05 Ogos 2011

Cerita Raya Puasa 2010

Raya dah seminggu berlalu. Aku juga dah dekat 2 minggu lapor diri kat tempat keja baru. Banyak juga yang aku nak bercerita sebenarnya tapi sebab raya masih terasa, sana-sini rumah terbuka maka aku nak coret cerita raya dulu. Aku sebenarnya dapat cuti raya awal gak iaitu pada 18hb Sept aku dah confirm cuti hingga 25hb Sept. Ni lah pertama kali aku nak beraya lama skit. Nak dijadikan cerita hubby aku kat Mentakab, tak dapat balik beraya sama. Aku pun sebenarnya tak nak beraya kat Mentakab sebab anak-anak ada kat kampung. Pujuk hubby tapi dia cakap tak dapat cuti. Ada keja gak hari raya. Isk..isk sedihnya hati. Aku merayu sampai nak meroyan baru hubby gitau roadtax keta dia mati 15hb Sept lagi. Alemak apa ke cite plak ni. Kenapa tak check awal-awal? Membebel , menangis dekat segantang ayor mate, dia tak jumpa geran keta sebab dah packing barang-barang masuk kotak sampai dah konfius kat ne di letak beg document. Adoi .... Then aku plak sebenarnya ada bawak balik beg document yang mengandungi macam-macam hal milik aku.. try belek mana tau ada geran keta hubby aku.. Sah! memang sah!!!... Geran keta hubby ada dalam simpanan aku kat kampung... Tengok kalendar 16hb Sept.. Nak post geran dah was-was.. gerenti sampai lepas raya.. Memang salah koi gak weh.. Pastu aku mintak dia check tiket ketapi, dah sold out.. Tiket bus..Hehehe.. sama ler .. Akhirnya dah tak ada cara lain aku kena turun sendiri ke Mentakab demi hubby tercinta. Pada 17hb plak aku abih keja lewat sangat kira-kira kul 9.30malam. Abih keja aku balik gak ke kampung malam tu gak. Penat? Sapa tak penat drive sorang2 sejauh 100km++... Aku sampai umah kul 10.40pm.. Speed? Tak lah jugak tapi jalan lengang hala ke KL.. Faham-faham je lah.. Sampai kampung cam biasa anak-anak yang sambut kat pintu. Lepas mandi dan bersiap, ajak anak-anak tido sama, aku pun terlena sampai kul 3.00pagi.
Lepas makan sahur kira-kira kul 4.30pagi, aku ikut abah pegi jemput adik aku Awie yang balik ngan bas dari UUM. Sampai kat Tanah Merah kul 5.50am.. Azan subuh, sempat dengar kuliah subuh, tapi bayangan bus Putra 12 dari UUM tak nampak gak. Telefon adik kira-kira kul 6.00am baru dapat, dia gitau baru sampai Jeli. Ampeh, cian plak kat abah yang tersengguk-sengguk menunggu anak lelaki bongsunya itu. Anak sulung aku lena kat seat belakang keta. Tiba-tiba gedebuk jatuh.. Ler mimpi plak dia ghopenya.. Abah plak terkejut. Aku tak bleh tido sebab buka aircond keta sejuk sangat. Bila tutup ekon, panas plak. Buka tingkap nyamuk banyak masuk..
Tunggu punya tunggu kul 7.00am baru bus adik aku sampai. Ramainya yang nak balik berayo..
Aku sampai umah kul 8.00am+++.. Mata mengantuk.. Lena sampai kul 9.30am. Pas mandi dan bersiap2, kul 10.15am baru aku dapat bertolak ngan Awie ke Mentakab sebab nak jemput Hubby aku. Kesian ngan Awie yang penat travel dari Kedah agi tapi dia cakap larat lagi.. sebab dia nak drive keta. Maklumlah baru dapat lesen P tak sampai 1/2 tahun. Pastu jarang pegang stereng..tengah gianlah..
Awie tengah gian nak bawak keta. Awie bawak keta dari umah sampai ke Felda Kechau, alasan dia tak arif nak bawak keta dalam bandar.. lepih.. Dekat 3 jam lebih juga tu..
Dari Felda Kechau aku plak ganti sampai ke Taman Bukit Bendera, Mentakab.. Kira-kira jam 3.00petang. On the way jalan aku hala ke Pahang lancar je... Tapi dari arah bertentangan..
aok tengok ler sendiri...Anak kelate dari rantauwen kelik ghayo...
Sampai kat umah aku, hubby aku dah tunggu kat pintu pagar.. Masuk je dalam umah.. mak oooiii.. penuh ngan kotak-kotak yang dah packing brg. Rupanya diam tak diam hubby dah bersedia menerima hakikat aku transfer klate.. Hanya perabot yang besar belum diusik..
Lepas ambik beg dan aku sempat selongkar barang kat dapur cari alat memasak, nak buat kueh raya mana tau klu rajin,, Kul 4.30 petang baru bertolak ke klate.. Kali ini hubby yang drive keta. Aku plak dapatlah melelapkan diri.. Jalan nak balik kali ini memang jamm tahap
sewel.. Kami berbuka pose kat Petronas Felda Kechau.. Pastu sampai Gua Musang aku aku drive hingga Kawasan rehat dan rawat sebab berenti isi minyak kat Shell kat situ. Then hubby aku sambung driving sampai kampung. Jam 11.45mlm bru selamat sampai kampung. Anak-anak lum tidur. Semua anak-anak menjerit tengok papanya. Aku rasa terharu sangat saat itu. Mungkin kerinduan anak-anak pada papanya telah terubat. Aku yang kepenatan pun bleh hilang.. Segar ..
Okey that's all cite aku nanti sambung lagi. Nak siapkan assignment dulu yek.. Layan gambar cuci mata.. Tengok gambor anak-anak koi..

Tiada ulasan: