08 Mac 2009

Makanan Sumber Tenaga

Kebelakangan ini Tyra agak sibuk dengan kuliah. Tyra benar-benar kesuntukan masa untuk melayari internet. Lebih-lebih lagi kawasan Tyra menyewa tiada internet. Hari ini cuti Tyra keluar mencari tempat lepak yang ada Wifi. Semalam masa menyiapkan assigment sempat Tyra membaca beberapa artikel dari majalah. Tyra rasa nak berkongsi apa yang Tyra baca di sini.

MAKANAN SUMBER TENAGA

Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ia tidak baik untuk perut. Ada hadis mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut-turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara bersederhana. Daging paling baik ialah daging kambing. Ia bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun.
Adapun daging babi haram dimakan oleh muslim. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda dan keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

Nantilah Tyra sambung lain kali. Tak sempat nak habiskan. Kawan dah ajak balik.

Tiada ulasan: