Semalam semasa dalam kereta dari Triang ke Temerloh, Junjun tiba-tiba bersuara.... "..Lambatnya nak sampai ke rumah ma.. Mana rumah ma ni... Mama jauh ke lagi rumah ma?..
Ma adalah panggilan kepada neneknya yang kini berada di kampung. Aku ketawa bila mendengarnya.. Yalah dia ingat setiap kali naik kereta dan keluar jauh sikit dari rumah apatah lagi suasana sepanjang jalan dari Temerloh ke Triang di penuhi oleh pokok yang menghijau suasana kampung di sepanjang jalan. Mungkin dia teringat perjalanan balik melalui Kuala Lipis - Gua Musang yang seakan sama suasananya.
"Junjun.. Kita bukan nak balik kampung, tapi nak keluar jalan-jalan sahaja..Kampung jauh lagilah..Tak boleh sampai hari ni"... Jawab Boboy yang duduk di sebelah Junjun.
"Tunggu Boboy cuti sekolah, nanti kita balik kampung..." pujuk Papa pula.
Mendengar bicara Boboy, Junjun dan Zaza membuat hatiku rasa tenang dan syahdu.. walaupun masih kecil tapi pandai mewarnai suasana..
Teringat Lata Rek, teringat ma, abah, pakcik dan makcik, moyang dan semua saudara mara..
Sebenarnya raya puasa yang lepas, aku sempat menghabiskan cuti raya selama 8 hari di kampung. Berbaloi juga kerana raya kali ini aku banyak keluar menziarahi saudara mara berbanding sebelum ini, keluarga kami lebih suka menunggu tetamu bertandang beraya di rumah. Selain itu dapat juga berkumpul satu keluarga yang besar walaupun salah seorang ahli keluarga tidak dapat beraya kerana komitmen dengan tugas di KK Padang Rumbia, Pekan.. Tapi kemeriahan itu tetap terasa. Lebih-lebih lagi bila keluar ke Tanah Merah, terperangkap dalam Trafik Jam selama 9 jam lebih.. Perjalanan biasa selama 2 jam menjadi 6 jam... satu saat yang menyedihkan bila terpaksa berpanas di dalam kereta...
Kenapalah aku ni cerita meleret pula...
ehem apa-apa.. ajelahhh...
Ni foto yang aku snap ngan kamera N70.. Okeylah kot.. Suasana bandar Temerloh waktu malam. Menarik juga lampu-lampu yang tergantung kat pokok tapi... berapa banyak agaknya MPT bayar bil elektrik untuk lampu sahaja.... Kalau sepuluh tahun dulu semasa aku mula menjejak kaki ke bandar ini...tiada apa yang menarik pada waktu malam. Malahan boleh dikatakan inilah salah satu bandar yang mati pada waktu malamnya. Tapi kini.. setelah sepuluh tahun aku di sini, bersamanya peredaran masa.. aku melihat banyak perubahan pada suasana tempat ini. Dari sebuah tempat yang kurasakan cukup boring untuk ku jengah waktu malamnya kini segalanya berubah. Kurasakan pada setiap malam di bandar ini seumpama tempat pesta. Di penuhi oleh ramai orang. Tempat-tempat makan dan shopping kompleks sentiasa dipenuhi oleh ramai orang. Walaupun kat sini tak ada Panggung wayang tapi banyak juga wayang free ngan screen besar kat gerai-gerai makan boleh menonton dengan pesanan sepinggan nasi goreng kampung serta segelas jus oren..
Temerloh bandar ikan Patin... Tapi aku tak tau kat mana tempat yang best masakan ikan patinnya... Sebab aku tak berapa gemar ikan ini. Kat rumah aku tak pernah masak ikan patin sebab yang besarnya aku tak reti nak masak ikan patin. Hari-hari juadah wajib kat rumah aku ialah ikan Talapia. Kat sini harga ikan Talapia yang Papa Tyra beli ialah RM12.00 sekilo. Setengah tempat harganya RM14.00 sekilogram. Harga yang betulnya memang RM14.00 sekilogram. Kat Temerloh boleh dapat ikan sangkar yang masih berenang..
Itu sajalah catatan untuk hari ini.. Wassalamualaikum..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan