19 Julai 2023

Tyra Iskina dah Remaja

 


Pejam celik- pejam celik dan masa pun terus berlalu. Semalam aku masih terngiang-ngiang suara nyaring puteriku di Dewan Bersalin Hospital Temerloh (Dikenali sebagai HOSHAH sekarang ni) sehingga menarik perhatian petugas-petugas waktu itu. Satu-satunya baby girl yang lahir sebelum subuh sehinggalah pertukaran shift jam 7.00 pagi. Kehadiran puteriku  meniti di bibir petugas pada hari itu.
"Baby mana tu kuatnya suara?"
"Baby AK..."
"Lelaki ke Perempuan?"
"Perempuan. Satu-satunya baby girl pagi ini..."
Aku dan petugas di situ kebanyakannya aku kenal kerana kami pernah bertugas bersama sebelum ini dari Wad Bersalin Hospital Mentakab dan seterusnya ke HOSHAH, sebelum aku berpindah ke KKBM waktu itu. 
Selepas beberapa jam berehat, aku dan bayi kecilku dipindahkan ke Wad Kenanga 2 Posnatal. Di situ aku juga pernah bertugas. Mungkin hari itu aku mendapat layanan istimewa kerana petugas-petugas hari itu adalah teman-teman yang pernah berkerja bersamaku juga sebelum ini. Aku adalah di antara petugas terawal yang bekerja semasa di awal pembukaan Hospital tersebut pada tanggal 25hb April 2005. Kemudian aku berpindah ke KKBM dan kami masih menyapa setiap kali bersua.

Walaupun aku bekerja, aku tidak pernah mengabaikan puteriku dengan memberinya susu badan sehinggalah aku menyambung pelajaran. Kesibukan dengan pelajaran membuat pengeluaran susu ibu berkurangan kerana waktu itu aku kesuntukan masa untuk memerah susu. Bayi kecilku sempat aku susui sepenuhnya sehingga usianya 1 tahun sebulan. Aku terpaksa membawanya balik ke kampung dibawah asuhan neneknya. Aku pula menyewa sendirian berdekatan tempat pengajianku, berkongsi rumah sewa dengan rakan sepengajian. Sekiranya ada peluang aku akan balik menjenguk anak-anakku. Aku pernah pulang memandu sendirian waktu itu jam sudah 12.00 tengahmalam. Perjalanan ke kampungku mengambil masa 2 jam. Aku sekadar balik dan mencium anak-anakku yang sedang tidur sebelum bergegas balik ke rumah sewa sebelum subuh. Aku pernah beberapa kali membuat kerja gila itu lantaran melempiaskan kerinduan kepada anak-anak. Sehinggalah ibu melarang demi keselamatanku kerana aku memandu sendirian di malam buta, waktu itu juga tersebar pembuli atau penculik di jalan raya membuat aku menghentikan kedegilan itu. 
Selepas tamat pengajianku itu, aku kembali bersatu dengan anak-anak dan suami. Aku berpeluang melihat anak-anak membesar dan bersekolah. Puteriku juga memasuki alam persekolah Pra 6 Tahun pada Januari 2013. Aku mengambil cuti pada hari tersebut untuk menghantar puteriku bersekolah bersama papa yang menemani. 
Perbezaan puteriku dengan murid lain ialah, dia kelihatan berdikari semasa guru kelas menjemputnya. Langsung tiada tangisan hanya wajah mendung bila dibawa ke kelasnya. Aku dan papa sempat mengintai melalui tingkap melihat puteri kecilku bersekolah. Dia kelihatan agak kekok berada di tengah teman baru dan suasana baru. 
Tamat waktu perskolahan pada hari itu, aku dan papa menjemputnya. Dia kelihatan ceria dan berlari ke arah kami. Bercerita perihal temannya yang lain menangis ditinggalkan ibu bapa.
"Adik tak menangis ke?"
Namun pada Julai 2013, aku sekali lagi menyambung pelajaran berkursus selama setahun di IKU Bangsar. Kali ini aku tinggal di asrama di sana. Papa juga lebih banyak berada di KL maka sekali lagi anak-anak aku tinggalkan dengan nendanya. 
Semasa puteriku menjejak kaki ke darjah 1, aku kebetulan mendapat cuti semester jadi dapatlah menghantar puteriku bersekolah. Tiada ragam dan agak berdisiplin, mudah diuruskan itulah puteriku Tyra Iskina.

Kini dia sudah semakin remaja. Mendapat perhatian dan pengawasan dari abang-abangnya.

"Tyra, mana setokin..." Tegur si abang bila si adik kecilnya keluar rumah berselipar nampak kaki. 
"Tyra, jangan pakai baju lengan pendek..."
"Tyra... jangan bergaul dan jaga aurat awak dengan sepupu lelaki awak. Awasi pergaulan dengan bukan mahram..."
Itulah ucapan yang aku terdengar dari abang-abangnya bila melihat si adik keluar rumah. Alhamdulillah si adik akur dengan abang-abang yang terlalu menjaganya. Walaupun di dalam rumah si adik kerap di buli oleh abang-abangnya sehingga menangis.
Syukur pada-Mu Ya, Allah! Syukur aku dikurniakan anak-anak yang sihat fizikal dan mentalnya serta menjaga agamanya. 

01 Julai 2023

Cerita 1hb Julai 2023.

Cerita 1hb Julai 2023.
Bukan mencarut dan bukan mengarut.
Lepas kes anak sedara yang jatuh sampai berjahit kepala masa berkelah di Rafflesia Trail Pamuc Ulu Cheka, malam tu AK tidur di Jerantut lagi. Risau anak saudara takut berlaku emergency lagi. Mana tau kot2 tengah malam buta dia muntah ke atau jadi sawan yang kena cepat2 bawak ke hospital Jerantut. Adik AK dengan lakinya bab-bab hospital dan klinik ni dia tak sanggup nak handle anaknya itu.
Siang 1hb Julai tu AK cuci kereta sendiri kat rumah adik. Berkilat kereta guna sabun Sunlight cuci pinggan. Sekitar jam 11.00 pagi, adik ajak ke tempat kenduri di Kampung Bukit Cermin Ulu Cheka. AK mulanya tak nak pegi, tapi adik cakap, tuan rumah ajak AK pergi sama, kebetulan sehari sebelum tu, adik AK hadir majlis rewang. AK pun sumbat semua anak sedara dan anak2 AK dalam kereta. AK yang drive. Laluan agak ke pedalaman lagi dari rumah adik. Sumpah, AK fobia betul hari tu.
Laluan ke sana sempit dan berliku, berbukit. Selisih kenderaan mesti kena salah sorang ketepi bagi laluan. Lepas tu stuck jem masa dah nak sampai rumah pengantin. Beratur dan jalan sempit sendat tak bergerak. Lama giler nak settle masalah tu. Tak jumpa parking strategic. Kiri kanan gaung dan tebing anak sungai. Akhirnya ada seorang pakcik mintak AK Park dekat belakang sebuah kereta. AK Legalah walaupun bontot keta masih terjulur.
Sampai kat situ kebetulan pengantin juga baru sampai. Jam dah 1.00 tengahari lebih. Dekat2 nak zohor dah. AK bersama dua anak AK dan anak sedara 4 orang serta adik terus serbu ke bawah khemah makanan. Beratur. Lama juga nak sampai turn. Tempat duduk penuh. Masa tengah beratur tu anak lelaki AK tiba2 mengadu jarinya digigit tebuan... Masa tu dia nak ambik nasi. Entah kenapa dalam ramai2 pengunjung yang bersesak dan berhimpit tu, tebuan tu berkenan dekat jari anak AK.
AK tengok jari dia area palm tu dah merah. Ada tercongek ekor sengat tebuan tu Kat situ. Tebuan kaler kuning hitam tu lah. Pusing kanan kiri, orang bersesak2, AK tak tau nak buat apa. Lalu terfikir hembus dan ludah kat tangan anak sambil berdoa semoga ianya tak melarat. Anak AK nak menangis sebab tangan dia kena sapu air liur AK. AK cakap ubat sementara, air liur ibu. Muka dia semacam aje... Eeeyaaakh...! Lepas tu AK mintak adik ikhtiar cari limau nipis tapi tak ada jadi terlintas nak guna cuka putih. Adik pun masuk ke dapur cari cuka. AK tuang dan urut2 ala2 buang bisa tu. Tangan anak AK dah bengkak dan lebam. Lepas sapu cuka anak cakap lega sikit. Jadi kita orang pun makan nasi. Anak AK juga makan nasi tapi dia mintak guna sudu sebab tangan kanan dia dah disapu cuka dan sisa air liur AK.
Sebab kat bawah khemah dan meja bahagian depan dah penuh, jadi adik AK ajak makan kat bahagian belakang berdekatan dapur. Sebab AK terambik satu makanan yang pedas jadi selera terbantut tak boleh nak habiskan nasi. Pedas giler ooo kepiting masak campur jantung pisang.kari.. ke apa nama dia org sebut. Masa tengah nak basuh tangan tu bunyi sayup2 suara announcement cam sebut nombor akhir kereta AK. Masa tu AK memang tak terfikir pasal kereta sebab ingat pakcik yang mintak AK park kat situ tadi cakap kereta depan mungkin tak keluar.
Jadi AK pun sambung minum sambil tunggu anak sedara AK yang kecik siap makan. Masa tengah cuci tangan sekali lagi bunyi cam nombor kereta AK diseru. Sebenarnya tempat AK makan tu bahagian dapur jadi agak ke belakang jadi tak tak berapa dengar sangat dan tak nampak pun apa yang berlaku kat depan.
AK was2 mungkin betul nombor plat kereta AK jadi ajak adik balik. Masa tu juga tangan anak AK dah semakin membengkak. AK sempat jumpa tuan rumah ucap terima kasih atas jemputan. Semasa dah dekat nak sampai ke kereta, kena menyelit celah orang ramai yang datang kenduri tu barulah terdengar jelas nombor kereta AK. Terus AK ajak anak2 cepat berlari ke kereta. Kebetulan AK risau ngn anak lelaki AK yang kena gigit tebuan tu. Sampai aje kat kereta pemilik kereta depan dah berdiri kat situ satu keluarga.
"Maaf, saya tak dengar tadi," ujar AK. Tapi dua orang yang berdiri sebelah kanan dah muka marah2 tengking cakap bukan sekali panggil tapi tiga kali. Dia orang tak terima kata maaf tu dan terus membebel marah. AK malas nak panjangkan lagi pun AK mengaku silap dah awal2. Masa tu hanya AK sorang yang berdepan dengan pemilik dan penumpang kereta depan tu. Adik AK terus masuk ke dalam kereta. Anak2 pun riuh berebut masuk ke dalam kereta melalui pintu sebelah kiri. Dia orang tak perasan yang Ak kena tengking dengan kereta depan tu. Tak taulah laki bini ke adik beradik kot sebab nampak muda dari AK. Mujurlah masa tu adik ipar lelaki AK tak ada sama. Hanya AK, adik dan anak2 kecil kami tu yang mungkin dia orang berani tengking2. Masa tu AK dah gigil. Adrenaline dah memuncak. Tambah suasana tengahari, cuaca panas. Bunyi muzik dan dj kat majlis kahwin menenggelamkan suasana. Satu sikap AK walaupun dah gigil nak marah, tapi masih boleh dikawal gilernya jadi AK masuk kereta dan undur. Bayangkan tempat kawasan tu berbukit, sempit kebun getah...Laluan jalan bertar tapi muat sebuah kereta dan berselisih sekadar sebuah motorsikal itupun kena berhenti salah satu. Mujurlah pakcik yang bagi laluan masuk tadi, sekali lagi cool aje tunjuk dan kawal laluan. Suruh undur, pusing stereng kiri kanan. Ke depan sikit pastu undur. Depan tebing tinggi curam kebun getah. Belakang pula kereta motor bersusun yang datang kenduri.. Nak uturn bukan senang tapi AK masih boleh berlagak sebab AK pemandu bandar dan juga pemandu kampung hutan bukit bukau semua AK redah dapat atasi. Satu jangan panik. Dua berpura tak panik. Ketiga biarlah orang lain panik kita boleh kawal panik dan perasaan marah.

Lepas tu bila dah keluar dari situ, AK berdesup lupa diri dah bawak keta, Jalan sempit berbukit buat cam jalan ni AK sorang je yang reti lalu... Meter bukan lagi 20-30km/jam tapi dah 50-70km...Semua penumpang kereta AK sunyi sepi dalam kereta. Masa sampai kat jambatan sempit pertama, AK berhenti tunggu giliran dan undur sedikit sebab nak bagi laluan kereta depan.
AK bagi satu persatu kereta dari berlawanan arah lalu dulu, sambil2 dalam kepala nak tunggu kereta yang AK blocked secara tak sengaja tadi. Hampir 10 minit menunggu tak nampak bayang pun. Tadi bukan ke main dia nak cepat sampai tak boleh tunggu nak undur kereta. AK saje je nak main bawak slow depan dia ke... Tapi tak muncul2.
Lepas tu bila jalan dah clear enjin dah menderam panjat bukit berliku, Alhamdulillah sampai rumah adik dengan selamat.
"Mama bawak macam orang gila. Taaakut..." Anak AK cakap.
"Mama hebat! Cekap bawak keta!"
Masuk rumah, AK suruh anak2 AK dua beradik tu pack barang masuk kereta. Nak balik dah.
Sambil2 tu AK tunggu kereta tadi lalu depan rumah sebab adik ipar AK tanya kereta mana. Lama juga tak muncul2. Lebih 15 minit tak nampak bayang. Masa AK Kat dapur barulah terdengar kereta tu lalu. Adik ipar lelaki AK dah jadi rimau bila bini dia cerita perihal tu. Dia beranilah sebab dia orang situ. Dia cakap org yang naik kereta tu bukan orang kawasan sini sebab tak reti sopan santun.
AK malas nak layan lepas zohor kami tiga beranak bertolak balik. Masa dalam perjalanan AK tercari2 juga Klinik Kesihatan sebab nak berhenti check anak lelaki AK. Dalam jeling kiri kanan jalan tu terlepas KK Damak. Laluan Benta Damak ni best main selekoh. Sambil mencari klinik tak jumpa. Ada nampak banyak klinik desa je.
Minyak Kereta AK isi masa dekat Petron Chiku 3 otw nak datang tu. Dah tinggal. 3 bar barulah berhenti isi kat Petron Lipis. Masa ni AK mintak tolong anak lelaki AK turun isi.. Dia mengadu pening dan tak larat. AK berpaling ke belakang tengok dia dah pucat tak bermaya. Hati AK dah jadi kecut. Risau dia kena alergi dengan gigitan tebuan kot.
Sepanjang perjalanan AK mencari Klinik Kesihatan. Nak masuk bandar Lipis AK tak biasa laluan jadi hanya menyusur laluan ke Gua Musang. Akhirnya nampak papan tanda Klinik Kesihatan Padang Tengku 800meter, AK nekad singgah. Berdoa semoga ada staff onkol.
Klinik Kesihatan Padang Tengku, Kuala Lipis

Alhamdulillah staff onkol hari tu sangat berdedikasi melayan dan memberi rawatan. AK telefon nombor onkol yang ditulis kat pintu depan klinik tu. Masa sampai tekanan darah anak AK dah rendah. nadi pun dah drop 46...
Jadi kena perhati dan rehat kat katil di kecemasan situ. Tunggu punya tunggu lepas masukkan air drip satu botol barulah pressure naik 120+/58 dan nadi 60+ klu tak dalam masa menunggu tu alat monitor tu asyik berklip2 berbunyi bacaan 41, 43...
Selepas jam 4.00 ptg barulah selesai dan meneruskan perjalanan. AK tak singgah ke mana2 dah terus balik ke rumah.. Nak bagi anak berehat. Nak rehatkan otak AK yang juga dah penat.
Alhamdulillah anak AK Zaza, dah sembuh dan tak dapat simptom teruk alahan gigitan tu. Esoknya 2hb dia boleh pergi sekolah walaupun masa kat Klinik Pdg Tengku dia merayu tak nak pergi sekolah esok katanya. Tapi AK cakap kena pergi sekolah juga kalau dah sihat sebab tahun ni dia nak SPM dah.
#sekadarperkongsian
#aronkin
#ceritahujungjari
#SabarItuIndah

30 Jun 2023

Cerita Raya Haji ke-2 (30hb Jun 2023)

11 Zulhijjah 1444H bersamaan 30hb June 2023 M.

Sekadar coretan panjang hujung jari.
Flashback raya pertama Hari Raya Korban tahun ni yang tak meriah. Alhamdulillah Ma AK sedang berada di Mekah tunaikan haji.
Jadi tanpa Ma, suasana raya memang tak meriah. Adik2 AK yang tinggal berdekatan semua beraya kat rumah mentua. Tinggallah keluarga AK aje yang beraya kat rumah kali ini. Empat buah rumah berhadapan sunyi sepi. AK pun rasa malas nak keluar rumah.
Pagi raya tu AK dah berbaju kurung lawa, baju recyle yg beli khusus utk satu program dan baru sekali pakai masa tu. Jadi sebab masih baru maka jadilah ianya baju raya AK kali ini. AK pergi beraya ke rumah mak sedara dan sepupu yang sebelah rumah. Mak sedara AK buat korban ambil sebahagian lembu. Maka sepagi itu AK ulang alik bertapa rumah sepupu AK yang mengadap rumah mak sedara. Buat rajin kat dapur dengan pakai baju raya.
Pagi tu juga AK bertelefon dengan adik AK yang kat Jerantut. Sembang tersasul sebut nak beraya kat rumah dia. Bersoraklah anak sedara sebab pertama kali AK beraya kat sana. AK ngn adik AK yang ni sama2 tak ada mertua. Kami dua beradik sahaja mertua yang dah kembali ke rahmatullah.
Jadi AK beritahu papa nak pergi beraya Kat Jerantut. Papa cam lam kepala dia ckp nonsense. Jauh tu...
Tapi bukan AK kalau apa yang AK cakap AK nak, mesti AK buat sampai jadi. AK beritahu anak2. Ada yang setuju nak ikut dan ada yang menolak. Janji lepas zohor kemudian delay sampai Asar. Gara2 tunggu anak no. 2 yang janji nak ikut tapi dia bawak lari kereta Myvi AK, tunggu2 tak nampak byg hidung. Akhirnya jam 5.15ptg AK bertolak ke Jerantut bertiga bersama anak sahaja. Papa cakap dia sakit kepala tak mahu travel jauh. Tanya anak sulung, dah elok dia kemas baju masuk kereta bila nampak adik no.3 dah ada dalam kereta dia tak jadi ikut. Yg no. 2 tak nampak bayang juga. Petang tu angin push2 keluar sampai AK menitik air mata bila ajak mereka tak nak ikut.
Jadi AK pun dengan Bismillah dan selawat serta doa semoga perjalanan selamat sampai ke destinasi. Dalam perjalanan awal2 tu boleh lagi memandu dengan tenang tetapi setelah melepasi sempadan daerah kereta dah mula bergerak laju vs perlahan. Lepas tu hujan selebat2nya pula area dekat nak sampai GM. Jalan dkt Petronas GM, Alhamdulillah dibuka jadi tak perlu lalui jalan jauh ikut Pulai GM.
Semasa atas Highway LPT2 dah maghrib. Jalan dua lorong jadi buat cara dua lorong. Sampai kat bulatan Benta rehat sekejap Kat masjid kat situ. Sambil sejukkan enjin kereta. Setengah jam kemudian mulalah perjalanan berliku Benta-Damak. Alhamdulillah masa kat Kg. Batu Balai, Jerantut jalan juga lancar tak perlu lalu dalam kebun kelapa sawit seperti trip beberapa bulan lepas. Dekat jam 10.30 malam barulah kereta AK merayap masuk berhenti depan rumah adik.
Malam tu tidur lena. Hati masih lagi sendu. Rasa ketat dalam dada. Merajuk yang takde faedah. Papa call tak jawab. Bila AK mesej dalam grup anak menantu ma, papa menyampuk. Jd AK padam mesej yang AK beritahu dah selamat sampai di Jerantut. Baik punya perangai rajuk yang rapuh.
Pagi raya kedua bangun awal. Hirup udara segar. Bentang Plan utk hari tersebut. Biasa pagi Jumaat ada pasar pagi jumaat kat Pekan Damak. Tapi pagi raya ke-2 tu lengang aje. Jadi sebab waktu tu dah jam 10.00 pagi, AK bawak adik dan anak sedara shopping barang dapur kat pasaraya kat Pekan Damak tu. Beli roti dan bahan nak buat Sandwich, beli bahan2 nak buat macaroni goreng. Bahan puding telur dan air koktail buah tertukar jadi koktail laici rose gara2 lupa nak beli sunquick oren. Balik dari pasar terus bekerjar masuk dapur. Tong tang, tung tang kat dapur, siaplah menu utk berkelah.
Lepas zohor tu kami berehat kejap, sebab adik ngn hubby dia pergi majlis rewang kendiri kahwin jiran sekampungnya. Lepas asar baru kemas barang masuk kereta tujuan hala berkelah ke Sungai Rengat. Perjalanan bertar sehingga perkampungan orang asli kat situ kemudian redah perjalanan berbatu dan berhabuk, sempit dan bersimpang siur turun bukit naik bukit. Mencabar juga mujurlah kereta SUV yang AK bawak ni tinggi jadi redah bukit tu tak terasa sangat kelajuan sekadar 40km-50km perhours tu boleh dikawal stereng lagi. Bila ikut belakang kereta orang lain dekat2 nak sampai hanya 20km/hrs. Berselisih AK ketepi redah semak sampai lupa cat kereta calar.
Perjalanan ntah berapa km. Terasa jauh juga mungkin lebih 5km. Masa sampai kat Sungai Rengat tu ramai dah pengunjung. Kereta melebihi 30 buah. Penuh. Air sungai pun agak keruh. Nampak tempat perkelahan tu tak seindah masa AK datang dulu2 cari orkid. Nampak ketara sangat perubahan dah tak seindah dulu walaupun ada beberapa kemudahan seperti pelantar peninjau utk bergambar dan ada rumah ala2 kem utk program. Klu dulu kawasan tu hutan yang menghijau.

Jadi 10 minit aje tinjau kat situ, AK pun balik. Tukar plan pergi ke Rafflesia Trail atau PAMUC pula. Ambik masa juga nak sampai sini sebab tukar arah jadi jauh. Kat sini hanya ada 3 buah kereta lain dan termasuk AK jadi 4 buah. Nak turun ke kawasan perkelahan tu agak curam kena menuruni tangga. Kat situ air jernih giler. Berkilau. Sebab kat kawasan berpasir air cetek dah ada orang lain, jadi AK dan keluarga bentang tikar letak bekal makanan atas batu.

Lepas tu kami terus mandi. Jadi AK pun join sekali mandi. Sejuk, nyaman dan Best airnya. Jernih sampai boleh nampak pasir yang berkilau dengan anak2 ikan.

Plan lepas mandi baru nak makan. Tak sampai setengah jam main air, tiba2 anak sedara AK yang umur 10 tahun berdentum jatuh tergelincir atas batu. Tergolek jatuh dari ketinggian 1 meter.
Jenis budak degil, keras hati. Kuat semangat. AK pun serbu kat dia pegang kepala dan belek. Nampak ada luka dalam 1cm. Berlubang 3mm. Darah dah meleleh ke baju.
Acara bersukaria jadi musibah. AK pun arah semua keluarga packing barang. Program berkelah terbatal. Jantung berdebar. Hati tu tak usah cerita mujur dapat kawal panik. Adik ngn Hubby dia dah panik. Tapi AK buat cool pimpin anak sedara. Pendakian naik ke tempat parking tu yang sakit lutut, sesak nafas semput lama tak aktif mendaki pada ketinggian hampir 90° mendaki.
Bila sampai kat tempat parking, anak sedara ni menangis meraung tak nak pergi klinik. AK yang lap kepalanya ngn tisu dah dua tiga kali tukar tisu tahan darah. Sesi pujuk memujuk gagal. Mummy ngn daddy dia dah serah kat AK utk uruskan sbb dia tau perangai anak dia.
Lastly AK cakap "Jom kita balik." Ajak semua orang masuk kereta.
Otw melalui jalan ke jalan utama Ulu Cheka Damak, adalah pula sebuah kereta yang tengah cuci kereta betul2 tengah jalan. Menghalang laluan. AK cakap juga sambil bergurau... " Tak boleh jadi camni bang. Buat lawak cuci kereta tengah jalan."
Dia orang tak tau AK berdebar bawak kereta sambil jeling seat belakang. Tengok anak sedara risau takut dia collapse je...
Pastu waktu tu dah hampir jam 6.30ptg lebih. Kereta AK mode lampu auto. Gelap sikit menyala. Bila laluan cerah dia off sendiri. Macam AK bagi warning kat kereta depan pula walaupun tak ada niat. Kereta proton saga blm hitam kat depan tu beri laluan dan ke tepi. Jadi AK dapat potong dia. Tapi kemudian dia macam kejar AK pula. Jadi bila AK dah ke depan dan laluan clear, AK pun tekan sikit minyak. Laluan camtu adalah laluan biasa bagi AK pemandu kampung pedalaman. Jadi AK melaju ke depan dan tak nampak bayang dia. AK terus ke KK Damak. Call petugas onkol.
KK Damak, Jerantut
15 minit kemudian PPP sampai dengan Honda putih dia. Masa kat unit kecemasan tu, anak sedara AK dah meronta enggan dirawat. AK ngn anak AK pegang, tapi tenaga budak 10 tahun lebih kuat. Jadi petugas tu mintak bantuan kawan dia datang utk pegang. Struggle giler kami di buatnya. Empat orang dewasa lawan sorang budak lelaki 10 tahun itu pun dgn taktik membalut dgn blanket tebal.

Masa azan maghrib tengah sesi memujuk utk menjahit luka. Sejam lebih layan tenaga budak lelaki yang badan kecik tapi kuat. Memang keturunan pendekar anak Pahang. Dahlah dia sekolah kat Sekolah Keb Pawang Nong. Aura kuat mmg ketara.
Bila keluar dari bilik kecemasan tu, kat luar dh gelap. Kami terus balik ke rumah. Pakaian di badan masih lagi basah. Dah rasa gatal badan pakai pakaian basah. Sampai rumah, perut pun dah berkeroncong. Nak makan tak ada selera teringat peristiwa tadi.
Lepas mandi dan makan sikit bekalan berkelah siang tadi, baring2 masa tu dah jam 10mlm. Seawal jam 11mlm dah lena diulit intan.
Peristiwa raya ke 2 tu rupanya bersambung pula cerita lain pula esoknya.
Apakah yang berlaku esoknya juga tambah debaran kali kedua utk AK?
Astaghfirullah... Al-sobrul minal iman.

Foto-foto sebelum kami turun ke kawasan Lata yang agak curam dan mendaki . Nasib baik ada tangga simen disediakan.







#aronkin
#sekadarperkongsian
#ceritadihujungjari

19 Oktober 2017

Santai Angin Malam

Bunyi cengkerik dan unggas malam bersahutan. Hembusan gemalai udara malam selepas hujan menepis dingin di kaki yang bersarung batik. Bunyi monyet atau mungkin kera di seberang jalan jelas kedengaran.
Aku pandang wajah papa. Tiada reaksi spontan. Hanya aku yang teruja mendengar suara kera yang bersahutan. Aku pandang wajah Tyra yang berdiri di sisi papa. Huh! Sama aje anak dan papa leka menonton video lucu dari ipad milik papa.
Aku pandang lagi ke arah kebun getah bonda seberang jalan. Jarak tak sampai pun 30 meter dari tempat aku berehat menikmati angin malam. Lampu suluh aku halakan ke arah bunyi yang bersahutan. Hampa kerana ketelusan cahaya tidak sampai ke mana pun pantulannya.
Aku mula bercanda cuba menarik perhatian. Namun hanya aku yang bersuara. Papa dan Tyra masih leka di skrin ipad.
"Abang, cuba dengar tu bunyi bising ?" Perlahan aku tampar lengan papa. Dia hanya mengangkat wajah sekilas. Matanya tajam merenung ke arah kegelapan malam. Wajahnya polos tanpa bicara.
" Kalau sekitar tahun 80an bunyi bising kera begitu petanda pak belang ada berdekatan," aku sambung bercerita. Papa diam. Matanya beralih semula ke skrin ipad.
" Mama, pak belang tu macam zebra ke ?" Tanya Tyra seakan berminat. Aku ketawa kecil. Terasa lucu dengan pertanyaan puteri comelku.
" Zebra tu kuda belang. Tak ada kat kawasan kita ni ," jawabku sambil ketawa yang masih bersisa.
" Pak Belang tu nama manja bagi harimau. Masa mama kecil, kalau bunyi kera bersahutan macam tadi petanda ada harimau dekat kawasan ni ." Aku sambung cerita.
" Mama pernah tengok ke pak belang ?"
" Kat kampung tak pernah. Tapi kat Zoo Negara yang kita pergi hari tu, mama tengoklah ," jawabku lagi.
" Masa mama kanak-kanak, siang hari hanya jumpa tapak pak belang aje. Beruk peliharaan pokcik bapak saudara mama pernah kena serang oleh harimau. Pokcik cakap harimau kumbang. Mama tak tengok pun tapi esoknya mama tengok beruk peliharaan pokcik mati dan ada kesan gigitan dekat leher dan badannya."
Tyra pegang lengan aku. Terasa jemarinya panas suam menyentuh kulitku.
Papa tutup ipadnya. Dia bangkit bersama ipadnya meninggalkan meja santai depan halaman rumah kami.
Aku mengerut dahi. Papa bosankah dengan ceritaku yang penuh nostalgia ? Bosan kerana bila ada sesuatu benda berlaku aku akan kaitkan dengan peristiwa yang aku alami semasa aku kanak-kanak.
Tyra kembali merapatkan kerusinya berdekatan aku.
" Mama ceritalah lagi... " gesanya sambil pegangnya di lenganku semakin kejap.
" Okey !...






24 Februari 2017

Nasi Ayam Punya Pasal

​Semalam aku beli nasi ayam ni. Kira punya kira nampak 6 orang je kat umah. Cukup utk papa , mama ngn anak2. Bawak balik dah terliur sangat bau kuah sup. Petang sebelum maghrib kepala dah rasa terkilan sebab lupa beli utk mak bonda ngn Liana Mohamad . Aku pun nak ajak anak2 yg leka tgk tv kat umah ma pun terasa segan. Takut tersasul cite nasi ayam. 

Lepas maghrib anak2 dah kumpul semua aku pun ajaklah anak2 makan. Tengah prepare nak makan atur bagi sorang satu kat anak2 tiba2 bunyi tapak kaki lain masuk ke dapur. Aku dah rasa stress sebab grenti nasi tak cukup. Anak2 dah berselera makan. Bahagian aku pun dah buka siap tuang kuah sup dll.  Papa punya aku dah simpan letak asing.

Tiba2 muncul 2 budak kecik. Anak sedara aku. Aku jadi bingung jap. Tengok anak2 aku dah selera menyuap. Aku pun dah hampir2 nak suap ke mulut. Si puteri plak terus tegur.

" Kita orang makan nasi ayam.. Adam ngn amar takde..."

Aku dah tengok muka Adam ngn ammar monyok jadi kesian plak. Nasi yg dah separuh di gaul aku gaul semua sekali. Selera aku terbantut jap. Aku ambik dua sudu dan bawak ke bawah bersila di lantai.

" Meh duduk sini. Makan nasi ni kongsi. Adam makan separuh, Ammar makan setengah. Kongsi biar adil," ujarku sambil ayam seketul di bahagi dua. Anak2 tu pun duduk dengan senyuman teruja. 

Jadi aku duduk di meja semula. Kebetulan anak2 kongsi kuah sup adalah yang lum buka. Aku ambik tuang lam pinggan dan bercadang nak hirup sup tu aje.

" Mama, ambik nasi Boboy ni ajelah..." kata Boboy yg baru makan.

" Mama ambik nasi Zaza.." Aku jeling bekas nasi dia dah tinggal separuh.

" Mama Junjun tinggal sikit je..."

" Mama makan dengan Tyra lah... " ajak Si puteri pula. Perasaan aku masa tu rasa terharu sangat. Allah buka mata hatiku terhadap anak2 dan rezeki. Aku beri kat orang lain rezeki yang ku sangka hak aku. Tapi Allah beri rezeki lain termasuk kasih sayang anak2.. air mata rasa menitik sebab aku rasa sangat terharu. Sebab tengok anak makan berselera aku pun dah telan air liur, jadi aku ambiklah juga satu sudu dari setiap pinggan  anak. Sikit tapi kenyang dan lazat rasanya. Itulah rezeki yang berkat bila berfikir positif.

Rezeki kalau bukan hak kita dah dekat nak masuk mulut pun tapi kalau Allah dah tentukan ianya bukan hak kita, ianya tetap tak akan kita dapat. Rezeki bila Allah dah bagi dekat kita sedikit pun bersyukurlah kerana rezeki itu berkat kita rasa dihargai...

02 September 2016

Majlis Testy Ilmu dan hari jadi boboy

Semalam birthday boboy Arumi Nijaya Hazeem yang ke 14 tahun. Tiada majlis atau keraian untuk dia seperti tahun lepas. Kalau ikutkan perancangan asal memang nak buat kek untuk dia tapi kesibukan banyak aktiviti lain otak dan badan aku jadi letih. Majlis solat hajat dan restui ilmu untuk Junjun Anwari Ahmas Ramadhani pun aku hadiri last minit. Itupun nasib baik ma yang tolong buatkan pulut kuning untuk dibawa ke sekolah. Dengan Audit IC yang nak datang ke ofis minggu depan pukul 5.00 petang aku baru boleh balik sedangkan sepatutnya hari khamis waktu keja habis pukul 3.30 petang. Itupun disebabkan aku rasa letih sangat kalau tidak maunya maghrib aku baru balik. Persediaan memang dah cuba maintain sentiasa sebab itu memang wajib tapi bila sebut Audit ni benda yang dah ada pun nak ditukar sticker baru. Yang dah betul pun dialihkan sedikit kedudukan last letak balik tempat asal.
Bercerita pasal Boboy dah besar anak terunaku. Dah boleh diharap dan bertanggungjawab. Tidak banyak kerenah tetapi jika membuat janji denganku mesti dia mintak top up telefon. Dia hanya layan internet untuk download game baru. Aku hanya pesan jangan download game 'pokemon go' sahaja. Kerap benar dia download game baru dan bila dah jemu dia akan uninstall yang lama dan installed yang baru.
Aku berdoa semoga anak-anakku sihat tubuh badan, panjang umur, murah rezeki, menjadi anak yang soleh dan solehah dunia dan akhirat berjaya cemerlang dalam pelajaran kehidupan dan masa depan berbakti kepada agama bangsa dan negara, serta beroleh kebahagiaan dan kesejahteraan dunia dan akhirat. 
Program hari ni buat kek sebiji pastu pegi panjat pokok rambutan dan manggis belakang umah ma....
Puteri bongsuku Tyra Iskina TERjumpa semasa majlis Solat hajat dan restu ilmu untuk Junjun. Dia datang kepadaku semasa aku turun tangga dari asrama untuk ke kereta. Dia hanya tersenyum seperti biasa dan mencium tanganku. Aku bertanya adakah dia sudah makan kerana waktu itu pukul 10.00 pagi. Dia hanya mengangguk dan menggeleng kepala apabila aku menghulurkan plastik yang mengandungi pulut kuning yang diberi semasa solat hajat tadi. Aku hanya berbicara sebentar sahaja sebab aku perlu cepat untuk sambung kerjaku. Aku sempat snap beberapa keping gambarnya. Selepas itu aku pusing belakang bercakap dengan sepupu yang menumpang keretaku kerana aku melalui kawasan rumahnya nanti. Bila aku berpaling ke arah tangga puteriku sudah tiada di situ. Aku berpaling ke arah bangunan sekolah dan hanya menggagak dari belakang kelibat 3 orang murid perempuan dan di tengahnya yang paling tinggi tidak kupasti yang mana satu puteriku. Seperti mengetahui aku memandangnya puteriku berpaling seketika dan aku agak terkesima sebab puteriku kelihatan lebih tinggi dan sangat menarik berbanding dua temannya itu. Bukan aku hendak mengatakan dua temannya itu tidak cantik tetapi berbanding kedua-dua murid perempuan itu, puteriku kelihatan lebih menyerlah.
Berbalik kepada cerita junjun tadi, dia juga agak terkejut kerana melihat kehadiranku di celah ibubapa yang lain. Dia agak malu-malu menghampiriku. Aku memeluknya seketika dan dia cuba melarikan pipi bila aku cuba mencium pipinya. Mungkin dia segan atau malu orang lain melihatnya. Aku amat memahami perasaan anakku ini. Sebelum ini hubunganku dengan dia agak tidak serapat adik beradiknya yang lain. Mungkin silapku kerana sering membuat perbandingan dari segi akedemik dengan abang dan adiknya yang lebih menyerlah. Hubungan aku dengan dia juga semakin renggang apabila dia dipaksa tinggal di asrama lantaran arahan pihak sekolah untuk pelajar yang akan menghadapi peperiksaan besar. Setiap dua minggu dia akan balik tetapi apabila hendak balik ke asrama dia seakan memberontak dan enggan kembali ke asrama. Aku pula sering menegurnya agar patuh kepada disiplin dan arahan pihak asrama.

09 Ogos 2016

Baca Novel Sikit

Tyra sekarang dah dekat 9 tahun pd 13hb Disember nanti.
Dia juga suka bercerita dan pandai buat buku cerita sendiri.
Dia lukis gambar dan buat cerita seperti buku cerita kanak2 kat sekolahnya.
Nak tunjuk gambar buku yang dia buat tu ntah kat mana di letaknya.
Aku mula2 macam tak percaya itu hasil kerja tangannya. Aku syak dia meniru buku yang dibacanya. Macam2 soalan aku terjah . Tapi bila aku belek dan baca tulisan dia aku akui  itu memang hasil idea kreatif Tyra. Salah satu yang aku perasan ialah ejaannya yang banyak salah.
Aku mula bayangkan puteri comelku ini akan menjadi penyambung cita2ku yang tidak kesampaian untuk menjadi seorang penulis. Aku hanya mampu berkarya di blog yang sekadar segan2 mencoret ayat2 merapu...
Malam ni aku hanya sekadar ingin berkongsi novel2 yang telah dan akan aku baca kali ini.
Kesibukan dengan kerja dan urusan di rumah banyak hobi yang aku lakukan sebelum ini terbengkalai. Papa Tyra banyak memberi peluang untuk aku membuat kerja ku tapi aku hanya mengambil  sedikit sahaja peluang itu. Sekarang barulah aku terfikir peluang dan masa yang telah aku terbuang dengan sia2 selama ini. Itupun setelah melihat karya Tyra..

24 Oktober 2014

Catatan Oktober 2014

Ouugghhhhh.....
Dah bersawang benor blog puteri cilikku ini. Aku hanya menunggu masa untuk mengajar puteriku ambil alih sendiri blog ini dan uruskannya sendiri.
Aku dah jarang-jarang dapat mencoret cerita puteriku di sini lantaran kesibukan yang tak terjangkau dek line internetku yang slow and sleepy..













07 April 2014

Fungsi Handphone Yang kita Tidak Tahu...

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN

Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI

Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ ON ‘ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI

Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ‘ *3370# ‘ . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.

4) TELEFON KENA CURI

Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

07 Mac 2014

Rahsia Janggut

Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu. Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu. Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
SUBHANALLAH! Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu. Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya. Wallahualam.

RASULULLAH SUKA TENGOK LELAKI BERJANGGUT WALAU SEHELAI..
Pada Zaman Rasulullah..ada seorg lelaki yg berjanggut 2 helai dtg ke masjid dan semasa mengambil wuduk.. lelaki tersebut memandang Rasulullah.. Rasulullah pun senyum kpd lelaki itu.. lelaki itu hairan mungkin Rasulullah senyum kerana janggut lelaki itu hnya 2 helai di dagu.. Keesokkan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya.. Apabila terserempak dengan Rasulullah s.a.w, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut… Bertambah hairanlah beliau lalu diajukan pertanyaan kepada Baginda… “Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini? ”Lalu Baginda menjawab” Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu di janggutmu wahai sahabat.." Tabarakallah 


#copy-paste#

Rahsia Potong Kuku Rasullah S.A.W

RAHSIA POTONG KUKU 
Rasulullah bersabda yg ertinya : barangsiapa yg memotong kukunya pada:
  1. -HARI SABTU : Nescaya keluar dr dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
  2. -HARI AHAD : Nescaya keluar drp nya kekayaan dan masuk kemiskinan.
  3. -HARI ISNIN : Nescaya keluar drp nya gila dan masuk sihat.
  4. -HARI SELASA : Nescaya keluar drp nya sihat dan masuk penyakit.
  5. -HARI RABU : Nescaya keluar drp nya was-was dan masuk kpdnya kepapaan.
  6. -HARI KHAMIS : Nescaya keluar drp nya gila dan masuk kpdnya sembuh dr penyakit.
  7. -HARI JUMAAT : Nescaya keluar dosa-dosanya sprt pd hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kpdnya rahmat dr Allah.

KEBURUKAN MEMAKAN ORGAN DALAMAN BINATANG ATAU HAIWAN

Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia. Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Mana kita mesti pilih? Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi Muhammad ?

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.

Kandungan racun dalam hati:
- Antibiotik tylosin
- Penisilin
- Oxytetracycline
- Kanamycin.

Kandungan bahan kimia didalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan teratogenik, kesan karsinogenik Kesan teratogenik boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu mengandung, terutama kepada janin. Kandungan boleh mengalami keguguran atau bayi cacat. Manakala kesan Karsinogen boleh menyebabkan kanser. Ginjal juga merupakan organ penting dalam badan dan berfungsi untuk membuang sisa metabolisme dan racun dalam bentuk urin, yang kemudian dikeluarkan dari tubuh.
Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.
Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
- Hati
- Paru-paru
- Perut
- Hempedal
- Buah pinggang
- Jantung
- Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
- Telur ikan

Saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan bahawa alangkah indahnya jika dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi sahaja. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al-Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Ilmu Sains dari barat mengajar untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati . Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat.

19 Oktober 2013

Tyra dan kaler Pink

Selamat Hari Raya Idil Adha...
Tyra dengan warna kesukaannya merah jambu atau dia suka sebut 'pink'...
Kaler pink ini memang dah jadi trade mark Tyra. Semua barang miliknya kalau boleh nak warna pink. Baju Pink, Seluar Pink, Beg pink dan kasut atau selipar pink. Naik pening juga papa Tyra dengan permintaan Tyra yang TERsangat Demand itu.
Cerita klaer pink Tyra ini kadang-kadang jadi lawak pula.
"Mama, hari ni mama masak nasi pink untuk Tyra ya..!!! "
Huhuhuhu... nasi kaler pink. Cubalah korang imagine macam mana nasi kaler pink? Pulut kaler pink bolehlah aku faham ini nasi nak makan dengan ulam dan cicah budu... apa cerita neh...
Setakat Tyra merayu aku buat kek kaler pink aku boleh tahan lagi tapi tang dia mintak aku masak nasi kaler pink itu yang bikin aku nak pink-san...
Ada-ada saja puteriku ini...
Bilik dia memang dah kaler pink. Cover Ipad miliknya kaler pink. Pinggan makan dan cawan nasi miliknya memang dah sah kaler pink. Semuanya kaler pink miliknya. Jangan sesekali abang-abangnya tersalah pilih barang kaler pink kat kedai, sah-sah nanti barang itu memang akan jadi miliknya.
Alahai Tyra dan pink kaler miliknya..

11 Jun 2013

Tyra dan Alam Persekolahan

Tyra mula bersekolah semasa berusia 5 tahun  2 minggu 4 hari. Iaitu pada tanggal 26 Disember 2012, Tyra pertama kali menjejak kaki ke sekolah. Hari itu merupakan hari pendaftaran sahaja. Tyra pergi ke sekolah sekitar pukul 9.00 pagi dan dijemput oleh papa dan mama pada pukul 12.00 tengah hari.
Hari pertama pendaftaran Pra Sekolah 26.Dis.2012



2013

16 Mei 2013

Kisah Tyra dan Dia...

Hahaha... romantiskan tajuk sebegitu.. Macam orang bercinta pula.
Hampir setahun tidak berkolabrasi di sini. Hampir setahun kekeringan idea dan menyepi diri.
KINI DI TAHUN 2013 YANG SUDAH MENGINJAK KE BULAN MEI dan Puteri Kecilku sudah memasuki alam persekolahan.
Begitu cepat masa berlalu. Dari hari pertama ke lahirannya sehingga kini usianya menginjak 6 tahun (Sebenarnya 5 tahun 5 Bulan) masa terus bergerak dan berlalu. Setiap detik melihat puteri yang semakin membesar di depan mata dan menjadi gadis kecil yang comel dan sedikit lasak sebenarnya membuat hatiku teruja sebagai seorang ibu dan sekaligus bersyukur dikurniakan anak-anak yang sihat dan comel serta bijak.
Tyra Iskina di Zoo Negara berlatar belakang kura-kura gergasi.

Tyra Iskina paling suka bergaya bila fotonya di ambil.

Tyra , Junjun dan Boboy yang kepenatan setelah seharian berjalan di dalam kawasan  Muzium Negara Kuala Lumpur.

Tyra berlatar belakang topeng patung Thailand.

Tyra cuba meniru memek muka topeng patung opera cina tetapi jadi juling pula matanya.