Semalam lebih kurang jam 6.30 petang, aku bertolak dari rumah bonda di Lata Rek ke KB bersama Tyra, Junjun, Bonda dan Pakcik Malau yang menjadi drivernya. Atas kereta, Tyra amat gembira dan aktif bertepuk tangan. Tak tau apa yang mengembirakan Tyra sangat. Suaranya yang aku tak faham sangat bahasanya dalam nada gembira. Apabila terpandang cermin sisi kerata dan ternampak gambarnya, dia melambai-lambai sambil tersenyum ceria.
Dalam perjalanan hampir 2 jam itu, perut terasa amat berkeroncong. Mulanya bercadang nak singgah makan sup belut di Kadok, iaitu di gerai Paya Lada Sup Belut, tetapi masalah lalu lintas yang agak sibuk tak dapat nak berhenti di tepi jalan. Kalau ada tempat parking pun agak jauh kena berjalan kaki ke gerai tersebut. Maka Pakcik Malau terpaksa meneruskan perjalanan. Bercerita pasal sup perut Paya Lada ni aku suka sangat. Rasanya amat menyelerakan sekali. Aroma rempah sup dan rasa belut itu amat mengiurkan dan wangi sekali. Sampaikan aku teringat-ingat nak makan sup itu. Bonda ku pulak tak berapa suka makan belut. Aku pulak bercadang nak belanja Pakcik Malau makan belut. Tapi petang tu kecewa juga tak dapat merasa sup belut yang enak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan