13 Disember 2008

Peristiwa Sakit Mata...Conjunktivitis

Peristiwa ngeri sakit mata

Aku teringat pada tanggal 21 januari 2007 hingga 9 febuari 2007 yang dah lepas...eeeiii..sumpah aku takut sangat dengan peristiwa itu.. Pada masa itu musim ramai orang kena sakit mata.. Kat tempat keja ada ramai juga yang sakit mata atau kawan-kawan aku biasa sebut konjunktivitis...
Teringat masa mula-mula kena.. aku ada tersalah cakap...
" Saya, antibodi kuat, susah nak kena penyakit.."
"Musim sekarang ramai yang kena sakit mata.." kata kawanku..
Tapi akibat kebongkakan aku apalagi petang 21/1/2007 itu.. mataku terasa pedih, berpasir dan gatal... Besoknya bila aku bangun tidur ia dah merah menyala. Tapi aku masih pergi kerja.. Lepas jumpa doktor dan diberi ubat dan mata bertampal aku di beri cuti sakit selama 3 hari...Malam aku titik ubat yang doktor bagi..
Besoknya bla aku bangun tidur..duniaku rasa gelita..Mata kiriku bengkak gila sampaikan aku tak bleh nampak dunia melalui mata kiri.. Ianya bengkak, merah dan banyak discaj cecair yang keluar..pastu berdenyut-denyut sakit, melengkapi kesakitan mata konjunktivitis yang ngeri dalam sejarah hidupku.. Aku tak bleh nak buat kerja kerana ia sentiasa sakit.. Bengkaknya melampau juga sehingga merubah bentuk wajahku yang sebenar.. Pada masa tu Zaza kecil belum pun umur setahun..Junjun dan Boboy takut untuk berdepan denganku.. Aku juga tak nak bermain dengan mereka sebab ia menyakitkan bila aku bergerak. Wajahku jadi senget sebelah dan kebengkakan adalah mengikut posisi aku baring atau duduk.. Sekiranya aku mengiring ke sebelah kiri maka wajahku akan bengkak dan mengeleber di sebelah kiri begitulah sebaliknya.
Pada 25 /1/2007 oleh kerana tidak tahan dengan suasana dan penyakit yang mengganggu keseluruhan perjalanan hidup harianku.. aku meminta papa menghantar aku balik kampung.. Kami menaiki keretapi kerana aku boleh berbaring di atas katil tempat tidur..ianya boleh mengurangkan kesakitan yang ku alami. Mata bertampal, muka bengkak, merah dan air mata yang sentiasa meleh..itulah yang banyak menguji aku apabila banyak mata yang berbisik memandangku. Keramahanku hilang..
Sesampai di Stesyen Keretapi Kuala Krai aku meminta adik lelaki yang datang menjemput agar membawa ku ke Hospital Kuala Krai.. Aku terus menuju ke Bahagian kecemasan..Sebab untuk pesakit luar sebenarnya kena mendapatkan rawatan dari Klinik Kesihatan Bandar yang terletak jauh juga dari hospital. Aku tak arif sangat dengan situasi itu kerana tak pernah mendapat rawatan di situ.. Malahan aku tak tahu kat mana letaknya Klinik tersebut..
Selepas jumpa doktor di unit kecemasan, aku terus dirujuk kepada doktor pakar mata... Mula-mula doktor ingat aku kena Herpes Zooster...Doktor tanya adakah aku pernah menjalinkan hubungan kelamin dengan lelaki lain, atau suamiku ada berbuathal sebegitu.. Malu juga bila doktor cakap gitu... Aku menafikannya sebab aku tak pernah buat jahat dengan lelaki lain begitu juga suamiku..Kami setia pada pasangan.. Bila aku cerita aku pernah mengalami masalah hormon yang tak stabil sebelum mengandung..
Semasa mengandung Boboy..Lutut aku jadi bengkak gila sampai aku susah nak berjalan atau bergerak.. . bila check X-ray tak ada masalah keretakan atau apa-apa yang menyakitkan. Bila haid datang maka masalah itu sembuh sendiri.. Dan 2 bulan selepas itu aku mengsndung Boboy..
Ketika mengandung Junjun pula.. Aku sakit pada telinga.. Bengkak juga sampai aku rasa macam tak boleh nak mendengar.. Bila keluar darah haid penyakitku sembuh dan tak lama lepas itu aku mengandung Junjun..
Semasa mengandung Zaza pula.. aku diserang sakit gigi sehingga wajahku jadi bengkak.. Aku jumpa doktor dan dapatkan ubat penahan sakit dari Voltran hinggalah suntikan Pethidine..Dapatlah menghilangkan kesakitan sementara. Sakit gigi ni berlarutan selama seminggu. Oleh kerana tak tahan tanggung sakit gigi..kadang-kadang melarat ke telinga..aku pergi jumpa doktor gigi. Mulanya pagi doktor gigi beri ubat penahan sakit dan surut bengkak tapi sehingga pukul 3.30 petang sakit masih terasa kuat aku menelefon doktor gigi dan merayu untuk mencabut gigi.. Doktor cakap tak boleh cabut sebab bengkak. Lagipun gigi aku masih elok.. Jadi apa yang sakit sebenarnya?..
Aku terus merayu doktor agar mencabut gigi aku sebab tak tahan menanggung kesakitan.. Akhirnya doktor mengalah dan bersetuju untuk mencabut gigi aku walaupun gusi masih bengkak. Sumpah sakit cabut gigi ni..aku rasa lebih menyakitkan berbanding sakit bersalin. Aku menjerit semasa doktor gigi bertungkus lumus mencabut gigiku. Air mata usah di cakap keluar meleleh dan berderai cam hujan...
"Gigi awak elok lagi.." beritahu doktor sambil menunjukkan gigi aku yang dah berjaya di cabut..
Masuk hari kedua selepas cabut gigi.. aku masih terasa sakit gigi tapi ia berkalih tempat ke bahagian lain pula.. Sah ini bukan sakit gigi.. Lepas hari ketiga cabut gigi, haid pun datang dan secara automatik sakit gigi terus hilang.. Alahai.. nak mengunyah pulak tak selesa sebab gigi geraham dah tak ada.. Selepas itu tak sampai 2 bulan aku mengandungkan Zaza..
Berbalik kes sakit mata...Doktor mata pun check mataku dan bagi ubat lain serta cuti sakit serta appointmen baru..
Bila datang temujanji mataku masih bengkak.. Doktor cakap kornea mata aku calar dan ada lelasan. Mungkin sebab aku gosok tanpa sedar masa tidur.. Yalah dahnya mata dan seluruh wajahku rasa gatal yang teramat sangat maka aku telah menggarunya tanpa sedar..
Pengelihatan aku langsung tak nampak..
Aku sempat jumpa doktor mata selama 3 kali.. Lepas tu aku cuba cara alternatif iaitu berubat cara tradisional. Bomoh tu cakap aku mungkin kena resdung.. Aku sapu bedak ubat yang dibuat oleh bomoh tersebut. Ada sikit perubahan.
Selain dari itu aku cuba jumpa doktor private plak...
Hampir 2 minggu aku merana sakit mata. Aku ingat wajah aku dah tak elok lagi sebab dekat sebulan juga mataku masih tak dapt melihat dengan jelas dan kabur.. Aku risau sangat dengan wajahku yang dah tak cantik lagi..
Alhamdulilah lepas tu pada 3/3/2007 itulah hari pertama aku datang haid dan yang terakhir sebelum aku mengandung lagi.. Memanglah masalah mengandung..aku panggil sindrom sebelum mengandung...Aku sendiri yang cakap...Sebabnya aku mengandungkan Tyra pula lepas sakit mata dah sembuh... ...


Cuba tengok gambar saat aku ditimpa sakit mata.. terukkan wajahku....

20 November 2008

Cerita Tentang Trya


Tyra malam tadi tidur lewat. Sebenarnya pukul 9.30 malam dia sudah lena di kamar.Tetapi lebih kurang pukul 2.00pagi aku terjaga apabila terdengar bunyi bising di dapur. Bila aku buka lampu, Tyra tiada di tempat tidurnya. Sebenarnya Tyra enggan tidur sendirian di katilnya dan terpaksa tidur bersamaku. Katil besar telah lama ku susun di bilik sebelah gara-gara Tyra pernah jatuh katil akibat kecuaianku.Tetapi tilam setebal 6inci adalah menjadi mainan Tyra untuk panjat dan turun kembali. Memang puteriku ini lasak dan berani.Berbalik kepada Tyra yang tiada di tempat tidur, aku bergegas bangun. Aku berlari ke dapur kerana mengsyaki Tyra berada di situ. Sangkaanku tepat sekali apabila papa tersengih sambil mendukung Tyra tengah membancuh susu untuk Tyra.
"You tido mati, Tyra merangkak keluar ke tempat tv pun tak sedar.."
Alamak, rupanya aku lupa nak off dekoder ASTRO... Tyra pula kalau nampak cahaya dari tv atau ASTRO memang dia akan merangkak ke situ. Belum pun umur setahun kalau dia tengah tengok tv dan kita tukar ke channel lain, dia akan menangis. Pintu bilik tidur aku tak pernah kunci kerana Boboy, Junjun dan Zaza akan bangkit tengah malam dan masuk tidur denganku.
Tyra memang suka bangun tengah malam. Adakah disebabkan dia lahir pukul 3.24 pagi..entahlah. Tyra memang setiap malam akan jaga waktu antara pukul 1.00 pagi hingga 6.30 pagi.Di antara waktu-waktu itulah dia akan terjaga. Dia tidak menangis tetapi akan bermain sorang tanpa menggangu orang lain.. Kadang -kadang bila dia jumpa sesuatu yang menarik perhatianya dia akan main sendirian.

Masalah Code


Hye:) ni wawi... nak nak habaq beberapa masalah kat sini... dah dua tiga hari ambo dok baiki blog nie... bagaimanapun connetion kat campus, kat tempat ambo belajar ada masalah connection yang slow sangat.. jadi banyak paparan kat Internet Explorer nie tak dipaparkan.. banyak fungsi dan button tak ada.. jadi susah sangat nak edit blog nie...

apapun, nanti bila dah kat kampung, ambo akan cuba baiki lagi ek... mungkin kat kampung ada internet yang ok... harap harap le...

so mintak maaf la kat pengunjung blog Tyra Iskina Cintaku sebab masalah nie ek...

yang ajaib nye.. ambo boleh pulak edit, tapi nak tengok blog tak boleh.. jadi tak tahu lah ape yang kuar sebenarnya... ok lah.. sori ek... tyra, wawi pon mintak maaf k... but this problem bukan i yang buat ok..

18 November 2008

Masak Apa Tengahari ni?




“Mama, kenapa sayur ni..mama letak atas api..?” Terkedu juga aku dengan soalan Boboy.. Macam mana nak jawab ni.. Masa tu aku kat dapur memasak untuk hidangan tengahari....
“Boy, tujuan kita masak sayur ni supaya ia sedap di makan..”
Hehehe..itu aje yang terlintas di fikiran aku…Boboy hanya mengangguk.. Fahamlah tu kot.. Kalau dia bertanya soalan itu kepada papa tentu dia mendapat jawaban yang panjang berjela…
Sambil memotong sayur aku memikirkan jawaban lain yang hendak ku tambah agar Boboy lebih memahami….
“Kena masak daging ni sampai masak.. nanti kuman mati,” Bonda aku pernah cakap begitu kepadaku.. Betul juga kan.. masak makanan bertujuan untuk membunuh kuman. Makanan yang keras bila kita masak, ia akan menjadi lembut dan mudah dimakan serta dihadam. Ia juga menjadikan makanan tahan lama. Selain itu untuk membangkitkan selera kita boleh mempelbagaikan bentuk sajian dengan pelbagai rasa dan rupa makanan…
Dalam dok bekira apa nak masak untuk tengah hari ni aku sempat menekan keyboard komputer melayari internet mencari idea untuk memasak. Aku paling suka jengok blog chetam Aku juga suka meneroka laman web
resipidiana .Selain itu aku kerap juga melayari laman-laman ini untuk mempelbagaikan juadah untuk kuhidangkan kepada keluarga. Antara yang paling kerap aku jengok ialah:

http://norzailina.blogspot.com
http://chetam.fotopages.com/
http://hanieliza.fotopages.com/
http://mamafami.fotopages.com/
http://ulampegaga.fotopages.com/
http://www.masakmasak.blogspot.com/
http://tiffinbiru.blogspot.com/
http://www.myresipi.com/
http://myperiukbelanga.blogspot.com/
http://rozzan.blogspot.com/

Terima kasih tak terhingga kepada mereka kerana menjadi betul resepi yang aku cuba dari laman tersebut. Tetapi tengah hari ini aku bercadang untuk memasak makanan tradisi bondaku. Papa telah membeli kerang dan jenuh aku memikir nak masak apa dengan kerang tersebut lebih-lebih lagi bila papa hanya memberitahu agar aku masak air sahaja. Aku tak faham sangat dengan citarasa papa dengan kerang sebab ini kali pertama papa beli kerang untukku masak.
“Ala..you masak aje macam yang you masak hari tu kat kampung..”
Oh! Ya , baru aku ingat masa balik kampung bulan puasa dulu, adik lelaki telah membeli kerang untuk dimasak hidangan berbuka. Bonda telah menyuruh aku untuk memasak kerang tersebut. Satu persatu aku tanya bonda nak buat macam mana dengan kerang tersebut kerana aku tak pernah beli sebelum ini. Makan masakan orang lain banyak kali juga. Bonda mulanya syorkan aku masak gulai kari tetapi adik aku tak nak dan suruh masak biasa sahaja untuk dia makan cecah sos. Apalagi bertungkus lumuslah aku mencuci kerang tersebut. Bermacam-macam cara dan petua aku guna untuk membersihkan kerang. Aku sebenarnya geli nak makan kerang sebab tengok kulitnya yang berlumut dan nampak kotor berselut. Bonda suruh aku cuci guna daun senduduk. Mengadaplah aku kerang tersebut ramas dan tenyeh dengan daun senduduk.. Nampaklah putih sikit.Selain itu bonda juga memberi petua untuk bersihkan kerang dengan mengunakan asam keping.
Tengah hari itu aku berjaya juga menghidangkan kerang masak untuk keluargaku.. Oleh kerana di rumahku tiada pokok senduduk aku menggunakan asam keping dan juga soda bikarbonat untuk mencuci kulit kerang. Bersihlah sikit dari sebelumnya. Inilah hasil yang aku masak iaitu ramuan kerang dimasak dengan serai ketuk, bawang putih ketuk, bawang merah dihiris, asam keping dan gula garam secukup rasa. Papa cakap okey not bad.. Aku puas dengan hasil air tangan untuk santapan keluarga. Bab menghias aku tak berapa pandai tapi kalau masak sedap gerenti habisnya walaupun nampak tak menarik…
Dalam pada tu...AKU TENSEN TAK DAPAT NAK UPLOAD PHOTO KERANG AKU..TENSENYE....
LAIN KALI AKU UPLOAD BLEHHHHHHHHHHHHHH..........................

Bila Komputer Hang

Adoi... Tensen aku seketika bila tak dapat nak update aku punya blog.
Dahlah aku terhegeh-hegeh mencari masalah nape tak dapat nak masuk neh.. Tensen sekejap aku dibuatnya.. Banyak yang aku nak upload tak dapat hingga terpaksa guna komputer lain nak settel masalah,, Rasa marah juga dalam hati tapi sabarlah.......... Yalah aku dah susun dan pilih foto yang aku nak share tapi tak dapat nak upload so, aku letak je foto-foto ni sebab nak hilangkan boring...

13 November 2008

Hari Terakhir Berkursus


Hari ni last kat G.Pcf,,
Bertemu dan berpisah. Hampir 5 hari berkumpul, belajar dan makan bersama semua staff dari seluruh Malaysia akhirnya terpaksa berpisah untuk meneruskan perjuangan dan karier masing-masing.. Takdapat nak bercerita panjang nanti malam aku sambung.
Ni Kumpulan 1 ... ahli-ahlinya dari seluruh Malaysia..



11 November 2008

Kursus Kat KL

Hari ni hari kedua aku berkursus di sini. Dah ada kawan sebilik dari Perlis.. Akak aku ni baik juga.. Aku cakap loghat Temerloh, dia keluaq cakap utaro.. pe lagi.. Dia biasanya yang tak faham bila aku cakap cara mak ayah aku kat kampung... Semasa ceramah taklah mengantuk sangat..Semalam semasa DR Mohamed Ismail bin Lasa bagi talk.. Tak sempat nak mengantuk pun. Pagi ni adalah sikit-sikit tersengguk.Tapi masih sempat ketawa bila lecture buat joke.
Lunch awal sikit pukul 12.15tghr aku dah pegang pinggan senduk nasi kat Pacific Cafe.. Apalagi makanan berselera pada rupa dan hiasan aku terus makan. Minuman kegemaran air putih mesti minun lambat sikit.. Nak jaga badan kononnya. Pagi tadi aku bangun lewat sikit. Kul 6.45am baru solat subuh. Berkejar nak iron baju plak. Tensen gak bila keluar bilik air, sejuk gilernye... Aircond tak dapat control...Fuyooooooooooooo...................
Petang tamat awal sikit. Aku lepak kat bilik aje. Baca nota kuliah yang diberi hari ini.
Sambil jemari menekan keyboard komputer.. baca apa yang menarik kat majalah.. Dah dapat apa yang nak dikongsi bersama...

SABAR SENJATA MULIA HADAPI UJIAN
Tabah terhadap segala dugaan, syukuri nikmat lambang ketinggian iman umat.

IMAN terbahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian dinamakan kesabaran dan satu bahagian lagi dinamakan kesyukuran. Kedua-duanya adalah sifat Allah (SWT) dan di antara dua nama-Nya yang mulia kerana Allah (SWT) sendiri menamakan diriNya dengan Sabbur dan Syakur.

Jika seseorang itu jahil daripada memahami erti kesabaran dan kesyukuran, samalah dengan tidak memahami erti kedua bahagian iman itu sendiri. Dengan demikian, samalah ia lupa kepada sifat Allah (SWT) sedangkan untuk mendekatkan diri kepada Allah (SWT) tidak tercapai melainkan dengan iman.


Allah (SWT) berfirman yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (Surah al-Nahl, ayat 96)

Firman-Nya lagi yang bermaksud:

"Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahala mereka tanpa batas." (Surah al-Zumar, ayat 10)

Dalam konteks ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sabar itu separuh iman." (Hadis Riwayat Abu Na'im daripada Ibn Mas'ud)

Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud:

"Dalam kesabaran terhadap perkara yang tidak disukai itu banyak kebaikannya." (Hadis Riwayat al-Tirmizi daripada Ibn Abbas)

Perkataan sabar disebut enam belas bentuk dalam al-Quran, iaitu perintah supaya bersabar (merujuk ayat 35 surah al-Baqarah, surah al-Imran (ayat 200), sementara larangan daripada bersikap sebaliknya pada ayat 35, surah al-Ahqaf dan surah al-Anfal, ayat 15.

Allah (SWT) memuji orang yang sabar (surah Ali-Imran, ayat 17 dan al-Baqarah, ayat 177) sementara Allah (SWT) kasih kepada orang yang sabar melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah, ayat 146.

Kesabaran lain yang dijelaskan dalam al-Quran ialah Allah (SWT) bersama orang yang sabar, kebaikan bagi mereka yang sabar, balasan amal yang paling baik, berita gembira kepada orang sabar, jaminan kemenangan bagi orang yang sabar dan balasan Allah (SWT) tanpa batas kepada orang yang sabar.

Selain itu, orang yang sabar adalah mereka yang kuat semangat dan azam, amalan salih yang besar balasannya adalah sabar, orang yang sabar mereka yang mengambil manfaat daripada ayat Allah (SWT), Ibrahim, kejayaan yang diingini dicapai oleh orang yang sabar, orang sabar boleh menjadi pemimpin dan mempunyai kedudukan tinggi dalam tingkatan iman dan Islam, seterusnya takwa dan tawakal.

Sabar terbahagi kepada tiga bentuk iaitu sabar dalam mentaati Allah (SWT), sabar daripada melakukan maksiat kepada Allah (SWT) dan sabar menghadapi ujian Allah (SWT). Patut diingat bahawa mengadu dan merayu kepada Allah (SWT) tidak menafikan sifat sabar.

Ini seperti mana berlaku kepada Nabi Ya'kub ketika baginda berkata:

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah (SWT) aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku," (Surah Yusuf, ayat 86).

Adapun yang menafikan sifat sabar adalah merungut terhadap Allah (SWT), manakala bersabar terhadap ujian Allah (SWT) seperti menghadapi bencana alam seumpama banjir besar, gempa bumi, sakit dan lain sebagainya, mangsa perlu menghadapinya dengan mengharapkan balasan sebaiknya daripada Allah (SWT).

Mangsa juga perlu mengharapkan penyelesaiannya daripada Allah (SWT) dan ketiga menganggap ringan ujian itu dengan cara mengingati segala nikmat yang dikurniakan Allah (SWT) selama ini. Dengan demikian akan terasa bahawa ujian itu bagaikan setitik air daripada luasnya laut.

Tanpa senjata sabar dalam perjalanan hidup ini, kehidupan seseorang tidak akan tenang dan damai kerana jalan hidup tidak selalunya mendatar, ada kalanya mendaki dan kadang-kadang jatuh.



10 November 2008

Bila Rindu Datang Lagi

Bersendirian di sini terasa rindu giler kat Boboy, Junjun, Zaza ngan Tyra. Apa boleh buat dalam masa 2 minggu ni terpaksa berjauhan dengan mereka. Nasib baik dalam laptop ni ada foto2 mereka yang aku simpan. Jom layan kerinduan ini dengan menatap foto-foto kenangan.

Bersama Junjun dan Tyra

Ni Boboy masa atas kereta on d way balik kampung.


Yang ini pulak Junjun. Tengah makan nasi. Junjun kalau dapat petai dan paha ayam, berselera dia makan.
Zaza pulak paling kalau snap gambar dia mesti tersenyum. Ada orang syorkan gantung tangkai labu kat leher sebab air liur asyik meleleh. So, aku cubalah. Bukan nak percaya sangat tapi kira menjadik gak dah kurang skit air liur melehnya. Kalau tidak basah lencun baju dia kat dada.
Tyra tengah merajuk sebab dia nak makan kerepek aku tak bagi sebab takut tercekik. Kesian pulak dia menangis..Nak wat camne.. Tak de gigi la..Hisap jari je lah.. Hehehe.. Ada tak petua tak nak kasi Tyra hisap jari. Risau gak takut sampai dia besar, nanti tak cantik plak giginya.

06 November 2008

Melamin Plak


Hari ni ada juga perkara yang menarik untuk kuceritakan tapi kesuntukn masa tak dapat nak bercerita waktu ini.. Tyra dah terlena di atas stroller dia.. Tapi foto sebelah bukan Tyra.. Itu adalah Boboy yang tidur tapi nampak lemah sebab dia demam masa foto itu diambil.. Perempuan tu.. entahlah sapa agaknya ekk...

Pagi tadi ada orang bertanya kepadaku pasal isu kesihatan yang sedang hangat iaitu MELAMIN .Aku tak berapa arif sangat pasal melamin ni.. Apa yang aku tau ianya berbahaya pada kesihatan dan boleh menyebabkan kematian. Ini aku ada sedikit info yang ingin kukongsi berkenaan melamin yang aku baca dari surat khabar. Sekiranya anda ada komen atau info pasal melamin sila kongsi di bahagian komen ya...

MELAMIN

Penyalahgunaan bahan kimia industri oleh pengeluar makanan

Apa itu melamin ?
• Bahan kimia organic
• Selalu ditemui sebagai serbuk putih yang kaya nitrogen

Kegunaan Utama
Diguna dalam pembuatan

• Plastik
• Pinggan mangkuk Papan Putih
• Bahan Plekat
• Baja

Bagaimana ia disalah guna
• Kandungan nitrogen digunakan untuk menipu kandungan ujian makmal protein
• Melamin dicampur di dalam susu yang telah dicair bagi meningkat keuntungan peniaga tamak.

Kesan Negatif
• Menyebabkan pembentukan batu ginjal dan lain-lain masalah berkaitan sistem perkumuhan.
• Boleh menyebabkan kerosakan ginjal dan maut.

Simpton Keracunan Melamin

• Lekas marah
• Sedikit atau tiada air kencing
• Darah tinggi
• Kencing berdarah
• Jangkitan ginjal

Semasa di tempat kerja "Melamin Alert" di tampal di merata tempat. Aku jadi takut juga apabila makanan yang menjadi kegemaran aku sekeluarga telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan di antara makanan yang mengandungi tahap melamin yang tinggi dan berbahaya pada kesihatan. Sebelum ini makanan tersebut menjadi hidangan sarapan pagi dan juga di waktu santai menonton tv. Banyaklah juga stok yang terpaksa aku buang. Bayangkanlah aku sebelum ini selalu mengunyah gula-gula udang berkacang yang disalut agar-agar nipis, tiba-tiba dapat info tak boleh makan terus aku buang stok 3 peket yang masih tinggal daripada 10 peket yang aku dah habiskan bersama keluarga. Boboy, Junjun dan Zaza amat gemarkan gula-gula tersebut. Setiap kali balik kampung aku membeli sekurang-kurangnya 10 peket gula-gula tersebut yang berharga RM4.20sen sepeket di kampungku. Menggigil juga bila baca aku telah memberi makanan tersebut kepada anak-anak yang masih kecil. Aku akui, gula-gula itu memang enak dan kegemaranku dari kecil lagi. Tapi hari ini...entahlah dah berapa banyak aku dan keluarga menelan melamin......... Tolonglah...

01 November 2008

Jom Kita Kongsi Petua Nak Cantik Pula


Bila memandang wajah kat cermin, syukur Al Hamdulillah atas kurniaan Allah yang telah memperelokkan wajahku dan perelokkanlah juga budi pekertiku.. Bukan nak memuji atau perasan, kulit wajahku Alhamdulillah sehingga saat ini memang sentiasa menjadi pertanyaan orang lain apakah rahsia yang kuamalkan. Wajahku memang tiada parut atau jerawat. Bukannya tak pernah naik jerawat, bahkan setiap kali nak datang bulan mesti tanda-tandanya keluar jerawat batu dulu. Tetapi ianya akan hilang dan kulit wajah bersih dan licin semula. Memang aku akui aku ada pakai sesuatu. Hehehe.. nak buat suspen sikit.. Jangan pulak salah sangka..aku tak inject atau pakai benda-benda yang mengarut seperti sesetengah orang. Aku tak pernah..ehem sebenarnya jarang beli barang kosmetik seperti pencuci, pembersih atau apa sahaja...yang mahal-mahal tu.. Kat bilik air rumah aku hanya ada Sabun mandi 'Baby Johnsons Milk Bath', syampu Head & Shoulder dan ubat gigi colgate. Oh ya..!!! Ada lagi Facial Foam Pond's yang aku beli tahun 2006 lagi. Rasanya tak sampai 10 kali aku guna. Pastu ada Minyak Wangi CK One, Romance, tu aje kot... Sebab aku selalu cuci muka aku pakai air paip sahaja. Kadang-kadang bila mood rajin, aku blender carot pastu sapu kat muka. Biar setengah jam aku gosok-gosok dengan tapak tangan dan bersihkan dengan air paip. Kat bilik air rumah aku juga ada bekas kecil yang ku isi beras pulut goreng blender. Tujuan bila mood rajin buat sental badan guna batu sungai dari air terjun Lata Rek. Aku waktu memasak kalau guna buah tomato sekurangnya satu hiris mesti masuk mulut. Aku juga suka minum air jus buah tomato. Pati buah tomato..hampas aku panggil.. aku guna buat sental kat muka. Biar 15 minit kot..sebenarnya aku tak kira timing yang tepat.. Sebab kalau lama sikit kulit muka aku jadi gatal... Buah tomato, karot , beras pulut ni buat kulit aku jadi gebu... Aku pernah beberapa kali cuba sapu lendir aleo vera kat muka. Tak tahan rasa gatallah. Timun juga aku pernah sapu.. Gatal juga kejap kulit muka.. Satu lagu kalau jumpa poko inai.. tangan aku mulai rembat dan masuk mulut. Rasa pahit sikit tapi sebab dah biasa aku telan je. Masa kat kampung dulu aku selalu lumur kat muka daun inai yang dah kugentel ngan air dan sapu kat muka sebelum mandi. Tak ada pulak jadi merah kulit muka aku tapi rasa licin dan tegang.

Okeylah.. ni aku ada petua kecantikan yang aku ambil dari majalah. Boleh cuba kot...

Petua Kecantikan


Daun Pudina :

Boleh dijadikan sebagai pelembab wajah. Sediakan 10-12 helai dan ditumbuk halus. Campurkan sebutir kuning telur dan kacau, kemudian sapukan pada wajah dan biarkan selama 10-15 minit. Bersihkan wajah dengan air suam. Amalkan dua minggu sekali.

Air Beras :
Utk menegangkan kulit muka, ambil air basuhan beras yg pertama dan mendapkan. kemudian, basuh keseluruh muka dan selawat sebanyak 3 kali. Biarkan kering sebelum dibasuh dengan air bersih. Lakukan setiap hari disebelah pagi dan petang. Hasilnya pasti anda akan lihat dlm masa beberapa minggu sahaja. Aku ada juga buat masa nak masak nasi.

Buah Tomato
:
Buah ini dapat melicinkan kulit muka. Basuh muka dengan air suam dan selepas itu gosok muka dgn buah tomato yg sudah masak ranum. Biarkan ia kering sendiri, selepas itu dibilas dgn air suam. Aku dah amalkan petua ni memang menjadik.

Mencari Petai Sampai Jerantut


Petang tadi aku ajak papa pergi ke Jerantut rumah Ayah Ngah.. Semasa di atas kereta perjalanan dari bandar Jerantut hingga ke Kampung Tanjung Puteri di apit oleh hutan yang menenangkan di kiri kanan jalan. Perjalanan memang membosankan bagi Boboy, Junjun dan Zaza kerana mengambil masa hampir 45 minit untuk sampai ke rumah ayah Ngah. Tetapi aku leka memerhati sekeliling dan sepanjang perjalanan itu aku sempat snap beberapa keping gambar menggunakan N70. Sesampai di perjalanan antara Kg.Baharu dan Kg. Som..aku melihat banyak lori balak di tepi jalan. Aku juga melihat kayu balak yang sudah di potong bertimbun di sebelah kiri. Ada yang sudah di letak ke atas lori balak. Sedih juga melihat kayu yang besar, lurus dan cantik di tebang dari pokok balak yang ku agak berusia ratusan tahun, mungkin dari hutan simpan di situ. Aku lihat satu suasana yang pelik tapi aku tak pasti apakah yang sebenarnya berlaku.. Aku cuba tanya papa tapi cara jawabannya tidak menyenangkan hatiku. Hatiku tertanya adakah balak itu dari kawasan hutan simpanan yang menjadi kawasan tadahan air??? Entahlah.. Kenapalah hatiku begitu sibuk ingin mengetahui.

Sampai di rumah Ayah Ngah kira-kira jam 5.45 petang. Aku terus bertanya kepada Ayah Ngah berkenaan balak dan lori balak. Dari cerita Ayah Ngah barulah aku terasa lega pula. Rupanya kawasan itu hendak di jadikan kuari untuk mengambil batu yang hendak di gunakan untuk membina lebuh raya yang baru.. masih dalam pembinaan... Tapi kuari Sg Jan tak jauh juga dari situ...........................

Semasa di rumah ayah Ngah, kami makan kek yang aku bawa dan kuih raya yang Angah buat bersama teh panas. Memang menyelerakan. Tyra pula makan kek dengan air putih sahaja.

Selepas itu Ayah Ngah mengajak Boboy, Junjun dan Zaza pergi mengambil buah petai dari pokok di depan rumahnya. Kagum juga aku melihat pokok petai Ayah Ngah yang berbuah sampai ke tepi jalan dan boleh di capai dengan tangan buahnya. Tetapi pokoknya sebesar pemeluk dan tinggi melangut..

Junjunlah yang paling suka apabila mendapat petai. Kalau dia dapat petai, makan nasi dengan ulam petai sahaja pun dia boleh habis dua pinggan.. Kadang-kadang dia boleh makan petai mentah begitu sahaja macam makan snek. Sebab itu kami gelar Junjun.. Antu Petai... Kalau nampak petai mesti teringat Junjun.

Dalam keluarga kami semua suka makan petai. Kami biasa makan petai cicah budu yang ditaruk cili padi.

Satu masalah bila makan petai kalau nak bercakap dengan orang lain memang segan bau nafas. Walaupaun dah kumur dan gosok gigi, aroma petai tetap ada. Kalau lepas pergi tandas faham-faham ajelah bau tandas camne... Sebab itu kalau nak pergi kerja aku jarang makan petai. Semasa kat kampung macam-macam petua ma bagi untuk kurang / hilangkan bau mulut makan petai. Antaranya:

1- Kunyah beras selepas makan petai.. Aku pernah cuba, memang menjadi.

2- Makcik aku pulak selalu makan terung mentah selepas makan petai.

3- Ini pulak petua dari akhbar Bacaria 12 Mei 2007 yang aku baca; Ramai yang mengelak makan petai pada hari bekerja, malu mulut berbau petai. Namun ada petua yang boleh diikuti untuk hindari baunya. Rendam petai yang sudah dipotong seeloknya dibuang kulit, ke dalam air cucian beras selama sejam.Toskan dan biarkan seketika. Selepas itu bolehlah dimakan sebagai ulam atau sebagai bahan masakan.

Kami balik kira-kira jam 6.45 petang. Di atas kereta semuanya tidur kecuali aku dan papa...Sebenarnya aku pun sekali sekala tersengguk juga tahan mengantuk. Tyra bila terjaga sahaja mesti dia nak melasak. Telefon aku pun dia ambik, buat main ketuk-ketuk kat pintu kereta. Walaupun dah bagi mainan lain tapi dia masih juga nak main telefon aku. Ni foto Tyra yang aku sempat snap sebelum dia sambung tidur semula.

30 Oktober 2008

Lata Rek Ku Di Gamit Kerinduan

Semalam semasa dalam kereta dari Triang ke Temerloh, Junjun tiba-tiba bersuara.... "..Lambatnya nak sampai ke rumah ma.. Mana rumah ma ni... Mama jauh ke lagi rumah ma?..

Ma adalah panggilan kepada neneknya yang kini berada di kampung. Aku ketawa bila mendengarnya.. Yalah dia ingat setiap kali naik kereta dan keluar jauh sikit dari rumah apatah lagi suasana sepanjang jalan dari Temerloh ke Triang di penuhi oleh pokok yang menghijau suasana kampung di sepanjang jalan. Mungkin dia teringat perjalanan balik melalui Kuala Lipis - Gua Musang yang seakan sama suasananya.

"Junjun.. Kita bukan nak balik kampung, tapi nak keluar jalan-jalan sahaja..Kampung jauh lagilah..Tak boleh sampai hari ni"... Jawab Boboy yang duduk di sebelah Junjun.

"Tunggu Boboy cuti sekolah, nanti kita balik kampung..." pujuk Papa pula.

Mendengar bicara Boboy, Junjun dan Zaza membuat hatiku rasa tenang dan syahdu.. walaupun masih kecil tapi pandai mewarnai suasana..

Teringat Lata Rek, teringat ma, abah, pakcik dan makcik, moyang dan semua saudara mara..

Sebenarnya raya puasa yang lepas, aku sempat menghabiskan cuti raya selama 8 hari di kampung. Berbaloi juga kerana raya kali ini aku banyak keluar menziarahi saudara mara berbanding sebelum ini, keluarga kami lebih suka menunggu tetamu bertandang beraya di rumah. Selain itu dapat juga berkumpul satu keluarga yang besar walaupun salah seorang ahli keluarga tidak dapat beraya kerana komitmen dengan tugas di KK Padang Rumbia, Pekan.. Tapi kemeriahan itu tetap terasa. Lebih-lebih lagi bila keluar ke Tanah Merah, terperangkap dalam Trafik Jam selama 9 jam lebih.. Perjalanan biasa selama 2 jam menjadi 6 jam... satu saat yang menyedihkan bila terpaksa berpanas di dalam kereta...

Kenapalah aku ni cerita meleret pula...

ehem apa-apa.. ajelahhh...

Ni foto yang aku snap ngan kamera N70.. Okeylah kot.. Suasana bandar Temerloh waktu malam. Menarik juga lampu-lampu yang tergantung kat pokok tapi... berapa banyak agaknya MPT bayar bil elektrik untuk lampu sahaja.... Kalau sepuluh tahun dulu semasa aku mula menjejak kaki ke bandar ini...tiada apa yang menarik pada waktu malam. Malahan boleh dikatakan inilah salah satu bandar yang mati pada waktu malamnya. Tapi kini.. setelah sepuluh tahun aku di sini, bersamanya peredaran masa.. aku melihat banyak perubahan pada suasana tempat ini. Dari sebuah tempat yang kurasakan cukup boring untuk ku jengah waktu malamnya kini segalanya berubah. Kurasakan pada setiap malam di bandar ini seumpama tempat pesta. Di penuhi oleh ramai orang. Tempat-tempat makan dan shopping kompleks sentiasa dipenuhi oleh ramai orang. Walaupun kat sini tak ada Panggung wayang tapi banyak juga wayang free ngan screen besar kat gerai-gerai makan boleh menonton dengan pesanan sepinggan nasi goreng kampung serta segelas jus oren..

Temerloh bandar ikan Patin... Tapi aku tak tau kat mana tempat yang best masakan ikan patinnya... Sebab aku tak berapa gemar ikan ini. Kat rumah aku tak pernah masak ikan patin sebab yang besarnya aku tak reti nak masak ikan patin. Hari-hari juadah wajib kat rumah aku ialah ikan Talapia. Kat sini harga ikan Talapia yang Papa Tyra beli ialah RM12.00 sekilo. Setengah tempat harganya RM14.00 sekilogram. Harga yang betulnya memang RM14.00 sekilogram. Kat Temerloh boleh dapat ikan sangkar yang masih berenang..

Itu sajalah catatan untuk hari ini.. Wassalamualaikum..

28 Oktober 2008

Tak Ada Yang Menarik Pun...






Hari ni nak cerita pasal apa ya? Sebenarnya tak ada yang menarik sangat. Hehehe..napelah aku suka sangat guna perkataan tak ada yang menarik sangat ye? Entahlah.. Memang ye pun tak ada yang menarik pun...

Aku menjengah tempat lama.. Sayang sungguh rasanya melihat tempat ini yang dulu dikunjungi ramai orang.. Kini sudah tak berpenghuni lagi.. Dulu kawasan ini dipenuhi orang ramai tidak kira siang atau malam... Akhirnya kini semua tinggal ... KENANGAN..

23 Oktober 2008

Cuba Post Foto Tapi Tak Bleh Upload Plak


Aku memang ler buta dalam bab nak mereka-reka blog ni. Idea dah ada tapi tak menjadi plak bila nak upload foto. Tension gak. Try tanya Pakcik malau... klu dah dapat tapi aku punya slow sangat. 28.8kb.... Imagine pe yang bleh nak upload. Orang lain naik jetski, aku kayuh ngan rakit buluh je...
Pe nak buat... Makacihlah gak kat N70 aku yang dah 3 tahun berkhidmat kat aku ni... Berangan nak pakai N96... jeling duit bonus... hehehe tahun depan abang aku boboy dah nak masuk sekolah.... Sabarlah sayangku puteri...
Petang tadi aku ikut papa, mama, abang boboy, abang junjun dan zaza jalan-jalan sampai ke bandar Bera. Atas kereta je tak keluar ke mana-mana pun. Tenang skit mata aku melihat pandangan yang hijau selepas bandar Temerloh hingga ke Bera. Melihat gerai-gerai menjual ikan patin dan talapia yang banyak didirikan di tepi sungai Pahang. Adalah juga dua tiga buah kenderaan yang singgah membeli kat situ. Aku teringat minggu lepas aku ikut papa beli ikan talapia...
Apa yang aku terkilan sangat ialah harga yang papa biasa beli kat pasar Mentakab ialah RM12 sekilo.. Tapi orang lain jual RM14.00 sekilo... Masalah yang mengkusutkan fikiran aku ialah semasa beli kat tepi sungai Kampung Buntut Pulau... Harganya ialah RM14 sekilo. Tak kisahlah pasal harga yang penjual tu tulis... tetapi semasa nak bayar dia beritahu 3 ekor ikan talapia beratnya 1700 gram... Harganya RM25... Papa terus bayar bila dah dekat nak sampai bandar temerloh dok mencongak dalam kereta.. Rupa-rupanya penjual tu dah tipu dan kenakan harga lebih mahal RM1.20 untuk 1700 gram... Harga yang dia jual untuk papa aku ialah RM14.40sen sekilo...Rasa nak marah juga dalam hati tapi... sendiri cuai... Jahatnya aku plak dok berdoa kalau macam ni dia dok meniaga, tak lama lagi tak lakulah ikan-ikan dia...
Astaghafirullah... Kenapa aku dok doa gitu plak.. Tak baik doa begitu... sepatutnya bagilah keinsafan kat peniaga tu agar dia lebih jujur dan ikhlas dalam meniaga..


Dalam Kenangan

Masa terus berlalu dan mungkin dapat aku ulangi kenangan itu tapi aku hanya dapat kutip ia dan kusimpan dalam diari hatiku.. Keindahan, pahit, manis, sedih, pilu geram, benci dan macam-macam hal lagi dapat aku kutip sepanjang liku-liku hari yang kulalui.. Mujurlah aku ada Nokia N70 yang setia berkhidmat semenjak 2005 lagi.. Dapatlah aku snap foto kenangan dan ku simpan sebaiknya. Bercerita pasal telefon N70 ini adalah hadiah pemberian papa tyra sempena hari lahirku. Sudah serasi aku rasa telefon ini denganku. Tapi ikhlas dari hati jika punya rezeki lain, aku teringin menukar telefon model terkini yang canggih juga... Mulanya aku merancang nak sambar fon baru tapi intai pulus zero..hehehehehe... berangan jelah.. Bonus yang dapat ari tu perabih masa raya.. Pastu yang akan datang untuk boboy masuk sekolah pula... Telan air liur jelah nengok kawan guna fon baru.. Jeles gak aku kat Epic guna fon Nokia E61i..... Cerita pasal fon N70 aku ni tahan lasak.. Dah beratus kali jatuh tapi masih dapat diguna.. Walaupun foto yang aku snap hanya sekadar pada 2 megapixel tapi aku berpuas hati ngan foto yang aku ambik. Clearlah gak...
Sebenarnya semasa birthday aku tahun lepas papa tyra hadiahkan camera Panasonic Lumix... Aku memang sayang gila kat camera tu tapi pe buleh buat dah sampai masa dikerjakan oleh Junjun... Dia creative tul dan memang suka serta selalu curi guna kamera atau fon N70 aku ambik gambar... Apa-apa jelah yang dia rasa nak snap bagi budak umur 4 tahun pada 31 October ni... Lastly aku nampak kamera aku kat pintu bilik air umah kat kampung masa bercuti.. Kamera zomm dah rosak.. pastu dah tak bley nak on lagi.. Rasa nak menangis tapi yang pelik aku tak pukul atau marah dia sebab aku tau itu juga kesalahanku sendiri kerana cuai menjaga kamera pemperian papa tyra. Bila aku mintak pakcik Malau antar kedai repair kat Pertama Complex... Kos repair RM700... Mak ooi.. baik aku tambah duit sikit lagi dapat kamera yang baru lagi canggih.. Pastu upah buka dan check kerosakan RM45 dapat kamera yang rosak kalau tak nak repair. .. Aku gitau Pakcik Malau tak usah ambiklah.. biar je kat kedai tu... Ada rezeki beli lain....Kih..kih..kih.. Berangan je yang aku reti..

Sekali sekala teringat kat Kamera Lumix tu sedih gak sebab aku beli 2 bateri extra yang berharga RM200 cash setiap satu, Pastu screen shield konon nak ngelak calar.. harga RM48.00...Tak puas hati ngan Memori kad 512MB.. Aku beli SD Memory Card 1GB... Waaaa.... Junjun...Jaga kamu junjun besar nanti Tyra mintak ganti...

Kenapa aku cakap junjun yang rosakkan kamera Lumix...? Ada cap jari dia kat situ ke? Bukan cap jari yang aku jumpa tapi melalui memory card aku dapat trace foto terakhir yang terdapat dalam memori kad kamera itu.... Rupanya kamera lumix dah masuk ke dalam mangkuk tandas.. siap kena pam lagi.. Tetapi gambar terakhirnya kaki dan muka junjun masih terang. Namun sampai sekarang aku masih tertanya macam mana kamera itu boleh pecah zomm dan seterusnya tak boleh digunakan?
Kalau setakat jatuh aku pernah terjatuh dari tempat yang tinggi juga tapi tiada kerosakan berlaku kecuali calar sedikit pada body kit. Sebelum tu pun, Pakcik Malau pernah terjatuh semasa shooting drama Keroncong Untuk Ana kat KL dulu...

Alahai nasib... agaknya dah memang bukan jodoh yang panjang antara aku dan kamera itu. Akhirnya SeLaMaT tiNgGaL Camera Panasonix Lumix... Ada rezeki aku beli yang laaaagi canggih dari tu.. Nak mintak ngan papa Tyra yang baru.. SEGAN.... Itulah tak pandai hargai pemberian orang...

22 Oktober 2008

Percubaan Pertama Yang Mendebarkan

Assalamualaikum...
Penuh debaran hanya itu yang terbayang di fikiranku. Maklumlah ini pertama kali aku mencuba dan mengharapkan kejayaan. Maklumlah pertama kali berjaya membuat blog.. Untuk apa ya? Entah, aku sendiri tak pasti..Sebenarnya aku nak kongsi sesuatu yang menarik tentang aku dan sekelilingku... Tapi apa yang sebenarnya semua ada...Hehehe..penuh debaran...

Namaku Tyra.. Puteri kesayangan papa dan mama... Nama penuh aku Atyra Iskina Najihah. Papa yang menamakan aku dengan nama yang cantik ini..
Aku akan menyambut hari lahir pertamaku pada 13 Oktober 2008 nanti...
Ni ada foto aku yang cantik.. Macam mana? Cantik tak empunya nama Atyra Iskina Najihah ni?
Anda nilailah sendiri...