21 November 2008

Cerita Tentang Trya


Tyra malam tadi tidur lewat. Sebenarnya pukul 9.30 malam dia sudah lena di kamar.Tetapi lebih kurang pukul 2.00pagi aku terjaga apabila terdengar bunyi bising di dapur. Bila aku buka lampu, Tyra tiada di tempat tidurnya. Sebenarnya Tyra enggan tidur sendirian di katilnya dan terpaksa tidur bersamaku. Katil besar telah lama ku susun di bilik sebelah gara-gara Tyra pernah jatuh katil akibat kecuaianku.Tetapi tilam setebal 6inci adalah menjadi mainan Tyra untuk panjat dan turun kembali. Memang puteriku ini lasak dan berani.Berbalik kepada Tyra yang tiada di tempat tidur, aku bergegas bangun. Aku berlari ke dapur kerana mengsyaki Tyra berada di situ. Sangkaanku tepat sekali apabila papa tersengih sambil mendukung Tyra tengah membancuh susu untuk Tyra.
"You tido mati, Tyra merangkak keluar ke tempat tv pun tak sedar.."
Alamak, rupanya aku lupa nak off dekoder ASTRO... Tyra pula kalau nampak cahaya dari tv atau ASTRO memang dia akan merangkak ke situ. Belum pun umur setahun kalau dia tengah tengok tv dan kita tukar ke channel lain, dia akan menangis. Pintu bilik tidur aku tak pernah kunci kerana Boboy, Junjun dan Zaza akan bangkit tengah malam dan masuk tidur denganku.
Tyra memang suka bangun tengah malam. Adakah disebabkan dia lahir pukul 3.24 pagi..entahlah. Tyra memang setiap malam akan jaga waktu antara pukul 1.00 pagi hingga 6.30 pagi.Di antara waktu-waktu itulah dia akan terjaga. Dia tidak menangis tetapi akan bermain sorang tanpa menggangu orang lain.. Kadang -kadang bila dia jumpa sesuatu yang menarik perhatianya dia akan main sendirian.

20 November 2008

Masalah Code


Hye:) ni wawi... nak nak habaq beberapa masalah kat sini... dah dua tiga hari ambo dok baiki blog nie... bagaimanapun connetion kat campus, kat tempat ambo belajar ada masalah connection yang slow sangat.. jadi banyak paparan kat Internet Explorer nie tak dipaparkan.. banyak fungsi dan button tak ada.. jadi susah sangat nak edit blog nie...

apapun, nanti bila dah kat kampung, ambo akan cuba baiki lagi ek... mungkin kat kampung ada internet yang ok... harap harap le...

so mintak maaf la kat pengunjung blog Tyra Iskina Cintaku sebab masalah nie ek...

yang ajaib nye.. ambo boleh pulak edit, tapi nak tengok blog tak boleh.. jadi tak tahu lah ape yang kuar sebenarnya... ok lah.. sori ek... tyra, wawi pon mintak maaf k... but this problem bukan i yang buat ok..

19 November 2008

Masak Apa Tengahari ni?




“Mama, kenapa sayur ni..mama letak atas api..?” Terkedu juga aku dengan soalan Boboy.. Macam mana nak jawab ni.. Masa tu aku kat dapur memasak untuk hidangan tengahari....
“Boy, tujuan kita masak sayur ni supaya ia sedap di makan..”
Hehehe..itu aje yang terlintas di fikiran aku…Boboy hanya mengangguk.. Fahamlah tu kot.. Kalau dia bertanya soalan itu kepada papa tentu dia mendapat jawaban yang panjang berjela…
Sambil memotong sayur aku memikirkan jawaban lain yang hendak ku tambah agar Boboy lebih memahami….
“Kena masak daging ni sampai masak.. nanti kuman mati,” Bonda aku pernah cakap begitu kepadaku.. Betul juga kan.. masak makanan bertujuan untuk membunuh kuman. Makanan yang keras bila kita masak, ia akan menjadi lembut dan mudah dimakan serta dihadam. Ia juga menjadikan makanan tahan lama. Selain itu untuk membangkitkan selera kita boleh mempelbagaikan bentuk sajian dengan pelbagai rasa dan rupa makanan…
Dalam dok bekira apa nak masak untuk tengah hari ni aku sempat menekan keyboard komputer melayari internet mencari idea untuk memasak. Aku paling suka jengok blog chetam Aku juga suka meneroka laman web
resipidiana .Selain itu aku kerap juga melayari laman-laman ini untuk mempelbagaikan juadah untuk kuhidangkan kepada keluarga. Antara yang paling kerap aku jengok ialah:

http://norzailina.blogspot.com
http://chetam.fotopages.com/
http://hanieliza.fotopages.com/
http://mamafami.fotopages.com/
http://ulampegaga.fotopages.com/
http://www.masakmasak.blogspot.com/
http://tiffinbiru.blogspot.com/
http://www.myresipi.com/
http://myperiukbelanga.blogspot.com/
http://rozzan.blogspot.com/

Terima kasih tak terhingga kepada mereka kerana menjadi betul resepi yang aku cuba dari laman tersebut. Tetapi tengah hari ini aku bercadang untuk memasak makanan tradisi bondaku. Papa telah membeli kerang dan jenuh aku memikir nak masak apa dengan kerang tersebut lebih-lebih lagi bila papa hanya memberitahu agar aku masak air sahaja. Aku tak faham sangat dengan citarasa papa dengan kerang sebab ini kali pertama papa beli kerang untukku masak.
“Ala..you masak aje macam yang you masak hari tu kat kampung..”
Oh! Ya , baru aku ingat masa balik kampung bulan puasa dulu, adik lelaki telah membeli kerang untuk dimasak hidangan berbuka. Bonda telah menyuruh aku untuk memasak kerang tersebut. Satu persatu aku tanya bonda nak buat macam mana dengan kerang tersebut kerana aku tak pernah beli sebelum ini. Makan masakan orang lain banyak kali juga. Bonda mulanya syorkan aku masak gulai kari tetapi adik aku tak nak dan suruh masak biasa sahaja untuk dia makan cecah sos. Apalagi bertungkus lumuslah aku mencuci kerang tersebut. Bermacam-macam cara dan petua aku guna untuk membersihkan kerang. Aku sebenarnya geli nak makan kerang sebab tengok kulitnya yang berlumut dan nampak kotor berselut. Bonda suruh aku cuci guna daun senduduk. Mengadaplah aku kerang tersebut ramas dan tenyeh dengan daun senduduk.. Nampaklah putih sikit.Selain itu bonda juga memberi petua untuk bersihkan kerang dengan mengunakan asam keping.
Tengah hari itu aku berjaya juga menghidangkan kerang masak untuk keluargaku.. Oleh kerana di rumahku tiada pokok senduduk aku menggunakan asam keping dan juga soda bikarbonat untuk mencuci kulit kerang. Bersihlah sikit dari sebelumnya. Inilah hasil yang aku masak iaitu ramuan kerang dimasak dengan serai ketuk, bawang putih ketuk, bawang merah dihiris, asam keping dan gula garam secukup rasa. Papa cakap okey not bad.. Aku puas dengan hasil air tangan untuk santapan keluarga. Bab menghias aku tak berapa pandai tapi kalau masak sedap gerenti habisnya walaupun nampak tak menarik…
Dalam pada tu...AKU TENSEN TAK DAPAT NAK UPLOAD PHOTO KERANG AKU..TENSENYE....
LAIN KALI AKU UPLOAD BLEHHHHHHHHHHHHHH..........................

18 November 2008

Bila Komputer Hang

Adoi... Tensen aku seketika bila tak dapat nak update aku punya blog.
Dahlah aku terhegeh-hegeh mencari masalah nape tak dapat nak masuk neh.. Tensen sekejap aku dibuatnya.. Banyak yang aku nak upload tak dapat hingga terpaksa guna komputer lain nak settel masalah,, Rasa marah juga dalam hati tapi sabarlah.......... Yalah aku dah susun dan pilih foto yang aku nak share tapi tak dapat nak upload so, aku letak je foto-foto ni sebab nak hilangkan boring...

14 November 2008

Hari Terakhir Berkursus


Hari ni last kat G.Pcf,,
Bertemu dan berpisah. Hampir 5 hari berkumpul, belajar dan makan bersama semua staff dari seluruh Malaysia akhirnya terpaksa berpisah untuk meneruskan perjuangan dan karier masing-masing.. Takdapat nak bercerita panjang nanti malam aku sambung.
Ni Kumpulan 1 ... ahli-ahlinya dari seluruh Malaysia..



12 November 2008

Kursus Kat KL

Hari ni hari kedua aku berkursus di sini. Dah ada kawan sebilik dari Perlis.. Akak aku ni baik juga.. Aku cakap loghat Temerloh, dia keluaq cakap utaro.. pe lagi.. Dia biasanya yang tak faham bila aku cakap cara mak ayah aku kat kampung... Semasa ceramah taklah mengantuk sangat..Semalam semasa DR Mohamed Ismail bin Lasa bagi talk.. Tak sempat nak mengantuk pun. Pagi ni adalah sikit-sikit tersengguk.Tapi masih sempat ketawa bila lecture buat joke.
Lunch awal sikit pukul 12.15tghr aku dah pegang pinggan senduk nasi kat Pacific Cafe.. Apalagi makanan berselera pada rupa dan hiasan aku terus makan. Minuman kegemaran air putih mesti minun lambat sikit.. Nak jaga badan kononnya. Pagi tadi aku bangun lewat sikit. Kul 6.45am baru solat subuh. Berkejar nak iron baju plak. Tensen gak bila keluar bilik air, sejuk gilernye... Aircond tak dapat control...Fuyooooooooooooo...................
Petang tamat awal sikit. Aku lepak kat bilik aje. Baca nota kuliah yang diberi hari ini.
Sambil jemari menekan keyboard komputer.. baca apa yang menarik kat majalah.. Dah dapat apa yang nak dikongsi bersama...

SABAR SENJATA MULIA HADAPI UJIAN
Tabah terhadap segala dugaan, syukuri nikmat lambang ketinggian iman umat.

IMAN terbahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian dinamakan kesabaran dan satu bahagian lagi dinamakan kesyukuran. Kedua-duanya adalah sifat Allah (SWT) dan di antara dua nama-Nya yang mulia kerana Allah (SWT) sendiri menamakan diriNya dengan Sabbur dan Syakur.

Jika seseorang itu jahil daripada memahami erti kesabaran dan kesyukuran, samalah dengan tidak memahami erti kedua bahagian iman itu sendiri. Dengan demikian, samalah ia lupa kepada sifat Allah (SWT) sedangkan untuk mendekatkan diri kepada Allah (SWT) tidak tercapai melainkan dengan iman.


Allah (SWT) berfirman yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (Surah al-Nahl, ayat 96)

Firman-Nya lagi yang bermaksud:

"Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahala mereka tanpa batas." (Surah al-Zumar, ayat 10)

Dalam konteks ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sabar itu separuh iman." (Hadis Riwayat Abu Na'im daripada Ibn Mas'ud)

Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud:

"Dalam kesabaran terhadap perkara yang tidak disukai itu banyak kebaikannya." (Hadis Riwayat al-Tirmizi daripada Ibn Abbas)

Perkataan sabar disebut enam belas bentuk dalam al-Quran, iaitu perintah supaya bersabar (merujuk ayat 35 surah al-Baqarah, surah al-Imran (ayat 200), sementara larangan daripada bersikap sebaliknya pada ayat 35, surah al-Ahqaf dan surah al-Anfal, ayat 15.

Allah (SWT) memuji orang yang sabar (surah Ali-Imran, ayat 17 dan al-Baqarah, ayat 177) sementara Allah (SWT) kasih kepada orang yang sabar melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah, ayat 146.

Kesabaran lain yang dijelaskan dalam al-Quran ialah Allah (SWT) bersama orang yang sabar, kebaikan bagi mereka yang sabar, balasan amal yang paling baik, berita gembira kepada orang sabar, jaminan kemenangan bagi orang yang sabar dan balasan Allah (SWT) tanpa batas kepada orang yang sabar.

Selain itu, orang yang sabar adalah mereka yang kuat semangat dan azam, amalan salih yang besar balasannya adalah sabar, orang yang sabar mereka yang mengambil manfaat daripada ayat Allah (SWT), Ibrahim, kejayaan yang diingini dicapai oleh orang yang sabar, orang sabar boleh menjadi pemimpin dan mempunyai kedudukan tinggi dalam tingkatan iman dan Islam, seterusnya takwa dan tawakal.

Sabar terbahagi kepada tiga bentuk iaitu sabar dalam mentaati Allah (SWT), sabar daripada melakukan maksiat kepada Allah (SWT) dan sabar menghadapi ujian Allah (SWT). Patut diingat bahawa mengadu dan merayu kepada Allah (SWT) tidak menafikan sifat sabar.

Ini seperti mana berlaku kepada Nabi Ya'kub ketika baginda berkata:

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah (SWT) aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku," (Surah Yusuf, ayat 86).

Adapun yang menafikan sifat sabar adalah merungut terhadap Allah (SWT), manakala bersabar terhadap ujian Allah (SWT) seperti menghadapi bencana alam seumpama banjir besar, gempa bumi, sakit dan lain sebagainya, mangsa perlu menghadapinya dengan mengharapkan balasan sebaiknya daripada Allah (SWT).

Mangsa juga perlu mengharapkan penyelesaiannya daripada Allah (SWT) dan ketiga menganggap ringan ujian itu dengan cara mengingati segala nikmat yang dikurniakan Allah (SWT) selama ini. Dengan demikian akan terasa bahawa ujian itu bagaikan setitik air daripada luasnya laut.

Tanpa senjata sabar dalam perjalanan hidup ini, kehidupan seseorang tidak akan tenang dan damai kerana jalan hidup tidak selalunya mendatar, ada kalanya mendaki dan kadang-kadang jatuh.



10 November 2008

Bila Rindu Datang Lagi

Bersendirian di sini terasa rindu giler kat Boboy, Junjun, Zaza ngan Tyra. Apa boleh buat dalam masa 2 minggu ni terpaksa berjauhan dengan mereka. Nasib baik dalam laptop ni ada foto2 mereka yang aku simpan. Jom layan kerinduan ini dengan menatap foto-foto kenangan.

Bersama Junjun dan Tyra

Ni Boboy masa atas kereta on d way balik kampung.


Yang ini pulak Junjun. Tengah makan nasi. Junjun kalau dapat petai dan paha ayam, berselera dia makan.
Zaza pulak paling kalau snap gambar dia mesti tersenyum. Ada orang syorkan gantung tangkai labu kat leher sebab air liur asyik meleleh. So, aku cubalah. Bukan nak percaya sangat tapi kira menjadik gak dah kurang skit air liur melehnya. Kalau tidak basah lencun baju dia kat dada.
Tyra tengah merajuk sebab dia nak makan kerepek aku tak bagi sebab takut tercekik. Kesian pulak dia menangis..Nak wat camne.. Tak de gigi la..Hisap jari je lah.. Hehehe.. Ada tak petua tak nak kasi Tyra hisap jari. Risau gak takut sampai dia besar, nanti tak cantik plak giginya.

07 November 2008

Melamin Plak


Hari ni ada juga perkara yang menarik untuk kuceritakan tapi kesuntukn masa tak dapat nak bercerita waktu ini.. Tyra dah terlena di atas stroller dia.. Tapi foto sebelah bukan Tyra.. Itu adalah Boboy yang tidur tapi nampak lemah sebab dia demam masa foto itu diambil.. Perempuan tu.. entahlah sapa agaknya ekk...

Pagi tadi ada orang bertanya kepadaku pasal isu kesihatan yang sedang hangat iaitu MELAMIN .Aku tak berapa arif sangat pasal melamin ni.. Apa yang aku tau ianya berbahaya pada kesihatan dan boleh menyebabkan kematian. Ini aku ada sedikit info yang ingin kukongsi berkenaan melamin yang aku baca dari surat khabar. Sekiranya anda ada komen atau info pasal melamin sila kongsi di bahagian komen ya...

MELAMIN

Penyalahgunaan bahan kimia industri oleh pengeluar makanan

Apa itu melamin ?
• Bahan kimia organic
• Selalu ditemui sebagai serbuk putih yang kaya nitrogen

Kegunaan Utama
Diguna dalam pembuatan

• Plastik
• Pinggan mangkuk Papan Putih
• Bahan Plekat
• Baja

Bagaimana ia disalah guna
• Kandungan nitrogen digunakan untuk menipu kandungan ujian makmal protein
• Melamin dicampur di dalam susu yang telah dicair bagi meningkat keuntungan peniaga tamak.

Kesan Negatif
• Menyebabkan pembentukan batu ginjal dan lain-lain masalah berkaitan sistem perkumuhan.
• Boleh menyebabkan kerosakan ginjal dan maut.

Simpton Keracunan Melamin

• Lekas marah
• Sedikit atau tiada air kencing
• Darah tinggi
• Kencing berdarah
• Jangkitan ginjal

Semasa di tempat kerja "Melamin Alert" di tampal di merata tempat. Aku jadi takut juga apabila makanan yang menjadi kegemaran aku sekeluarga telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan di antara makanan yang mengandungi tahap melamin yang tinggi dan berbahaya pada kesihatan. Sebelum ini makanan tersebut menjadi hidangan sarapan pagi dan juga di waktu santai menonton tv. Banyaklah juga stok yang terpaksa aku buang. Bayangkanlah aku sebelum ini selalu mengunyah gula-gula udang berkacang yang disalut agar-agar nipis, tiba-tiba dapat info tak boleh makan terus aku buang stok 3 peket yang masih tinggal daripada 10 peket yang aku dah habiskan bersama keluarga. Boboy, Junjun dan Zaza amat gemarkan gula-gula tersebut. Setiap kali balik kampung aku membeli sekurang-kurangnya 10 peket gula-gula tersebut yang berharga RM4.20sen sepeket di kampungku. Menggigil juga bila baca aku telah memberi makanan tersebut kepada anak-anak yang masih kecil. Aku akui, gula-gula itu memang enak dan kegemaranku dari kecil lagi. Tapi hari ini...entahlah dah berapa banyak aku dan keluarga menelan melamin......... Tolonglah...

01 November 2008

Jom Kita Kongsi Petua Nak Cantik Pula


Bila memandang wajah kat cermin, syukur Al Hamdulillah atas kurniaan Allah yang telah memperelokkan wajahku dan perelokkanlah juga budi pekertiku.. Bukan nak memuji atau perasan, kulit wajahku Alhamdulillah sehingga saat ini memang sentiasa menjadi pertanyaan orang lain apakah rahsia yang kuamalkan. Wajahku memang tiada parut atau jerawat. Bukannya tak pernah naik jerawat, bahkan setiap kali nak datang bulan mesti tanda-tandanya keluar jerawat batu dulu. Tetapi ianya akan hilang dan kulit wajah bersih dan licin semula. Memang aku akui aku ada pakai sesuatu. Hehehe.. nak buat suspen sikit.. Jangan pulak salah sangka..aku tak inject atau pakai benda-benda yang mengarut seperti sesetengah orang. Aku tak pernah..ehem sebenarnya jarang beli barang kosmetik seperti pencuci, pembersih atau apa sahaja...yang mahal-mahal tu.. Kat bilik air rumah aku hanya ada Sabun mandi 'Baby Johnsons Milk Bath', syampu Head & Shoulder dan ubat gigi colgate. Oh ya..!!! Ada lagi Facial Foam Pond's yang aku beli tahun 2006 lagi. Rasanya tak sampai 10 kali aku guna. Pastu ada Minyak Wangi CK One, Romance, tu aje kot... Sebab aku selalu cuci muka aku pakai air paip sahaja. Kadang-kadang bila mood rajin, aku blender carot pastu sapu kat muka. Biar setengah jam aku gosok-gosok dengan tapak tangan dan bersihkan dengan air paip. Kat bilik air rumah aku juga ada bekas kecil yang ku isi beras pulut goreng blender. Tujuan bila mood rajin buat sental badan guna batu sungai dari air terjun Lata Rek. Aku waktu memasak kalau guna buah tomato sekurangnya satu hiris mesti masuk mulut. Aku juga suka minum air jus buah tomato. Pati buah tomato..hampas aku panggil.. aku guna buat sental kat muka. Biar 15 minit kot..sebenarnya aku tak kira timing yang tepat.. Sebab kalau lama sikit kulit muka aku jadi gatal... Buah tomato, karot , beras pulut ni buat kulit aku jadi gebu... Aku pernah beberapa kali cuba sapu lendir aleo vera kat muka. Tak tahan rasa gatallah. Timun juga aku pernah sapu.. Gatal juga kejap kulit muka.. Satu lagu kalau jumpa poko inai.. tangan aku mulai rembat dan masuk mulut. Rasa pahit sikit tapi sebab dah biasa aku telan je. Masa kat kampung dulu aku selalu lumur kat muka daun inai yang dah kugentel ngan air dan sapu kat muka sebelum mandi. Tak ada pulak jadi merah kulit muka aku tapi rasa licin dan tegang.

Okeylah.. ni aku ada petua kecantikan yang aku ambil dari majalah. Boleh cuba kot...

Petua Kecantikan


Daun Pudina :

Boleh dijadikan sebagai pelembab wajah. Sediakan 10-12 helai dan ditumbuk halus. Campurkan sebutir kuning telur dan kacau, kemudian sapukan pada wajah dan biarkan selama 10-15 minit. Bersihkan wajah dengan air suam. Amalkan dua minggu sekali.

Air Beras :
Utk menegangkan kulit muka, ambil air basuhan beras yg pertama dan mendapkan. kemudian, basuh keseluruh muka dan selawat sebanyak 3 kali. Biarkan kering sebelum dibasuh dengan air bersih. Lakukan setiap hari disebelah pagi dan petang. Hasilnya pasti anda akan lihat dlm masa beberapa minggu sahaja. Aku ada juga buat masa nak masak nasi.

Buah Tomato
:
Buah ini dapat melicinkan kulit muka. Basuh muka dengan air suam dan selepas itu gosok muka dgn buah tomato yg sudah masak ranum. Biarkan ia kering sendiri, selepas itu dibilas dgn air suam. Aku dah amalkan petua ni memang menjadik.

Mencari Petai Sampai Jerantut


Petang tadi aku ajak papa pergi ke Jerantut rumah Ayah Ngah.. Semasa di atas kereta perjalanan dari bandar Jerantut hingga ke Kampung Tanjung Puteri di apit oleh hutan yang menenangkan di kiri kanan jalan. Perjalanan memang membosankan bagi Boboy, Junjun dan Zaza kerana mengambil masa hampir 45 minit untuk sampai ke rumah ayah Ngah. Tetapi aku leka memerhati sekeliling dan sepanjang perjalanan itu aku sempat snap beberapa keping gambar menggunakan N70. Sesampai di perjalanan antara Kg.Baharu dan Kg. Som..aku melihat banyak lori balak di tepi jalan. Aku juga melihat kayu balak yang sudah di potong bertimbun di sebelah kiri. Ada yang sudah di letak ke atas lori balak. Sedih juga melihat kayu yang besar, lurus dan cantik di tebang dari pokok balak yang ku agak berusia ratusan tahun, mungkin dari hutan simpan di situ. Aku lihat satu suasana yang pelik tapi aku tak pasti apakah yang sebenarnya berlaku.. Aku cuba tanya papa tapi cara jawabannya tidak menyenangkan hatiku. Hatiku tertanya adakah balak itu dari kawasan hutan simpanan yang menjadi kawasan tadahan air??? Entahlah.. Kenapalah hatiku begitu sibuk ingin mengetahui.

Sampai di rumah Ayah Ngah kira-kira jam 5.45 petang. Aku terus bertanya kepada Ayah Ngah berkenaan balak dan lori balak. Dari cerita Ayah Ngah barulah aku terasa lega pula. Rupanya kawasan itu hendak di jadikan kuari untuk mengambil batu yang hendak di gunakan untuk membina lebuh raya yang baru.. masih dalam pembinaan... Tapi kuari Sg Jan tak jauh juga dari situ...........................

Semasa di rumah ayah Ngah, kami makan kek yang aku bawa dan kuih raya yang Angah buat bersama teh panas. Memang menyelerakan. Tyra pula makan kek dengan air putih sahaja.

Selepas itu Ayah Ngah mengajak Boboy, Junjun dan Zaza pergi mengambil buah petai dari pokok di depan rumahnya. Kagum juga aku melihat pokok petai Ayah Ngah yang berbuah sampai ke tepi jalan dan boleh di capai dengan tangan buahnya. Tetapi pokoknya sebesar pemeluk dan tinggi melangut..

Junjunlah yang paling suka apabila mendapat petai. Kalau dia dapat petai, makan nasi dengan ulam petai sahaja pun dia boleh habis dua pinggan.. Kadang-kadang dia boleh makan petai mentah begitu sahaja macam makan snek. Sebab itu kami gelar Junjun.. Antu Petai... Kalau nampak petai mesti teringat Junjun.

Dalam keluarga kami semua suka makan petai. Kami biasa makan petai cicah budu yang ditaruk cili padi.

Satu masalah bila makan petai kalau nak bercakap dengan orang lain memang segan bau nafas. Walaupaun dah kumur dan gosok gigi, aroma petai tetap ada. Kalau lepas pergi tandas faham-faham ajelah bau tandas camne... Sebab itu kalau nak pergi kerja aku jarang makan petai. Semasa kat kampung macam-macam petua ma bagi untuk kurang / hilangkan bau mulut makan petai. Antaranya:

1- Kunyah beras selepas makan petai.. Aku pernah cuba, memang menjadi.

2- Makcik aku pulak selalu makan terung mentah selepas makan petai.

3- Ini pulak petua dari akhbar Bacaria 12 Mei 2007 yang aku baca; Ramai yang mengelak makan petai pada hari bekerja, malu mulut berbau petai. Namun ada petua yang boleh diikuti untuk hindari baunya. Rendam petai yang sudah dipotong seeloknya dibuang kulit, ke dalam air cucian beras selama sejam.Toskan dan biarkan seketika. Selepas itu bolehlah dimakan sebagai ulam atau sebagai bahan masakan.

Kami balik kira-kira jam 6.45 petang. Di atas kereta semuanya tidur kecuali aku dan papa...Sebenarnya aku pun sekali sekala tersengguk juga tahan mengantuk. Tyra bila terjaga sahaja mesti dia nak melasak. Telefon aku pun dia ambik, buat main ketuk-ketuk kat pintu kereta. Walaupun dah bagi mainan lain tapi dia masih juga nak main telefon aku. Ni foto Tyra yang aku sempat snap sebelum dia sambung tidur semula.