Memaparkan catatan dengan label Mesej untuk Ayah Wei. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mesej untuk Ayah Wei. Papar semua catatan

05 Oktober 2011

Cerita konvo adik dan bunga

Hari ini 4hb Okt 2011.. Awie konvo kat UUM. Petang kul 1.45pm aku, bonda, abah and Makdek Mahani dah selesa bersandar kat barisan kedua lam Dewan.. Ntah aku lupa namanya.
Tyra ngan boboy kena tinggal kat taman botani. Lepak kat luar je. Dalam dewan hampir 4 jam rasa kejang peha dan sakit tulang belakang. Meleleh gak air mata bila melihat adik bongsu lelaki aku terima ijazah dia. Aku pun tak berapa reti sebenarnya ijazah apa yang diterima. BcOM? Pengurusan Operasi? Ntah camne course itu aku langsung tak arif. Yang aku tahu Wawi dah jadi graduan. Bonda yang ceria amat semasa melihat anak lelaki pakai jubah dan topi biru.. akhirnya tersengguk-sengguk menunggu penerima terakhir terima ijazahnya.

22 Jun 2009

Sinar Harian Edisi Kelantan 20 Jun 2009 - m/s K4


Esok nak exam trial kum 2, plan nak study gila skit tapi tertelefon kat pakcik malau, al-kisah ada cite dia kat sinar edisi klate tarikh 20 jun 2009...
Jadi tak nak menghampakan Pakcik Malau, aku upload akhbar sinar yg aku dah scan. Disebabkan aku dah terenyuk surat khabar tu, maaflah ya tak berapa clear sangat. Nak edit tak bleh plak. Tapi disebabkan Pakcik Malau berkobar -kobar nak tengok gak, maka terpaksalah aku upload gak kat sini..

29 Mei 2009

Untuk Tatapan Ayah Wei Ngan Pakcik Malau




Ni foto anak sedara di Jerantut.
Rindu tengok ajelah foto ni.
Ayah Wie bila nak balik?

01 April 2009

Catatan Penghujung Mac 2009

Aku balik kampung sempena cuti minggu revision untuk exam 7hb nanti. Mak aii beberapa orang sepupu aku telah melahirkan baby baru. Aku lupa tarikh yang tepat kelahiran baby baru ini.

Ini adalah anak sepupu aku Noraini dengan Nawi. Dia dapat anak perempuan.


Yang ini pula anak sepupu aku Azmi ngan Makdek. Dia dapat anak lelaki.

Apapun tahniah kat sepupu aku merangkap dua pupu kepada Tyra. Lupa plak nak tanya nama...
Adik Tyra.... tunggulah dulu. Tyra masih kecil lagipun mama Tyra tengah belajar. Bila tanya papa Tyra... Insya Allah Tyra perlu adik perempuan untuk jadi kawan dia.

Selain daripada tu Achik dan Reena telah menyambut birthaday pada 25hb Mac. Oleh kerana masa itu aku tak ada kat kampung maka pada 29hb Mac 2009 aku beli sebiji kek dan raikan birthday Tiga orang mak sedara Tyra sekali gus iaitu Achik dan Reena serta Makdek Mahani yang sambut pada 29hb Mac. Mereka cukup gembira pada hari tersebut.
Zaza tumpang bergaya dengan kek yang mama hadiahkan untuk mak
sedaranya.


Foto terbaru Tyra.