak cukup. Anak2 dah berselera makan. Bahagian aku pun dah buka siap tuang kuah sup dll.  Papa punya aku dah simpan letak asing.

Tiba2 muncul 2 budak kecik. Anak sedara aku. Aku jadi bingung jap. Tengok anak2 aku dah selera menyuap. Aku pun dah hampir2 nak suap ke mulut. Si puteri plak terus tegur.

" Kita orang makan nasi ayam.. Adam ngn amar takde..."

Aku dah tengok muka Adam ngn ammar monyok jadi kesian plak. Nasi yg dah separuh di gaul aku gaul semua sekali. Selera aku terbantut jap. Aku ambik dua sudu dan bawak ke bawah bersila di lantai.

" Meh duduk sini. Makan nasi ni kongsi. Adam makan separuh, Ammar makan setengah. Kongsi biar adil," ujarku sambil ayam seketul di bahagi dua. Anak2 tu pun duduk dengan senyuman teruja. 

Jadi aku duduk di meja semula. Kebetulan anak2 kongsi kuah sup adalah yang lum buka. Aku ambik tuang lam pinggan dan bercadang nak hirup sup tu aje.

" Mama, ambik nasi Boboy ni ajelah..." kata Boboy yg baru makan.

" Mama ambik nasi Zaza.." Aku jeling bekas nasi dia dah tinggal separuh.

" Mama Junjun tinggal sikit je..."

" Mama makan dengan Tyra lah... " ajak Si puteri pula. Perasaan aku masa tu rasa terharu sangat. Allah buka mata hatiku terhadap anak2 dan rezeki. Aku beri kat orang lain rezeki yang ku sangka hak aku. Tapi Allah beri rezeki lain termasuk kasih sayang anak2.. air mata rasa menitik sebab aku rasa sangat terharu. Sebab tengok anak makan berselera aku pun dah telan air liur, jadi aku ambiklah juga satu sudu dari setiap pinggan  anak. Sikit tapi kenyang dan lazat rasanya. Itulah rezeki yang berkat bila berfikir positif.

Rezeki kalau bukan hak kita dah dekat nak masuk mulut pun tapi kalau Allah dah tentukan ianya bukan hak kita, ianya tetap tak akan kita dapat. Rezeki bila Allah dah bagi dekat kita sedikit pun bersyukurlah kerana rezeki itu berkat kita rasa dihargai...