Semenjak berpindah balik Kelantan anak-anak kerap mengajak balik ke Pahang.Rindu rumah lama dan taman permainan Tmn bukit Bendera Mentakab. Aku ada juga membawa anak-anak keluar hujung minggu tapi mereka masih menyebut rindu suasana Bandar Mentakab tempat kelahiran mereka.
Pada Sabtu lepas aku memujuk papa untuk membawa anak berkelah di Hutan Lipur Bukit Bakar. Papa mulanya enggan kerana memikirkan keadaan cuaca dan berita-berita yang keluar di surat khabar. Lemas dan ...,
Aku memasak nasi dan lauk sekadar ikan goreng, daging lada hitam dan ulam timun.Siap memasak aku terus kemas dan susun barang ke dalam kereta. Papa ada tanya nak ke mana tapi aku masih berteka -teki. " Adalah tempatnya...Kita isi minyak kereta dulu..." Itu jawapanku.
Selepas mengisi minyak di Shell Krai, aku meminta izin dari papa untuk memandu kereta.
Mujurlah papa setuju. Aku terus memecut ke arah Machang. Pukul 2.30 petang sampailah di Hutan Lipur Bukit Bakar.
Anak-anak bersorak riang apabila kereta yang kupandu berhenti di tepi jalan.
Selepas menikmati makan tengah hari di tepi sungai , aku membiarkan anak-anakku bermain air. Aku turut sama berkongsi kegembiraan melihat anak-anak yang seronok bermain air.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan