01 November 2008

Mencari Petai Sampai Jerantut


Petang tadi aku ajak papa pergi ke Jerantut rumah Ayah Ngah.. Semasa di atas kereta perjalanan dari bandar Jerantut hingga ke Kampung Tanjung Puteri di apit oleh hutan yang menenangkan di kiri kanan jalan. Perjalanan memang membosankan bagi Boboy, Junjun dan Zaza kerana mengambil masa hampir 45 minit untuk sampai ke rumah ayah Ngah. Tetapi aku leka memerhati sekeliling dan sepanjang perjalanan itu aku sempat snap beberapa keping gambar menggunakan N70. Sesampai di perjalanan antara Kg.Baharu dan Kg. Som..aku melihat banyak lori balak di tepi jalan. Aku juga melihat kayu balak yang sudah di potong bertimbun di sebelah kiri. Ada yang sudah di letak ke atas lori balak. Sedih juga melihat kayu yang besar, lurus dan cantik di tebang dari pokok balak yang ku agak berusia ratusan tahun, mungkin dari hutan simpan di situ. Aku lihat satu suasana yang pelik tapi aku tak pasti apakah yang sebenarnya berlaku.. Aku cuba tanya papa tapi cara jawabannya tidak menyenangkan hatiku. Hatiku tertanya adakah balak itu dari kawasan hutan simpanan yang menjadi kawasan tadahan air??? Entahlah.. Kenapalah hatiku begitu sibuk ingin mengetahui.

Sampai di rumah Ayah Ngah kira-kira jam 5.45 petang. Aku terus bertanya kepada Ayah Ngah berkenaan balak dan lori balak. Dari cerita Ayah Ngah barulah aku terasa lega pula. Rupanya kawasan itu hendak di jadikan kuari untuk mengambil batu yang hendak di gunakan untuk membina lebuh raya yang baru.. masih dalam pembinaan... Tapi kuari Sg Jan tak jauh juga dari situ...........................

Semasa di rumah ayah Ngah, kami makan kek yang aku bawa dan kuih raya yang Angah buat bersama teh panas. Memang menyelerakan. Tyra pula makan kek dengan air putih sahaja.

Selepas itu Ayah Ngah mengajak Boboy, Junjun dan Zaza pergi mengambil buah petai dari pokok di depan rumahnya. Kagum juga aku melihat pokok petai Ayah Ngah yang berbuah sampai ke tepi jalan dan boleh di capai dengan tangan buahnya. Tetapi pokoknya sebesar pemeluk dan tinggi melangut..

Junjunlah yang paling suka apabila mendapat petai. Kalau dia dapat petai, makan nasi dengan ulam petai sahaja pun dia boleh habis dua pinggan.. Kadang-kadang dia boleh makan petai mentah begitu sahaja macam makan snek. Sebab itu kami gelar Junjun.. Antu Petai... Kalau nampak petai mesti teringat Junjun.

Dalam keluarga kami semua suka makan petai. Kami biasa makan petai cicah budu yang ditaruk cili padi.

Satu masalah bila makan petai kalau nak bercakap dengan orang lain memang segan bau nafas. Walaupaun dah kumur dan gosok gigi, aroma petai tetap ada. Kalau lepas pergi tandas faham-faham ajelah bau tandas camne... Sebab itu kalau nak pergi kerja aku jarang makan petai. Semasa kat kampung macam-macam petua ma bagi untuk kurang / hilangkan bau mulut makan petai. Antaranya:

1- Kunyah beras selepas makan petai.. Aku pernah cuba, memang menjadi.

2- Makcik aku pulak selalu makan terung mentah selepas makan petai.

3- Ini pulak petua dari akhbar Bacaria 12 Mei 2007 yang aku baca; Ramai yang mengelak makan petai pada hari bekerja, malu mulut berbau petai. Namun ada petua yang boleh diikuti untuk hindari baunya. Rendam petai yang sudah dipotong seeloknya dibuang kulit, ke dalam air cucian beras selama sejam.Toskan dan biarkan seketika. Selepas itu bolehlah dimakan sebagai ulam atau sebagai bahan masakan.

Kami balik kira-kira jam 6.45 petang. Di atas kereta semuanya tidur kecuali aku dan papa...Sebenarnya aku pun sekali sekala tersengguk juga tahan mengantuk. Tyra bila terjaga sahaja mesti dia nak melasak. Telefon aku pun dia ambik, buat main ketuk-ketuk kat pintu kereta. Walaupun dah bagi mainan lain tapi dia masih juga nak main telefon aku. Ni foto Tyra yang aku sempat snap sebelum dia sambung tidur semula.

Tiada ulasan: