16 Disember 2008
Cerita Hari ini
Dah lama tak menjengok di sini. Biasalah hujung tahun gini sibuk sikit. Banyak kerja kena buat dan bereskan. Boboy pulak tahun depan dah nak masuk darjah satu. Baju uniform sekolah belum beli lagi. Gaji dah dapat tapi aku masih tercari waktu luang untuk membawa boboy keluar shopping.
Sebelum ni aku sibuk membaca buku nak exam PTK. Dah lepas pun PTK. Lega sikit otak rasanya.
Cerita pasal PTK sikit. Pada 16/12/2008 aku dengan beberapa orang teman sepejabat telah pergi menjalani peperiksaan tahap kecekapan yang bertempat di SMK Seri Semantan. Seawal jam 9.00pagi aku telah bersedia dalam kawasan sekolah tersebut. Berdebar juga bila mengingatkan hendak menjalani peperiksaan. Ramai juga pada hari tersebut yang menghadapi peperiksaan itu. Kertas soalan yang pertama ialah PTK Khusus.. Al-hamdulillah dapatlah juga aku menjawabnya walaupun beberapa soalan aku terkeliru jawapannya. Selepas habis kertas yang pertama aku sempat berbincang dengan teman-teman tentang soalan yang baru lepas. Bila berbincang dan ada perbezaan jawapan rasa tension juga. Tapi bila jawaban ada persamaan tu seronok sangat dibuatnya.
Selepas berehat sejam, kertas soalan ke-dua bermula pukul 11.30pagi dan berakhir pukul 12.30 tengahari..Alhamdulillah aku dapat menjawabnya dengan tenang. Harap-harap dapatlah tahap 4 kedua-dua kertas soalan. Hehehe..dapatlah merasa gaji pada P2T.. plak...Insya Allah..aku dah cuba yang terbaik.
Berlalu aje PTK aku rasa lega sikit. Semalam mengemas sikit bilik stor dari pagi sampai ke petang. Bukannya apa.. aku leka menatap album lama. Teruja aku bila menatap foto -foto lama ini. Aduhai... kenangan itu...
Masa cuti raya korban lepas. Foto ni kat kampung aku, Lata Rek. Istimewanya kampung aku ialah terdapat air terjun yang cantik dan sejuk airnya. Masa ni juga kawasan air terjun baru lepas di landa banjir. Aku dan adik-adik bila sekali sekala berkumpul suka mandi-manda kat sini. Walhal jarak rumah aku dengan air terjun tak sampai pun 5 minit berkereta. Sebenarnya aku tak nak bercerita sangat kat sini pasal air terjun tapi hanya sekadar nak berkongsi gambar sahaja.
Ini pula Tyra masa umur 3 bulan kalau tak silap.
Zaza semasa umur 5 bulan.
Hehehe.... kenangan lama masa kat sungai bersama teman-teman tingkatan 6. Ingat lagi tak semua?...
Tengok foto lama banyak menyimpan seribu makna buatku. Tersenyum sendirian bila mengingati peristiwa saat foto di ambil.
Okey.. lain kali aku bercerita lagi... Panadol ada tak?........
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan