Semalam birthday boboy Arumi Nijaya Hazeem yang ke 14 tahun. Tiada majlis atau keraian untuk dia seperti tahun lepas. Kalau ikutkan perancangan asal memang nak buat kek untuk dia tapi kesibukan banyak aktiviti lain otak dan badan aku jadi letih. Majlis solat hajat dan restui ilmu untuk Junjun Anwari Ahmas Ramadhani pun aku hadiri last minit. Itupun nasib baik ma yang tolong buatkan pulut kuning untuk dibawa ke sekolah. Dengan Audit IC yang nak datang ke ofis minggu depan pukul 5.00 petang aku baru boleh balik sedangkan sepatutnya hari khamis waktu keja habis pukul 3.30 petang. Itupun disebabkan aku rasa letih sangat kalau tidak maunya maghrib aku baru balik. Persediaan memang dah cuba maintain sentiasa sebab itu memang wajib tapi bila sebut Audit ni benda yang dah ada pun nak ditukar sticker baru. Yang dah betul pun dialihkan sedikit kedudukan last letak balik tempat asal.
Bercerita pasal Boboy dah besar anak terunaku. Dah boleh diharap dan bertanggungjawab. Tidak banyak kerenah tetapi jika membuat janji denganku mesti dia mintak top up telefon. Dia hanya layan internet untuk download game baru. Aku hanya pesan jangan download game 'pokemon go' sahaja. Kerap benar dia download game baru dan bila dah jemu dia akan uninstall yang lama dan installed yang baru.
Aku berdoa semoga anak-anakku sihat tubuh badan, panjang umur, murah rezeki, menjadi anak yang soleh dan solehah dunia dan akhirat berjaya cemerlang dalam pelajaran kehidupan dan masa depan berbakti kepada agama bangsa dan negara, serta beroleh kebahagiaan dan kesejahteraan dunia dan akhirat.
Program hari ni buat kek sebiji pastu pegi panjat pokok rambutan dan manggis belakang umah ma....
Puteri bongsuku Tyra Iskina TERjumpa semasa majlis Solat hajat dan restu ilmu untuk Junjun. Dia datang kepadaku semasa aku turun tangga dari asrama untuk ke kereta. Dia hanya tersenyum seperti biasa dan mencium tanganku. Aku bertanya adakah dia sudah makan kerana waktu itu pukul 10.00 pagi. Dia hanya mengangguk dan menggeleng kepala apabila aku menghulurkan plastik yang mengandungi pulut kuning yang diberi semasa solat hajat tadi. Aku hanya berbicara sebentar sahaja sebab aku perlu cepat untuk sambung kerjaku. Aku sempat snap beberapa keping gambarnya. Selepas itu aku pusing belakang bercakap dengan sepupu yang menumpang keretaku kerana aku melalui kawasan rumahnya nanti. Bila aku berpaling ke arah tangga puteriku sudah tiada di situ. Aku berpaling ke arah bangunan sekolah dan hanya menggagak dari belakang kelibat 3 orang murid perempuan dan di tengahnya yang paling tinggi tidak kupasti yang mana satu puteriku. Seperti mengetahui aku memandangnya puteriku berpaling seketika dan aku agak terkesima sebab puteriku kelihatan lebih tinggi dan sangat menarik berbanding dua temannya itu. Bukan aku hendak mengatakan dua temannya itu tidak cantik tetapi berbanding kedua-dua murid perempuan itu, puteriku kelihatan lebih menyerlah.
Berbalik kepada cerita junjun tadi, dia juga agak terkejut kerana melihat kehadiranku di celah ibubapa yang lain. Dia agak malu-malu menghampiriku. Aku memeluknya seketika dan dia cuba melarikan pipi bila aku cuba mencium pipinya. Mungkin dia segan atau malu orang lain melihatnya. Aku amat memahami perasaan anakku ini. Sebelum ini hubunganku dengan dia agak tidak serapat adik beradiknya yang lain. Mungkin silapku kerana sering membuat perbandingan dari segi akedemik dengan abang dan adiknya yang lebih menyerlah. Hubungan aku dengan dia juga semakin renggang apabila dia dipaksa tinggal di asrama lantaran arahan pihak sekolah untuk pelajar yang akan menghadapi peperiksaan besar. Setiap dua minggu dia akan balik tetapi apabila hendak balik ke asrama dia seakan memberontak dan enggan kembali ke asrama. Aku pula sering menegurnya agar patuh kepada disiplin dan arahan pihak asrama.
02 September 2016
Majlis Testy Ilmu dan hari jadi boboy
Langgan:
Catatan (Atom)