11 November 2009

Kerinduan Pada Yang Jauh





Teringat puteri comelku Tyra.. Keresahan menerpa dijiwa. Semalam semasa aku meninggalkan rumah untuk kembali ke tempat kerja, Tyra puteriku demam. Badannya sangat panas semasa aku memeluknya waktu tidur. Semasa bangun solat subuh aku cuba mengelap badannya namun demamnya tidak kebah. Stock ubat demam juga tiada. Hatiku agak berat untuk meninggalkan dia yang masih tidur di kamar.
Aku keluar seawal 7.00pagi menghantar boboy ke sekolah. Meninggalkan pesan kepada bonda bahawa Tyra demam.
Apabila aku balik dari sekolah Boboy, puteriku masih tidur.. Badannya lencun dilap oleh bonda..
"Takpolah.. gi lah keja, ma boleh jaga Tyra.." Seperti biasa bondaku memberi jaminan untuk menjaga cucunya itu. Aku sangat berterima kasih kepada bonda kerana selama ini dialah juga yang menjaga dan merawat puteriku dan anak-anakku yang lain juga. Kalaulah aku tidak memegang status pelajar, rela aku memohon cuti untuk menjaga puteriku yang tidak sihat itu. Berkali-kali aku mengucup dahi dan pipi puteriku. Aku juga sangat ralat kerana tidak dapat membawa Tyra ke klinik. Waktu membatasinya.

"Nanti mama balik ya sayang. Semoga cepat sembuh.." Aku memeluk badannya yang lemah, sebenarnya Tyra masih lena tidur. Dia tidak bergerak pun semasa aku membelai dan mengelap badannya itu. Hatiku agak keberatan untuk meninggalkan puteriku yang sakit tapi memikirkan aku harus masuk praktikal petang, aku terpaksa kuatkan semangat melupakan seketika puteriku itu. Berkali-kali aku berpesan kepada bonda agar menjaga puteriku dan memberitahuku sekiranya demam Tyra semakin melarat. Demi tuhan, hatiku tidak tenang sepanjang hari itu melakukan kerjaku kerana terlalu memikirkan puteriku yang sakit.
Aku juga hairan kenapa Tyra semakin kerap demam kebelakangan ini. Kalau diikutkan badannya sangat sihat dan tidak ada tanda-tanda dia mudah jatuh sakit. Tyra juga aktif dan bijak seperti kanak-kanak lain.
Tetapi apa yang membanggakanku ialah, walaupun demam Tyra tidak pernah merengek seperti kanak-kanak lain. Malahan dia hanya terbaring lemah dan jarang menangis.
Bonda menelefon aku pada waktu malam memberitahu dia telah memberi ubat demam paracetamol kepada Tyra. Alhamdulillah, kata bonda Tyra sudah kebah sikit demamnya. Hari tiu juga Tyra dimandikan lebih 7 kali untuk menurunkan suhu badannya. Syukurlah..

Aku ada hal pula.. Tengok video Tyra yang aku snap semasa di Taman Tasik krai.. Dia happy tengok helikopter yang lalu di situ mengawasi kawasan banjir agaknya.
Tyra beria-ria memberitahuku agar melihat helikopter yang terbang di atas kepalanya. Bahasa Tyra masih pelat maklumlah bahasa budak kecil umur 23 bulan. Bulan depan baru Tyra genap 2 tahun.


Tiada ulasan: