30 Jun 2009

Cerita Semusim

Hampir 6 bulan aku kembali menjadi perantau di negeri kelahiranku sendiri. Walaupun aku boleh dikatakan dekat dengan ayahbonda dan keluarga namun aku sebenarnya bersendirian di rantauan ini. Anak-anak jauh di desa sana. Papa Tyra pula jauh di rumah sendiri di Pahang. Aku terpisah hampir 100km lebih dengan anak2 dan 400km ++ dengan Papa Tyra. Hujung minggu baru berpeluang bermain dengan anak2ku. Aku rasa benar resah menanggung kerinduan. Namun teman-teman yang banyak membantu menjadikan aku punya kekuatan demi masa depan keluarga. Semasa menjalani latihan praktikal aku dikenali sebagai Koi dikalangan teman-teman sekumpulan. Sebabnya aku sudah terbiasa membahasakan diri sebagai koi kata ganti nama "saya"..almaklumlah aku dah biasa cakap stail loghat Temerloh sikit2.. Tapi saing-saing hok klate panggil aku plak Koi.. Dah kabor koi tu saya tapi senang nak ingat dema panggil gitu. Semalam bonda aku telefon dari kampung memberitahu aku Tyra kena demam panas, naik ruam merah dan asyik menangis. Hati aku gundah gulana dibuatnya. Nak balik, jarak jauh sangat antara KB ngan Lata Rek. Lagipun aku habis keja kul 5.00ptg tidak termasuk perjalanan dari rumah sewaku ke tempat kerja. Esok pula aku perlu berada seawal jam 7.45pagi di tempat kerja. Jadi memikirkan jarak yang jauh aku terpaksa tawakal dan berdoa agar puteriku itu segera sembuh dan dalam peliharaan Allah sentiasa. Berkali-kali kupesan pada bonda agar membawa Tyra ke Klinik. Menurut bonda, doktor memberitahunya, Tyra mungkin kena demam Chikungunya. Semasa aku telefon cuba berbicara dengan Tyra suaranya begitu lemah dan dia menangis sahaja. Hatiku luruh mendengar suaranya yang lemah. Hari Khamis ini barulah aku dapat berjumpa anak2ku. Sekarang ini juga di kampungku tengah rancak dengan kempen PilihanRaya Kecil Dun 41. Aku tidaklah terlibat sangat kerana aku mendaftar pemilih di Pahang. Tapi aku ada juga mengikut Abah ke program yang dianjurkan oleh parti .. yang biasa diadakan pada hari jumaat atau Sabtu kerana aku cuti pada hari tersebut. Aku teringin sangat nak menyertai, tapi aku perlu memikirkan aku sebagai pelajar, lagipun aku tidak boleh mengundi di kawasan tersebut walaupun aku asal dari situ dan abah dan bonda menetap di situ. Bercerita pasal Pilihanraya Dun 41 ini walaupun kecil tapi tersangat meriah dan bagaikan satu pesta pula. Ramai yang datang menyokong dan sebagai perayu undi. Boleh dikatakan dari seluruh Malaysia termasuk yang aku berkesempatan menyertai program yang dianjurkan dan dihadiri oleh TPM, Dato' KJ, Dato' Pa dan ramai lagi. Hari Khamis lusa 2hb Julai pula akan diadakan aktiviti bersama MPW di air terjun Lata Rek. Aku tidak dapat hadiri kerana aku practical di KK Peringat. Sempena kerancakan kempen pilihanraya ini aku barulah dapat bersua dekat dengan TPM, KJ, dan ramai lagi. Komen aku, no comment.. sebab di kampungku sendiri macam perang bukan setakat perang poster dan bendera tapi antara saudara maraku yang berlainan parti pun boleh bermasam muka. Aku.. menjadi pemerhati yang tak diiktiraf. Bila aku bercerita kepada papa, dia cakap lumrah musim-musim gini. Sedih juga bila kena maki sebab pasang bendera kaler lain di depan rumah. Boleh dikatakan di kampungku, hanya rumahku sahaja yang tidak ada bendera.. lu fikirlah sendiri.. Kalaulah aku dapat mengundi, aku akan berkempen sama dengan abah untuk parti yang aku yakini demi kesejahteraan rakyat. Rakyat diutamakan, manek urai diutamakan... Manek Urai kito.... Ada 2 kaler je bendera yang aku nampak di sepanjang kampungku..
Anak sepupuku sebenarnya ni. Kalau abang Yie tengok inilah foto terbaru anak saudara Abang Yie dan bonda abang Yie.

22 Jun 2009

Sinar Harian Edisi Kelantan 20 Jun 2009 - m/s K4


Esok nak exam trial kum 2, plan nak study gila skit tapi tertelefon kat pakcik malau, al-kisah ada cite dia kat sinar edisi klate tarikh 20 jun 2009...
Jadi tak nak menghampakan Pakcik Malau, aku upload akhbar sinar yg aku dah scan. Disebabkan aku dah terenyuk surat khabar tu, maaflah ya tak berapa clear sangat. Nak edit tak bleh plak. Tapi disebabkan Pakcik Malau berkobar -kobar nak tengok gak, maka terpaksalah aku upload gak kat sini..

21 Jun 2009

Tyra Iskina Najihah


Make your own Countdown Clocks


Semakin hari, semakin bahagia aku melihat puteri kecilku membesar di depan mata. Dari tangisan pertama di bilik bersalin Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang dan kini dia sudah pandai berjalan dan berlari,serta mula berbicara sepatah dua.

Tyra bagiku puteri comel yang bijak. Aktif dan riang. Kuat makan tapi tidak gemuk sangat. Minggu lepas timbang dalam usianya 18 bulan, berat Tyra hanya 11kg sahaja. Semasa pergi klinik dia kena injection Booster dose.. Malam dia demam sikit. Pagi esoknya Tyra sudah mampu berlari dan ke dapur minta .." Mama.. nak uchuu.." Seharian dia bermain dan tiada tanda-tanda demam lagi.
Namun bergitu Tyra punya abang yang suka menyakat. Zaza pantang lepa sikit suka bergaduh dengan Tyra. Kadang-kadang kalau bergaduh berebut mainan Zaza akan marah dan pukul Tyra. Namun Zaza juga sangat sayangkan Tyra. Sekiranya Tyra terjatuh bukan disebabkan dia, Zaza akan tolong adik perempuannya bangun. Tolong pujuk.. " Akit Eya.. akit?? Itit jah eya.." Pujuk Zaza. Tyra juga manja dengan Tok Ma. Sangat manja dan mengada-ngada bila dia dengan Tok Ma.

17 Jun 2009

Sepi





Dah banyak hari tak berkesempatan upload cerita baru. Insya Allah ada peluang nanti aku akan bercerita lagi. Boboy jatuh kat bilik air then luka, kena 3 jahitan kat dagu.

02 Jun 2009

Diet Untuk Kulit Kering

Berehat di waktu petang begini, aku berpeluang merehatkan diri, sementelah berjauhan dari keluarga, aku rasakan masa lapang terbuka luas untukku. Aku belum bersedia untuk membuka buku pelajaranku di waktu begini. Sambil menekan keyboard komputer melayari internet mencari info dan meluaskan lagi medan ilmu, aku singgah di laman web i-Healthy Life. Jom kongsi ilmu yang aku dapat ini.

DIET UNTUK KULIT KERING

Vitamin dan mineral yang memainkan peranan penting dlm mengekalkan kualiti kulit ialah vitamin A, C dan E, B (Biotin), omega-3 dan air. Ia boleh mencegah kulit dari menjadi kering.

Vitamin A berfungsi mengekalkan dan membaiki tisu kulit. Kekurangan vitamin A akan menjadikan kulit kering dan bersisik. Pengambilan kafein yang berlebihan boleh kurangkan vitamin A dlm badan. Makanan yg tinggi kandungan Vit A ialah telur, susu, sayuran hijau (sawi, bayam, kubis, peria), carrot, buah (oren, tembikai, betik, mangga, pisang).

Vitamin C melindungi kulit daripada cahaya matahari dan pencemaran dengan bertindak sebagai antioksida. Apabila jumlah radikal bebas (byproduct dr cahaya matahari, pencemaran dan asap) berlebihan, ia akan menjurus kepada penyakit dan penuaan. Radikal bebas ini boleh mengurangkn collagen dan elastin dlm kulit yg berfungsi utk menegangkan kulit. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan dengan itu mengurangkan kerosakan kulit. Makanan yg tinggi Vit C ialah sayuran hijau (kubis, salad, ulam raja, pegaga, timun, tomato) dan buah-buahan (betik, jambu batu, oren, mangga, belimbing, kiwi).

Vitamin E juga berfungsi sama seperti Vit C. Makanan yg tinggi Vit E ialah minyak sayuran dan minyak kacang, sayuran hijau, kekacang, soya, bijirin penuh.

Biotin amat penting utk kulit, kuku dan rambut. Kekurangan biotin boleh menyebabkan kulit kering dan bersisik. Selain itu, white and black head juga boleh terjadi. Sumber biotin boleh didapati dalam daging, sayur dan kekacang.

Omega-3 ialah sumber asid lemak yg baik utk kulit. Ia boleh didapati didalam ikan laut dalam spt salmon, sardine dan kembong. Supplement juga boleh diambil dlm bentuk fish oil atau evening primrose oil.

Air adalah komponen yg plg penting utk kekalkan kulit supaya lembab dan berseri. Ambil 8 gelas air sehari utk menggantikan air yg hilang dari badan. Air juga boleh diambil dari buah spt tembikai, oren, dll.

Elakkan pengambilan kafein yang berlebihan, ia boleh menyebabkan kehilangan air kerana sifat diureticsnya itu.

Elakkan pengambilan gula berlebihan dan makanan bergoreng/fast food. Ini boleh meningkatkan radikal bebas.

Bersenam dpt melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuk kulit. Ia juga mengekalkan kesihatan kulit.

So, bagaimana dengan anda yang mempunyai kulit kering dan sensitif. Manafaatkanlah nasihat dan panduan di atas. Untuk info dan maklumat kesihatan yang lain lagi layarilah blog i-Healthylife. Cuba klik di sini.