Hampir 6 bulan aku kembali menjadi perantau di negeri kelahiranku sendiri. Walaupun aku boleh dikatakan dekat dengan ayahbonda dan keluarga namun aku sebenarnya bersendirian di rantauan ini. Anak-anak jauh di desa sana. Papa Tyra pula jauh di rumah sendiri di Pahang. Aku terpisah hampir 100km lebih dengan anak2 dan 400km ++ dengan Papa Tyra. Hujung minggu baru berpeluang bermain dengan anak2ku. Aku rasa benar resah menanggung kerinduan. Namun teman-teman yang banyak membantu menjadikan aku punya kekuatan demi masa depan keluarga. Semasa menjalani latihan praktikal aku dikenali sebagai Koi dikalangan teman-teman sekumpulan. Sebabnya aku sudah terbiasa membahasakan diri sebagai koi kata ganti nama "saya"..almaklumlah aku dah biasa cakap stail loghat Temerloh sikit2.. Tapi saing-saing hok klate panggil aku plak Koi.. Dah kabor koi tu saya tapi senang nak ingat dema panggil gitu. Semalam bonda aku telefon dari kampung memberitahu aku Tyra kena demam panas, naik ruam merah dan asyik menangis. Hati aku gundah gulana dibuatnya. Nak balik, jarak jauh sangat antara KB ngan Lata Rek. Lagipun aku habis keja kul 5.00ptg tidak termasuk perjalanan dari rumah sewaku ke tempat kerja. Esok pula aku perlu berada seawal jam 7.45pagi di tempat kerja. Jadi memikirkan jarak yang jauh aku terpaksa tawakal dan berdoa agar puteriku itu segera sembuh dan dalam peliharaan Allah sentiasa. Berkali-kali kupesan pada bonda agar membawa Tyra ke Klinik. Menurut bonda, doktor memberitahunya, Tyra mungkin kena demam Chikungunya. Semasa aku telefon cuba berbicara dengan Tyra suaranya begitu lemah dan dia menangis sahaja. Hatiku luruh mendengar suaranya yang lemah. Hari Khamis ini barulah aku dapat berjumpa anak2ku. Sekarang ini juga di kampungku tengah rancak dengan kempen PilihanRaya Kecil Dun 41. Aku tidaklah terlibat sangat kerana aku mendaftar pemilih di Pahang. Tapi aku ada juga mengikut Abah ke program yang dianjurkan oleh parti .. yang biasa diadakan pada hari jumaat atau Sabtu kerana aku cuti pada hari tersebut. Aku teringin sangat nak menyertai, tapi aku perlu memikirkan aku sebagai pelajar, lagipun aku tidak boleh mengundi di kawasan tersebut walaupun aku asal dari situ dan abah dan bonda menetap di situ. Bercerita pasal Pilihanraya Dun 41 ini walaupun kecil tapi tersangat meriah dan bagaikan satu pesta pula. Ramai yang datang menyokong dan sebagai perayu undi. Boleh dikatakan dari seluruh Malaysia termasuk yang aku berkesempatan menyertai program yang dianjurkan dan dihadiri oleh TPM, Dato' KJ, Dato' Pa dan ramai lagi. Hari Khamis lusa 2hb Julai pula akan diadakan aktiviti bersama MPW di air terjun Lata Rek. Aku tidak dapat hadiri kerana aku practical di KK Peringat. Sempena kerancakan kempen pilihanraya ini aku barulah dapat bersua dekat dengan TPM, KJ, dan ramai lagi. Komen aku, no comment.. sebab di kampungku sendiri macam perang bukan setakat perang poster dan bendera tapi antara saudara maraku yang berlainan parti pun boleh bermasam muka. Aku.. menjadi pemerhati yang tak diiktiraf. Bila aku bercerita kepada papa, dia cakap lumrah musim-musim gini. Sedih juga bila kena maki sebab pasang bendera kaler lain di depan rumah. Boleh dikatakan di kampungku, hanya rumahku sahaja yang tidak ada bendera.. lu fikirlah sendiri.. Kalaulah aku dapat mengundi, aku akan berkempen sama dengan abah untuk parti yang aku yakini demi kesejahteraan rakyat. Rakyat diutamakan, manek urai diutamakan... Manek Urai kito.... Ada 2 kaler je bendera yang aku nampak di sepanjang kampungku..
Anak sepupuku sebenarnya ni. Kalau abang Yie tengok inilah foto terbaru anak saudara Abang Yie dan bonda abang Yie.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan