Selepas mengambil boboy balik sekolah petang semalam, aku bergegas balik ke KB. Perjalanan agak lancar walaupun hujan lebat dari Lepan Jenut , Manek Urai sehingga ke Peria. Sebagai pemandu berhemah, aku cuba sedaya upaya mematuhi arahan jalan raya. Aku bengang betul
apabila melalui jalan had laju 60km sejam, sebuah kereta Toyata Vios telah menghon padaku pemandu berhemah ini. Tapi aku buat tak tahu aje. Bila dia hon kali ke-2, aku baru memberi dia jalan," Woi..kalau nak makan angin, ketepilah sikit.." berdesit dia memotong keretaku... di garisan berkembar... Mak ooi..pemandu perempuan rupanya. Tetapi penumpang sebelahnya adalah seorang lelaki. Aku buat tak tahu aje sebab, aku tahu kat depan tu ada sesuatu yang sedang menunggunya. Ambik engkau, tak sampai 1 minit dia potong keretaku, bendera merah telah dilambai menyambutnya. Hehehe apa lagi.. apabila kereta vios tu berhenti ke tepi jalan aku memotongnya semula dan sempat menjeling melalui cermin sisi.. "Ambik engkau, berlagak sangat.. Aku tahulah.., jalan ni hari-hari aku lalu, .. undang-undang jalan raya kena patuh.."..
Lima minit kemudian , aku bersantai atas jalan raya, kereta tadi sudah ada di belakangku. Kali ini dia hanya mengikut aku dari belakang. Aku bukanlah makan angin tapi mengikut undang-undang jalan raya. Kalau had laju 90km sejam, keadaan mengizinkan, aku pecut juga kadang-kadang sampai 100++ juga..tapi jarang sangat. Aku biasa akan maintainkan ikut had laju. Kereta toyota vios itu ikut dari belakang hingga aku pusing masuk ikut Ketereh.
Aku sampai KB 2 jam kemudian. Selepas singgah beli nasi bungkus kat gerai di Jalan Berek 12, aku terus balik ke rumah.
1 ulasan:
Kadang2 kena jadikan diri kita kurang disiplin juga masa memandu..
Catat Ulasan