07 November 2008

Melamin Plak


Hari ni ada juga perkara yang menarik untuk kuceritakan tapi kesuntukn masa tak dapat nak bercerita waktu ini.. Tyra dah terlena di atas stroller dia.. Tapi foto sebelah bukan Tyra.. Itu adalah Boboy yang tidur tapi nampak lemah sebab dia demam masa foto itu diambil.. Perempuan tu.. entahlah sapa agaknya ekk...

Pagi tadi ada orang bertanya kepadaku pasal isu kesihatan yang sedang hangat iaitu MELAMIN .Aku tak berapa arif sangat pasal melamin ni.. Apa yang aku tau ianya berbahaya pada kesihatan dan boleh menyebabkan kematian. Ini aku ada sedikit info yang ingin kukongsi berkenaan melamin yang aku baca dari surat khabar. Sekiranya anda ada komen atau info pasal melamin sila kongsi di bahagian komen ya...

MELAMIN

Penyalahgunaan bahan kimia industri oleh pengeluar makanan

Apa itu melamin ?
• Bahan kimia organic
• Selalu ditemui sebagai serbuk putih yang kaya nitrogen

Kegunaan Utama
Diguna dalam pembuatan

• Plastik
• Pinggan mangkuk Papan Putih
• Bahan Plekat
• Baja

Bagaimana ia disalah guna
• Kandungan nitrogen digunakan untuk menipu kandungan ujian makmal protein
• Melamin dicampur di dalam susu yang telah dicair bagi meningkat keuntungan peniaga tamak.

Kesan Negatif
• Menyebabkan pembentukan batu ginjal dan lain-lain masalah berkaitan sistem perkumuhan.
• Boleh menyebabkan kerosakan ginjal dan maut.

Simpton Keracunan Melamin

• Lekas marah
• Sedikit atau tiada air kencing
• Darah tinggi
• Kencing berdarah
• Jangkitan ginjal

Semasa di tempat kerja "Melamin Alert" di tampal di merata tempat. Aku jadi takut juga apabila makanan yang menjadi kegemaran aku sekeluarga telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan di antara makanan yang mengandungi tahap melamin yang tinggi dan berbahaya pada kesihatan. Sebelum ini makanan tersebut menjadi hidangan sarapan pagi dan juga di waktu santai menonton tv. Banyaklah juga stok yang terpaksa aku buang. Bayangkanlah aku sebelum ini selalu mengunyah gula-gula udang berkacang yang disalut agar-agar nipis, tiba-tiba dapat info tak boleh makan terus aku buang stok 3 peket yang masih tinggal daripada 10 peket yang aku dah habiskan bersama keluarga. Boboy, Junjun dan Zaza amat gemarkan gula-gula tersebut. Setiap kali balik kampung aku membeli sekurang-kurangnya 10 peket gula-gula tersebut yang berharga RM4.20sen sepeket di kampungku. Menggigil juga bila baca aku telah memberi makanan tersebut kepada anak-anak yang masih kecil. Aku akui, gula-gula itu memang enak dan kegemaranku dari kecil lagi. Tapi hari ini...entahlah dah berapa banyak aku dan keluarga menelan melamin......... Tolonglah...

Tiada ulasan: