03 Disember 2010
Tyra ke Melaka Rumah Pakcik Malau
Hari ini 3hb Disember 2010, Tyra, mama, nenek, Junjun dan Zaza tiba di melaka sekitar pukul 10.00pagi. Kami bertolak dari Kelantan pukul 11.47 malam tadi. Papa yang memandu kereta sehingga ke Kuala Lumpur pukul 5.36am dan seterusnya ke Seremban kira-kira pukul 8.30am. Selepas meninggalkan Papa di Terminal 1 Stesyen Bus Seremban, mama pula yang memandu kereta hingga ke Air Keroh, Melaka.. Pakcik Malau dah tunggu di persimpangan nak masuk ke Taman bukit puteri.
Sudah lama tidakj berbicara di sini. Tyra juga sudah pandai menjadi teman bicara. Semasa di atas kereta tadi dia membuat aku tersenyum. Semasa itu dalam perjalanan hendak ke Seremban. Tyra tidur di seat belakang dengan nenek dia. Apabila terjaga dia hendak duduk di depan bersamaku. "Maaf Tyra, mama tak laratlah nak riba Tyra lagi. Dah 6 jam riba, pinggang mama dah penat.. adik duduk dengan ma ya kat belakang..."
Apa yang melucukan ialah apabila Tyra mencuit daguku sambil tersenyum dan menyanyi lagu.. "Ibu..Ibu..Ibu entaulah atu atiku.." meminta simpati.. Aku dan papa tertawa dengan gelagat spontan Tyra itu.. Bijak! Bijak! Puteriku yang bijak..
Langgan:
Catatan (Atom)