Cantik pula gambar karikatur yang terhasil dari prompt merapu yang aku buat dekat Bing Ai Image Creator. Benda free yang melekakan bila berilustrasi di sini. Apa yang difikirkan dan tertulis tidak sama dengan apa yang diterjemahkan oleh Bing Creator. Mintak tulis nama Aron Kin dan Iskina di baju dua orang berbeza tapi sebaliknya berlaku.
11 Februari 2024
Bermain dengan Bing Image Creator
19 Julai 2023
Tyra Iskina dah Remaja
01 Julai 2023
Cerita 1hb Julai 2023.
Lepas kes anak sedara yang jatuh sampai berjahit kepala masa berkelah di Rafflesia Trail Pamuc Ulu Cheka, malam tu AK tidur di Jerantut lagi. Risau anak saudara takut berlaku emergency lagi. Mana tau kot2 tengah malam buta dia muntah ke atau jadi sawan yang kena cepat2 bawak ke hospital Jerantut. Adik AK dengan lakinya bab-bab hospital dan klinik ni dia tak sanggup nak handle anaknya itu.
Siang 1hb Julai tu AK cuci kereta sendiri kat rumah adik. Berkilat kereta guna sabun Sunlight cuci pinggan. Sekitar jam 11.00 pagi, adik ajak ke tempat kenduri di Kampung Bukit Cermin Ulu Cheka. AK mulanya tak nak pegi, tapi adik cakap, tuan rumah ajak AK pergi sama, kebetulan sehari sebelum tu, adik AK hadir majlis rewang. AK pun sumbat semua anak sedara dan anak2 AK dalam kereta. AK yang drive. Laluan agak ke pedalaman lagi dari rumah adik. Sumpah, AK fobia betul hari tu.
Laluan ke sana sempit dan berliku, berbukit. Selisih kenderaan mesti kena salah sorang ketepi bagi laluan. Lepas tu stuck jem masa dah nak sampai rumah pengantin. Beratur dan jalan sempit sendat tak bergerak. Lama giler nak settle masalah tu. Tak jumpa parking strategic. Kiri kanan gaung dan tebing anak sungai. Akhirnya ada seorang pakcik mintak AK Park dekat belakang sebuah kereta. AK Legalah walaupun bontot keta masih terjulur.
Sampai kat situ kebetulan pengantin juga baru sampai. Jam dah 1.00 tengahari lebih. Dekat2 nak zohor dah. AK bersama dua anak AK dan anak sedara 4 orang serta adik terus serbu ke bawah khemah makanan. Beratur. Lama juga nak sampai turn. Tempat duduk penuh. Masa tengah beratur tu anak lelaki AK tiba2 mengadu jarinya digigit tebuan... Masa tu dia nak ambik nasi. Entah kenapa dalam ramai2 pengunjung yang bersesak dan berhimpit tu, tebuan tu berkenan dekat jari anak AK.
AK tengok jari dia area palm tu dah merah. Ada tercongek ekor sengat tebuan tu Kat situ. Tebuan kaler kuning hitam tu lah. Pusing kanan kiri, orang bersesak2, AK tak tau nak buat apa. Lalu terfikir hembus dan ludah kat tangan anak sambil berdoa semoga ianya tak melarat. Anak AK nak menangis sebab tangan dia kena sapu air liur AK. AK cakap ubat sementara, air liur ibu. Muka dia semacam aje... Eeeyaaakh...! Lepas tu AK mintak adik ikhtiar cari limau nipis tapi tak ada jadi terlintas nak guna cuka putih. Adik pun masuk ke dapur cari cuka. AK tuang dan urut2 ala2 buang bisa tu. Tangan anak AK dah bengkak dan lebam. Lepas sapu cuka anak cakap lega sikit. Jadi kita orang pun makan nasi. Anak AK juga makan nasi tapi dia mintak guna sudu sebab tangan kanan dia dah disapu cuka dan sisa air liur AK.
Sebab kat bawah khemah dan meja bahagian depan dah penuh, jadi adik AK ajak makan kat bahagian belakang berdekatan dapur. Sebab AK terambik satu makanan yang pedas jadi selera terbantut tak boleh nak habiskan nasi. Pedas giler ooo kepiting masak campur jantung pisang.kari.. ke apa nama dia org sebut. Masa tengah nak basuh tangan tu bunyi sayup2 suara announcement cam sebut nombor akhir kereta AK. Masa tu AK memang tak terfikir pasal kereta sebab ingat pakcik yang mintak AK park kat situ tadi cakap kereta depan mungkin tak keluar.
Jadi AK pun sambung minum sambil tunggu anak sedara AK yang kecik siap makan. Masa tengah cuci tangan sekali lagi bunyi cam nombor kereta AK diseru. Sebenarnya tempat AK makan tu bahagian dapur jadi agak ke belakang jadi tak tak berapa dengar sangat dan tak nampak pun apa yang berlaku kat depan.
AK was2 mungkin betul nombor plat kereta AK jadi ajak adik balik. Masa tu juga tangan anak AK dah semakin membengkak. AK sempat jumpa tuan rumah ucap terima kasih atas jemputan. Semasa dah dekat nak sampai ke kereta, kena menyelit celah orang ramai yang datang kenduri tu barulah terdengar jelas nombor kereta AK. Terus AK ajak anak2 cepat berlari ke kereta. Kebetulan AK risau ngn anak lelaki AK yang kena gigit tebuan tu. Sampai aje kat kereta pemilik kereta depan dah berdiri kat situ satu keluarga.
"Maaf, saya tak dengar tadi," ujar AK. Tapi dua orang yang berdiri sebelah kanan dah muka marah2 tengking cakap bukan sekali panggil tapi tiga kali. Dia orang tak terima kata maaf tu dan terus membebel marah. AK malas nak panjangkan lagi pun AK mengaku silap dah awal2. Masa tu hanya AK sorang yang berdepan dengan pemilik dan penumpang kereta depan tu. Adik AK terus masuk ke dalam kereta. Anak2 pun riuh berebut masuk ke dalam kereta melalui pintu sebelah kiri. Dia orang tak perasan yang Ak kena tengking dengan kereta depan tu. Tak taulah laki bini ke adik beradik kot sebab nampak muda dari AK. Mujurlah masa tu adik ipar lelaki AK tak ada sama. Hanya AK, adik dan anak2 kecil kami tu yang mungkin dia orang berani tengking2. Masa tu AK dah gigil. Adrenaline dah memuncak. Tambah suasana tengahari, cuaca panas. Bunyi muzik dan dj kat majlis kahwin menenggelamkan suasana. Satu sikap AK walaupun dah gigil nak marah, tapi masih boleh dikawal gilernya jadi AK masuk kereta dan undur. Bayangkan tempat kawasan tu berbukit, sempit kebun getah...Laluan jalan bertar tapi muat sebuah kereta dan berselisih sekadar sebuah motorsikal itupun kena berhenti salah satu. Mujurlah pakcik yang bagi laluan masuk tadi, sekali lagi cool aje tunjuk dan kawal laluan. Suruh undur, pusing stereng kiri kanan. Ke depan sikit pastu undur. Depan tebing tinggi curam kebun getah. Belakang pula kereta motor bersusun yang datang kenduri.. Nak uturn bukan senang tapi AK masih boleh berlagak sebab AK pemandu bandar dan juga pemandu kampung hutan bukit bukau semua AK redah dapat atasi. Satu jangan panik. Dua berpura tak panik. Ketiga biarlah orang lain panik kita boleh kawal panik dan perasaan marah.
Lepas tu bila dah keluar dari situ, AK berdesup lupa diri dah bawak keta, Jalan sempit berbukit buat cam jalan ni AK sorang je yang reti lalu... Meter bukan lagi 20-30km/jam tapi dah 50-70km...Semua penumpang kereta AK sunyi sepi dalam kereta. Masa sampai kat jambatan sempit pertama, AK berhenti tunggu giliran dan undur sedikit sebab nak bagi laluan kereta depan.
AK bagi satu persatu kereta dari berlawanan arah lalu dulu, sambil2 dalam kepala nak tunggu kereta yang AK blocked secara tak sengaja tadi. Hampir 10 minit menunggu tak nampak bayang pun. Tadi bukan ke main dia nak cepat sampai tak boleh tunggu nak undur kereta. AK saje je nak main bawak slow depan dia ke... Tapi tak muncul2.
Lepas tu bila jalan dah clear enjin dah menderam panjat bukit berliku, Alhamdulillah sampai rumah adik dengan selamat.
"Mama bawak macam orang gila. Taaakut..." Anak AK cakap.
"Mama hebat! Cekap bawak keta!"
Masuk rumah, AK suruh anak2 AK dua beradik tu pack barang masuk kereta. Nak balik dah.
Sambil2 tu AK tunggu kereta tadi lalu depan rumah sebab adik ipar AK tanya kereta mana. Lama juga tak muncul2. Lebih 15 minit tak nampak bayang. Masa AK Kat dapur barulah terdengar kereta tu lalu. Adik ipar lelaki AK dah jadi rimau bila bini dia cerita perihal tu. Dia beranilah sebab dia orang situ. Dia cakap org yang naik kereta tu bukan orang kawasan sini sebab tak reti sopan santun.
AK malas nak layan lepas zohor kami tiga beranak bertolak balik. Masa dalam perjalanan AK tercari2 juga Klinik Kesihatan sebab nak berhenti check anak lelaki AK. Dalam jeling kiri kanan jalan tu terlepas KK Damak. Laluan Benta Damak ni best main selekoh. Sambil mencari klinik tak jumpa. Ada nampak banyak klinik desa je.
Minyak Kereta AK isi masa dekat Petron Chiku 3 otw nak datang tu. Dah tinggal. 3 bar barulah berhenti isi kat Petron Lipis. Masa ni AK mintak tolong anak lelaki AK turun isi.. Dia mengadu pening dan tak larat. AK berpaling ke belakang tengok dia dah pucat tak bermaya. Hati AK dah jadi kecut. Risau dia kena alergi dengan gigitan tebuan kot.
Sepanjang perjalanan AK mencari Klinik Kesihatan. Nak masuk bandar Lipis AK tak biasa laluan jadi hanya menyusur laluan ke Gua Musang. Akhirnya nampak papan tanda Klinik Kesihatan Padang Tengku 800meter, AK nekad singgah. Berdoa semoga ada staff onkol.
Alhamdulillah staff onkol hari tu sangat berdedikasi melayan dan memberi rawatan. AK telefon nombor onkol yang ditulis kat pintu depan klinik tu. Masa sampai tekanan darah anak AK dah rendah. nadi pun dah drop 46...
Jadi kena perhati dan rehat kat katil di kecemasan situ. Tunggu punya tunggu lepas masukkan air drip satu botol barulah pressure naik 120+/58 dan nadi 60+ klu tak dalam masa menunggu tu alat monitor tu asyik berklip2 berbunyi bacaan 41, 43...
Selepas jam 4.00 ptg barulah selesai dan meneruskan perjalanan. AK tak singgah ke mana2 dah terus balik ke rumah.. Nak bagi anak berehat. Nak rehatkan otak AK yang juga dah penat.
Alhamdulillah anak AK Zaza, dah sembuh dan tak dapat simptom teruk alahan gigitan tu. Esoknya 2hb dia boleh pergi sekolah walaupun masa kat Klinik Pdg Tengku dia merayu tak nak pergi sekolah esok katanya. Tapi AK cakap kena pergi sekolah juga kalau dah sihat sebab tahun ni dia nak SPM dah.
#sekadarperkongsian
#aronkin
#ceritahujungjari
#SabarItuIndah
30 Jun 2023
Cerita Raya Haji ke-2 (30hb Jun 2023)

Sekadar coretan panjang hujung jari.
Flashback raya pertama Hari Raya Korban tahun ni yang tak meriah. Alhamdulillah Ma AK sedang berada di Mekah tunaikan haji.
Jadi tanpa Ma, suasana raya memang tak meriah. Adik2 AK yang tinggal berdekatan semua beraya kat rumah mentua. Tinggallah keluarga AK aje yang beraya kat rumah kali ini. Empat buah rumah berhadapan sunyi sepi. AK pun rasa malas nak keluar rumah.
Pagi raya tu AK dah berbaju kurung lawa, baju recyle yg beli khusus utk satu program dan baru sekali pakai masa tu. Jadi sebab masih baru maka jadilah ianya baju raya AK kali ini. AK pergi beraya ke rumah mak sedara dan sepupu yang sebelah rumah. Mak sedara AK buat korban ambil sebahagian lembu. Maka sepagi itu AK ulang alik bertapa rumah sepupu AK yang mengadap rumah mak sedara. Buat rajin kat dapur dengan pakai baju raya.
Pagi tu juga AK bertelefon dengan adik AK yang kat Jerantut. Sembang tersasul sebut nak beraya kat rumah dia. Bersoraklah anak sedara sebab pertama kali AK beraya kat sana. AK ngn adik AK yang ni sama2 tak ada mertua. Kami dua beradik sahaja mertua yang dah kembali ke rahmatullah.
Jadi AK beritahu papa nak pergi beraya Kat Jerantut. Papa cam lam kepala dia ckp nonsense. Jauh tu...
Tapi bukan AK kalau apa yang AK cakap AK nak, mesti AK buat sampai jadi. AK beritahu anak2. Ada yang setuju nak ikut dan ada yang menolak. Janji lepas zohor kemudian delay sampai Asar. Gara2 tunggu anak no. 2 yang janji nak ikut tapi dia bawak lari kereta Myvi AK, tunggu2 tak nampak byg hidung. Akhirnya jam 5.15ptg AK bertolak ke Jerantut bertiga bersama anak sahaja. Papa cakap dia sakit kepala tak mahu travel jauh. Tanya anak sulung, dah elok dia kemas baju masuk kereta bila nampak adik no.3 dah ada dalam kereta dia tak jadi ikut. Yg no. 2 tak nampak bayang juga. Petang tu angin push2 keluar sampai AK menitik air mata bila ajak mereka tak nak ikut.
Jadi AK pun dengan Bismillah dan selawat serta doa semoga perjalanan selamat sampai ke destinasi. Dalam perjalanan awal2 tu boleh lagi memandu dengan tenang tetapi setelah melepasi sempadan daerah kereta dah mula bergerak laju vs perlahan. Lepas tu hujan selebat2nya pula area dekat nak sampai GM. Jalan dkt Petronas GM, Alhamdulillah dibuka jadi tak perlu lalui jalan jauh ikut Pulai GM.
Semasa atas Highway LPT2 dah maghrib. Jalan dua lorong jadi buat cara dua lorong. Sampai kat bulatan Benta rehat sekejap Kat masjid kat situ. Sambil sejukkan enjin kereta. Setengah jam kemudian mulalah perjalanan berliku Benta-Damak. Alhamdulillah masa kat Kg. Batu Balai, Jerantut jalan juga lancar tak perlu lalu dalam kebun kelapa sawit seperti trip beberapa bulan lepas. Dekat jam 10.30 malam barulah kereta AK merayap masuk berhenti depan rumah adik.
Malam tu tidur lena. Hati masih lagi sendu. Rasa ketat dalam dada. Merajuk yang takde faedah. Papa call tak jawab. Bila AK mesej dalam grup anak menantu ma, papa menyampuk. Jd AK padam mesej yang AK beritahu dah selamat sampai di Jerantut. Baik punya perangai rajuk yang rapuh.
Pagi raya kedua bangun awal. Hirup udara segar. Bentang Plan utk hari tersebut. Biasa pagi Jumaat ada pasar pagi jumaat kat Pekan Damak. Tapi pagi raya ke-2 tu lengang aje. Jadi sebab waktu tu dah jam 10.00 pagi, AK bawak adik dan anak sedara shopping barang dapur kat pasaraya kat Pekan Damak tu. Beli roti dan bahan nak buat Sandwich, beli bahan2 nak buat macaroni goreng. Bahan puding telur dan air koktail buah tertukar jadi koktail laici rose gara2 lupa nak beli sunquick oren. Balik dari pasar terus bekerjar masuk dapur. Tong tang, tung tang kat dapur, siaplah menu utk berkelah.
Lepas zohor tu kami berehat kejap, sebab adik ngn hubby dia pergi majlis rewang kendiri kahwin jiran sekampungnya. Lepas asar baru kemas barang masuk kereta tujuan hala berkelah ke Sungai Rengat. Perjalanan bertar sehingga perkampungan orang asli kat situ kemudian redah perjalanan berbatu dan berhabuk, sempit dan bersimpang siur turun bukit naik bukit. Mencabar juga mujurlah kereta SUV yang AK bawak ni tinggi jadi redah bukit tu tak terasa sangat kelajuan sekadar 40km-50km perhours tu boleh dikawal stereng lagi. Bila ikut belakang kereta orang lain dekat2 nak sampai hanya 20km/hrs. Berselisih AK ketepi redah semak sampai lupa cat kereta calar.
Perjalanan ntah berapa km. Terasa jauh juga mungkin lebih 5km. Masa sampai kat Sungai Rengat tu ramai dah pengunjung. Kereta melebihi 30 buah. Penuh. Air sungai pun agak keruh. Nampak tempat perkelahan tu tak seindah masa AK datang dulu2 cari orkid. Nampak ketara sangat perubahan dah tak seindah dulu walaupun ada beberapa kemudahan seperti pelantar peninjau utk bergambar dan ada rumah ala2 kem utk program. Klu dulu kawasan tu hutan yang menghijau.

Jadi 10 minit aje tinjau kat situ, AK pun balik. Tukar plan pergi ke Rafflesia Trail atau PAMUC pula. Ambik masa juga nak sampai sini sebab tukar arah jadi jauh. Kat sini hanya ada 3 buah kereta lain dan termasuk AK jadi 4 buah. Nak turun ke kawasan perkelahan tu agak curam kena menuruni tangga. Kat situ air jernih giler. Berkilau. Sebab kat kawasan berpasir air cetek dah ada orang lain, jadi AK dan keluarga bentang tikar letak bekal makanan atas batu.

Lepas tu kami terus mandi. Jadi AK pun join sekali mandi. Sejuk, nyaman dan Best airnya. Jernih sampai boleh nampak pasir yang berkilau dengan anak2 ikan.

Plan lepas mandi baru nak makan. Tak sampai setengah jam main air, tiba2 anak sedara AK yang umur 10 tahun berdentum jatuh tergelincir atas batu. Tergolek jatuh dari ketinggian 1 meter.
Jenis budak degil, keras hati. Kuat semangat. AK pun serbu kat dia pegang kepala dan belek. Nampak ada luka dalam 1cm. Berlubang 3mm. Darah dah meleleh ke baju.
Acara bersukaria jadi musibah. AK pun arah semua keluarga packing barang. Program berkelah terbatal. Jantung berdebar. Hati tu tak usah cerita mujur dapat kawal panik. Adik ngn Hubby dia dah panik. Tapi AK buat cool pimpin anak sedara. Pendakian naik ke tempat parking tu yang sakit lutut, sesak nafas semput lama tak aktif mendaki pada ketinggian hampir 90° mendaki.
Bila sampai kat tempat parking, anak sedara ni menangis meraung tak nak pergi klinik. AK yang lap kepalanya ngn tisu dah dua tiga kali tukar tisu tahan darah. Sesi pujuk memujuk gagal. Mummy ngn daddy dia dah serah kat AK utk uruskan sbb dia tau perangai anak dia.
Lastly AK cakap "Jom kita balik." Ajak semua orang masuk kereta.
Otw melalui jalan ke jalan utama Ulu Cheka Damak, adalah pula sebuah kereta yang tengah cuci kereta betul2 tengah jalan. Menghalang laluan. AK cakap juga sambil bergurau... " Tak boleh jadi camni bang. Buat lawak cuci kereta tengah jalan."
Dia orang tak tau AK berdebar bawak kereta sambil jeling seat belakang. Tengok anak sedara risau takut dia collapse je...
Pastu waktu tu dah hampir jam 6.30ptg lebih. Kereta AK mode lampu auto. Gelap sikit menyala. Bila laluan cerah dia off sendiri. Macam AK bagi warning kat kereta depan pula walaupun tak ada niat. Kereta proton saga blm hitam kat depan tu beri laluan dan ke tepi. Jadi AK dapat potong dia. Tapi kemudian dia macam kejar AK pula. Jadi bila AK dah ke depan dan laluan clear, AK pun tekan sikit minyak. Laluan camtu adalah laluan biasa bagi AK pemandu kampung pedalaman. Jadi AK melaju ke depan dan tak nampak bayang dia. AK terus ke KK Damak. Call petugas onkol.
Masa azan maghrib tengah sesi memujuk utk menjahit luka. Sejam lebih layan tenaga budak lelaki yang badan kecik tapi kuat. Memang keturunan pendekar anak Pahang. Dahlah dia sekolah kat Sekolah Keb Pawang Nong. Aura kuat mmg ketara.
Bila keluar dari bilik kecemasan tu, kat luar dh gelap. Kami terus balik ke rumah. Pakaian di badan masih lagi basah. Dah rasa gatal badan pakai pakaian basah. Sampai rumah, perut pun dah berkeroncong. Nak makan tak ada selera teringat peristiwa tadi.
Lepas mandi dan makan sikit bekalan berkelah siang tadi, baring2 masa tu dah jam 10mlm. Seawal jam 11mlm dah lena diulit intan.
Peristiwa raya ke 2 tu rupanya bersambung pula cerita lain pula esoknya.
Apakah yang berlaku esoknya juga tambah debaran kali kedua utk AK?
Astaghfirullah... Al-sobrul minal iman.
Foto-foto sebelum kami turun ke kawasan Lata yang agak curam dan mendaki . Nasib baik ada tangga simen disediakan.




#aronkin
#sekadarperkongsian
#ceritadihujungjari
24 Februari 2017
Nasi Ayam Punya Pasal
Semalam aku beli nasi ayam ni. Kira punya kira nampak 6 orang je kat umah. Cukup utk papa , mama ngn anak2. Bawak balik dah terliur sangat bau kuah sup. Petang sebelum maghrib kepala dah rasa terkilan sebab lupa beli utk mak bonda ngn Liana Mohamad . Aku pun nak ajak anak2 yg leka tgk tv kat umah ma pun terasa segan. Takut tersasul cite nasi ayam.
Lepas maghrib anak2 dah kumpul semua aku pun ajaklah anak2 makan. Tengah prepare nak makan atur bagi sorang satu kat anak2 tiba2 bunyi tapak kaki lain masuk ke dapur. Aku dah rasa stress sebab grenti nasi tak cukup. Anak2 dah berselera makan. Bahagian aku pun dah buka siap tuang kuah sup dll. Papa punya aku dah simpan letak asing.
Tiba2 muncul 2 budak kecik. Anak sedara aku. Aku jadi bingung jap. Tengok anak2 aku dah selera menyuap. Aku pun dah hampir2 nak suap ke mulut. Si puteri plak terus tegur.
" Kita orang makan nasi ayam.. Adam ngn amar takde..."
Aku dah tengok muka Adam ngn ammar monyok jadi kesian plak. Nasi yg dah separuh di gaul aku gaul semua sekali. Selera aku terbantut jap. Aku ambik dua sudu dan bawak ke bawah bersila di lantai.
" Meh duduk sini. Makan nasi ni kongsi. Adam makan separuh, Ammar makan setengah. Kongsi biar adil," ujarku sambil ayam seketul di bahagi dua. Anak2 tu pun duduk dengan senyuman teruja.
Jadi aku duduk di meja semula. Kebetulan anak2 kongsi kuah sup adalah yang lum buka. Aku ambik tuang lam pinggan dan bercadang nak hirup sup tu aje.
" Mama, ambik nasi Boboy ni ajelah..." kata Boboy yg baru makan.
" Mama ambik nasi Zaza.." Aku jeling bekas nasi dia dah tinggal separuh.
" Mama Junjun tinggal sikit je..."
" Mama makan dengan Tyra lah... " ajak Si puteri pula. Perasaan aku masa tu rasa terharu sangat. Allah buka mata hatiku terhadap anak2 dan rezeki. Aku beri kat orang lain rezeki yang ku sangka hak aku. Tapi Allah beri rezeki lain termasuk kasih sayang anak2.. air mata rasa menitik sebab aku rasa sangat terharu. Sebab tengok anak makan berselera aku pun dah telan air liur, jadi aku ambiklah juga satu sudu dari setiap pinggan anak. Sikit tapi kenyang dan lazat rasanya. Itulah rezeki yang berkat bila berfikir positif.
Rezeki kalau bukan hak kita dah dekat nak masuk mulut pun tapi kalau Allah dah tentukan ianya bukan hak kita, ianya tetap tak akan kita dapat. Rezeki bila Allah dah bagi dekat kita sedikit pun bersyukurlah kerana rezeki itu berkat kita rasa dihargai...
19 Oktober 2013
Tyra dan kaler Pink
Tyra dengan warna kesukaannya merah jambu atau dia suka sebut 'pink'...
Kaler pink ini memang dah jadi trade mark Tyra. Semua barang miliknya kalau boleh nak warna pink. Baju Pink, Seluar Pink, Beg pink dan kasut atau selipar pink. Naik pening juga papa Tyra dengan permintaan Tyra yang TERsangat Demand itu.
Cerita klaer pink Tyra ini kadang-kadang jadi lawak pula.
"Mama, hari ni mama masak nasi pink untuk Tyra ya..!!! "
Huhuhuhu... nasi kaler pink. Cubalah korang imagine macam mana nasi kaler pink? Pulut kaler pink bolehlah aku faham ini nasi nak makan dengan ulam dan cicah budu... apa cerita neh...
Setakat Tyra merayu aku buat kek kaler pink aku boleh tahan lagi tapi tang dia mintak aku masak nasi kaler pink itu yang bikin aku nak pink-san...
Ada-ada saja puteriku ini...
Bilik dia memang dah kaler pink. Cover Ipad miliknya kaler pink. Pinggan makan dan cawan nasi miliknya memang dah sah kaler pink. Semuanya kaler pink miliknya. Jangan sesekali abang-abangnya tersalah pilih barang kaler pink kat kedai, sah-sah nanti barang itu memang akan jadi miliknya.
Alahai Tyra dan pink kaler miliknya..
11 Jun 2013
Tyra dan Alam Persekolahan
![]() |
| Hari pertama pendaftaran Pra Sekolah 26.Dis.2012 |
2013
16 Mei 2013
Kisah Tyra dan Dia...
Hampir setahun tidak berkolabrasi di sini. Hampir setahun kekeringan idea dan menyepi diri.
KINI DI TAHUN 2013 YANG SUDAH MENGINJAK KE BULAN MEI dan Puteri Kecilku sudah memasuki alam persekolahan.
Begitu cepat masa berlalu. Dari hari pertama ke lahirannya sehingga kini usianya menginjak 6 tahun (Sebenarnya 5 tahun 5 Bulan) masa terus bergerak dan berlalu. Setiap detik melihat puteri yang semakin membesar di depan mata dan menjadi gadis kecil yang comel dan sedikit lasak sebenarnya membuat hatiku teruja sebagai seorang ibu dan sekaligus bersyukur dikurniakan anak-anak yang sihat dan comel serta bijak.
![]() |
| Tyra Iskina di Zoo Negara berlatar belakang kura-kura gergasi. |
![]() |
| Tyra Iskina paling suka bergaya bila fotonya di ambil. |
![]() |
| Tyra , Junjun dan Boboy yang kepenatan setelah seharian berjalan di dalam kawasan Muzium Negara Kuala Lumpur. |
![]() |
| Tyra berlatar belakang topeng patung Thailand. |
![]() |
| Tyra cuba meniru memek muka topeng patung opera cina tetapi jadi juling pula matanya. |
10 Oktober 2012
Puteriku Tyra Iskina
Assalamualaikum..
Oh! Puteri kecilku sudah semakin menjadi anak dara yang jelita di depan mata. Hari-hari aku sebagai seorang ibu yang melihat tumbesaran dan perkembangan puteri cilikku amat merujakan.
Eh! Betul ke ayat aku ni. Setiap kali membawa Tyra keluar pasti ada yang akan menegurnya dan mencubit pipi gebunya. Aku sebagai ibu yang melahirkannya rasa amat berbangga dan bersyukur dengan anugerah Allah kepadaku, suami dan keluargaku. Aku rasakan hidupku kini cukup sempurna mempunyai tiga orang putera dan seorang puteri.
Namun kadang-kadang mendung itu berarak jua mengusik ketenanganku.
Sekarang ini ramai juga mulut-mulut comel yang menegurku.. Melihat Puteri Tyra Iskina yang sudah semakin tinggi dan petah.
"Puteri dah besar tu bila nak menambah yang baru..?"
"Lama dah tak beranak tu karang jadi ibu beranak sulong plak.."
"Atau dah tak subur benih ke?"
Isk.isk...isk..macam-macam mulut mugil berbicarakan. Ikut sedap mulut je. Macamlah aku ni mandul Tak sedar ke lagi aku ni dah berjaya melahirkan empat orang anak. Adakah alasan kerana Puteriku Tyra Iskina sudah menginjak usia 5 tahun maka aku perlu menambah anak lagi?
"Engkau ambik ubat apa Ron? Kau pakai alat ke?"
"Macam mana bleh jadi jarang plak sekarang ni?"
Kadang-kadang dan sememangnya berdesing juga teliga aku bila mendengar bait-bait bicara puitis itu. Hangin satu badan sampaikan bergegar tahi teliga aku.. Aku juga rasa malas dah nak jawab lebih-lebih lagi bila melibatkan nama baik suami aku. Dia orang ni memang bercakap ikut sedap mulut aje. Mandul tu bleh ke terjadi walhal baru 5 tahun .. erk sebenarnya baru 4 tahun 10 bulan aku tidak hamil. Itulah usia Tyra Iskina kini. 13 Disember nanti baru genap usia dia 5 tahun.
Bila bercerita dengan Papa Tyra dia hanya tersenyum sahaja. Ada sekali tu dia ketawa mengekek bila dengar cerita aku. Alahai mungkin cara aku bercerita hinggakan dia rasa cerita itu lucu walhal hati aku dah rasa bengkek semacam je.
Itu cerita orang, mungkin mereka rasa cemburu dengan apa yang aku miliki. Yalah kalau nak dibandingkan dengan mereka yang hanya mempunyai anak di antara satu hingga empat orang dan ada yang lima orang. Itu bicara bondaku.
Setiap hari bila aku balik dari kerja Tyra setia menunggu di meja depan tv. Apalagi mengodam ipad . Papa menyimpan hampir dekat 100 ipad games lam tu. Semua mainan hujung jari Tyra. Aku akui puteriku ini amat pintar bermain computer games. Aku disebabkan jarang-jarang bermain maka sesekali aku bermain permainan tu grenti aku tak dapat teruskan. Nak kata buta IT takde sangat tapi Tyra memang teror disebabkan setiap hari mengadapnya. Kalau tak reti nak main tanyalah Tyra.
"Bukan macam tu mama.. main macam ni lah.."
Terpegun aku melihat jemari kecil Tyra lincah di atas ipad tu. Cuba tengok foto ini semasa Tyra main games laptop aku. Jemarinya amat menarik perhatian aku dan aku suka melihat jarinya dalam foto ini.
Semasa sambutan hari lahirnya yang ke-4 tahun, permintaan Tyra ialah..
"Mama.. Tyra nak kek besday Angry Bird.."
"Papa belikan iPad untuk Tyra ya.."
Hahaha.. permintaan anak kecil yang berusia 4 tahun di zaman IT..
Tyra juga sudah pandai bergaya. Dia sekarang dah pandai meminta aku beli tudung untuknya. Mungkin kerana dia selalu tengok aku yang bertudung dan mempunyai banyak koleksi tudung.
Baju-baju gaun juga banyak yang dia enggan pakai.
"Tya tak maulah mama. .."
"Tya malulah pakai baju ni mama.."
Itulah di antara ucapan puteriku yang sudah pandai memilih yang baik. Syukurlah kerana tidak sukar untukku memilih pakaiannya. Tapi kadang-kadang, naluri aku sebagai ibu yang mempunyai anak perempuan yang masih kecil, berkenan dengan sepasang gaun yang agak seksi. Mendedahkan bahu dan bertali halus. Semasa di kedai Tyra suka sangat dapat baju tu maklumlah baju baru. Bonda juga ada menegurku kenapalah dibelikan baju macam tu untuk anak. Itu seperti mengajar anak berpakaian tak senonoh. Itu kata bondaku. Tapi jawablu pula.. Apalah salahnya pakai macam tu. Budak kecil takpe...
Sebaliknya bila dah sampai rumah bila kucuba pakaikan baju tu Tyra cepat-cepat berlari mengambil tuala dan menutup bahunya..
"Tyra malulah mama .."
Terkedu juga aku dengan ucapan anakku itu. Anak kecil pun dah pandai menilai yang mana elok atau tidak... Anak-anak zaman IT.. Alhamdulillah.
Semasa Hari Raya Puasa yang lepas aku membelinya dua pasang baju kurung dan dua-duanya kaler merah kegemaran Tyra. Suka sangat dia berbaju kurung di hari raya tu. Neneknya iaitu bondaku pula telah menjahitkan sepasang baju kurung dari jenis kain English Cotton. Memang cantik dan manis puteriku berbaju kurung.
Tetapi untuk Raya Idil Adha ni pula Tyra semakin demand apabila permintaannya...
"Tyra nak baju kaler pink lah mama.."
Dan aku dah terbayangkan baju dan kasut mana hendak dibeli untuk puteriku. Pink lagi keluargaku di hari raya nanti. Dah ler masa raya puasa semua orang termasuk abang-abangnya semua berbaju merah sama dengan kaler Tyra. Kali ini pink ... Hahahaha.. PINK...
18 April 2012
Bawa Tyra dan Junjun ke Taman Tasik Krai pada 13hb April 2012
| Peace Mama..!!! |
Tyra mula-mula berlari ke arah tempat main gelungsur (???) .. panjat-panjat lepas tu terjun dan entah apa lagi reaksi yang di buatnya. Boring main kat situ dia berlari pula ke tempat jongkang jongkit. Junjun juga leka bermain dengan Tyra hinggakan hujan renyai-renyai turun pun dia orang masih bermain.
| Tyra semakin pandai bergaya |
Selepas satu jam kat Taman chik Feeza telefon ambik dia kat sana. Segera mama ajak anak-anak tinggalkan Tasik itu.
Lihatlah keceriaan Tyra di Tasik Krai :
![]() |
| Larilah..! Lari..! Kudaku berlari.. |
![]() | ||
| Buai laju-laju, sampai cucur atap.. |
![]() |
| Junjun dan Tyra |
.jpg)
.jpg)
.jpg)


























