21 November 2008
Cerita Tentang Trya
Tyra malam tadi tidur lewat. Sebenarnya pukul 9.30 malam dia sudah lena di kamar.Tetapi lebih kurang pukul 2.00pagi aku terjaga apabila terdengar bunyi bising di dapur. Bila aku buka lampu, Tyra tiada di tempat tidurnya. Sebenarnya Tyra enggan tidur sendirian di katilnya dan terpaksa tidur bersamaku. Katil besar telah lama ku susun di bilik sebelah gara-gara Tyra pernah jatuh katil akibat kecuaianku.Tetapi tilam setebal 6inci adalah menjadi mainan Tyra untuk panjat dan turun kembali. Memang puteriku ini lasak dan berani.Berbalik kepada Tyra yang tiada di tempat tidur, aku bergegas bangun. Aku berlari ke dapur kerana mengsyaki Tyra berada di situ. Sangkaanku tepat sekali apabila papa tersengih sambil mendukung Tyra tengah membancuh susu untuk Tyra.
"You tido mati, Tyra merangkak keluar ke tempat tv pun tak sedar.."
Alamak, rupanya aku lupa nak off dekoder ASTRO... Tyra pula kalau nampak cahaya dari tv atau ASTRO memang dia akan merangkak ke situ. Belum pun umur setahun kalau dia tengah tengok tv dan kita tukar ke channel lain, dia akan menangis. Pintu bilik tidur aku tak pernah kunci kerana Boboy, Junjun dan Zaza akan bangkit tengah malam dan masuk tidur denganku.
Tyra memang suka bangun tengah malam. Adakah disebabkan dia lahir pukul 3.24 pagi..entahlah. Tyra memang setiap malam akan jaga waktu antara pukul 1.00 pagi hingga 6.30 pagi.Di antara waktu-waktu itulah dia akan terjaga. Dia tidak menangis tetapi akan bermain sorang tanpa menggangu orang lain.. Kadang -kadang bila dia jumpa sesuatu yang menarik perhatianya dia akan main sendirian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan