08 Februari 2009

Cerita Aku

Semalam lebih kurang jam 6.30 petang, aku bertolak dari rumah bonda di Lata Rek ke KB bersama Tyra, Junjun, Bonda dan Pakcik Malau yang menjadi drivernya. Atas kereta, Tyra amat gembira dan aktif bertepuk tangan. Tak tau apa yang mengembirakan Tyra sangat. Suaranya yang aku tak faham sangat bahasanya dalam nada gembira. Apabila terpandang cermin sisi kerata dan ternampak gambarnya, dia melambai-lambai sambil tersenyum ceria. 

Dalam perjalanan hampir 2 jam itu, perut terasa amat berkeroncong. Mulanya bercadang nak singgah  makan sup belut di Kadok, iaitu di gerai Paya Lada Sup Belut,  tetapi masalah lalu lintas yang agak sibuk tak dapat nak berhenti di tepi jalan. Kalau ada tempat parking pun agak jauh kena berjalan kaki ke gerai tersebut. Maka Pakcik Malau terpaksa meneruskan perjalanan. Bercerita pasal sup perut Paya Lada ni aku suka sangat. Rasanya amat menyelerakan sekali. Aroma rempah sup dan rasa belut itu amat mengiurkan dan wangi sekali. Sampaikan aku teringat-ingat nak makan sup itu. Bonda ku pulak tak berapa suka makan belut. Aku pulak bercadang nak belanja Pakcik Malau makan belut. Tapi petang tu kecewa juga tak dapat merasa sup belut yang enak. 

Cerita Aku

01 Februari 2009


Assalamualikum..

Aku terlalu sibuk gila. Memang hampir tahap gila neh.. Dah lama otak membeku tetiba je kena terjah ngan benda-benda yang aku memang tak jangkakan...jadilah aku begini... 

Sebenarnya menyeronokkan juga bila belajar benda-benda yang sememangnya aku dah biasa tempuhi... 

Aku rasakan waktu ku terlalu penuh hingga aku tidak reti nak bahagikan masaku...Rasa semput dibuatnya..

Assingment banyak tetapi aku cuba buat dan siapkan juga... Alhamdulillah masuk minggu ke-3 di sini hatiku sudah mula dapat menerima perubahan drastik dalam hidupku sebagai pelajar semula. Mungkin aku dah lama tak berada di bilik kuliah dan berdepan dengan lecturer serta soalan-soalan dan assingment menyebabkan aku jadi tidak keruan. Panik sangat seandainya aku tidak dapat menerima pelajaranyang diajar.

Teringat kenangan kat teman-teman sekerja di Mentakab..Rindu sangat di hati.. Di sini aku sendirian jauh dari keluarga dan teman-teman. Tapi syukurlah pertemuan dengan teman-teman baru sedikit sebanyak telah membantu meringankan beban pemikiranku.