30 September 2009

Cerita Boring

Selepas mengambil boboy balik sekolah petang semalam, aku bergegas balik ke KB. Perjalanan agak lancar walaupun hujan lebat dari Lepan Jenut , Manek Urai sehingga ke Peria. Sebagai pemandu berhemah, aku cuba sedaya upaya mematuhi arahan jalan raya. Aku bengang betul
apabila melalui jalan had laju 60km sejam, sebuah kereta Toyata Vios telah menghon padaku pemandu berhemah ini. Tapi aku buat tak tahu aje. Bila dia hon kali ke-2, aku baru memberi dia jalan," Woi..kalau nak makan angin, ketepilah sikit.." berdesit dia memotong keretaku... di garisan berkembar... Mak ooi..pemandu perempuan rupanya. Tetapi penumpang sebelahnya adalah seorang lelaki. Aku buat tak tahu aje sebab, aku tahu kat depan tu ada sesuatu yang sedang menunggunya. Ambik engkau, tak sampai 1 minit dia potong keretaku, bendera merah telah dilambai menyambutnya. Hehehe apa lagi.. apabila kereta vios tu berhenti ke tepi jalan aku memotongnya semula dan sempat menjeling melalui cermin sisi.. "Ambik engkau, berlagak sangat.. Aku tahulah.., jalan ni hari-hari aku lalu, .. undang-undang jalan raya kena patuh.."..
Lima minit kemudian , aku bersantai atas jalan raya, kereta tadi sudah ada di belakangku. Kali ini dia hanya mengikut aku dari belakang. Aku bukanlah makan angin tapi mengikut undang-undang jalan raya. Kalau had laju 90km sejam, keadaan mengizinkan, aku pecut juga kadang-kadang sampai 100++ juga..tapi jarang sangat. Aku biasa akan maintainkan ikut had laju. Kereta toyota vios itu ikut dari belakang hingga aku pusing masuk ikut Ketereh.
Aku sampai KB 2 jam kemudian. Selepas singgah beli nasi bungkus kat gerai di Jalan Berek 12, aku terus balik ke rumah.


27 September 2009

Selamat Hari Raya Idil Fitri Tyra

Ini merupakan kali ke-2 Tyra menyambut hari raya idul fitri. Tahun lepas Tyra beraya dengan baju gaun sahaja. Tetapi tahun ini Tyra telah berpeluang memakai baju kurung dan tudung. Comel sungguh Tyra memakai baju rayanya. Tapi, sayang sungguh kerana foto Tyra berbaju kurung dan bertudung ada pada Ayah Wie di Sintok, Kedah. Kalau Ayah Wie singgah kat sini, boleh tak kirimkan foto raya lepas ke email put3bulan gmail
Tyra dan abang2nya gembira sangat beraya kali ini bersama papa, mama, atuk dan nenek kat Lata Rek. Tyra dapat duit raya pun tak reti nak guna. Bila ada yang bagi duit raya Tyra buat tak layan aje. Bila diberi pada tangannya dia akan masuk ke dalam mulutnya. Digigit sampai lecun sekiranya mama tak perasan. Tyra suka sangat makan kuih raya terutama crispy chocolate chips, tapi esoknya, Tyra diarea sebab makan kuih raya banyak sangat. Perut Tyra tak tahan pada minyak atau marjerin agaknya.

12 September 2009

Pesanan Untuk Wanita

Penyusuan Susu Ibu

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)
1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi

* ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
* mudah hadam
* sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
* bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat

2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi

* kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
* mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)

* mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
* membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
* mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
* mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
* penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan

* sebaik sahaja bayi dilahirkan anada patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda
* ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
* rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
* bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

* susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dariahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
* susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
* bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
* susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
* makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umue 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
* teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun

Prelacteal Feeds
Lazimnya bayi lahir dengan simpanan air yang mencukupi sehingga susu dihasilkan. Makanan seperti susu formula, air glukos dan air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Kolostrum sahaja memadai untuk bayi anda pada ketika ini

Pemberian makanan sebelum terhasilnya susu yan banyak (prelacteal) akan menyebabkan

Bayi

* tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya
* tidak akan mendapat kolostrum
* akan keliru puting sekiranya diberi melalui botol

Ibu

* susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
* boleh menyebabkan bengkak payudara
* sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu

Apa yang perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi untuk bayi

* susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
* susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
* susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
* susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
* perbaiki pengambilan makanan anda. pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
* yakini diri anda. anda boleh menyusui bayi anda

Kepentingan ibu dan anak bersama setiap masa

* anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
* merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
* membolehkan bayi anda mendapat cukup susu
* mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda

Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi

* susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
* sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
* penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
* biarkan bayi anda menyusu pada bila-bila masa dan seberapa lama yang disukainya

Penyusuan Badan

Adakah penyusuan badan akan membantu rahim saya mengecut ke saiz sebelum mengandung?

Ya. Jika anda menyusu badan, kelenjar pituitari mengeluarkan hormon oxytocin, yang bertindak untuk menegangkan otot yang lembut seperti pundi susu di payudara anda. Ini menyebabkan susu anda bergerak ke hadapan payudara, memyediakan susu kepada bayi anda. Dengan setiap penyusuan, oxytocin akan menyebabkan sel-sel otot ini di dalam rahim menegang, mengakibatkan rahim mengecut kembali ke saiz asal. Oxytocin mempunyai 1 lagi kesan yang penting, perasaan sayang dalam diri ibu-ibu terhadap bayi-bayi mereka. Kadang-kadang hormon ini juga dikenali sebagai 'hormon sayang'.

Adakah penyusuan ini membantu berat badan saya turun?

Ketika anda mengandung, badan anda secara semulajadi menambah tisu-tisu lemak supaya anda mempunyai lemak yang mencukupi untuk mula dan menyokong penyusuan. Selepas mempunyai bayi, jika anda makan pelbagai makanan dan seimbang, penyususan akan menolong menurunan berat badan tanpa mempengaruhi kesihatan anda atau bayi dengan berdiet. Dan anda secara natural membakar lemak untuk menghasilkan susu setiap kali anda menyusu badan.

Wanita yang mengamalkan diet, bersenam dengan kerap, atau kurang makan mungkin dapat menurunkan berat badan dengan segera, tetapi mereka juga akan melepaskan tahap toksin yang tinggi ke susu badan mereka. Namun, susu ini tetap merupakan susu yang paling sihat untuk bayi, jadi jangan jadikan kenyataan ini untuk berhenti menyusu. Buatlah penurunan secara teratur, makan ketika lapar dan pastikan minum air yang secukupnya. Ini adalah cara yang terbaik dan selamat untuk kurangkan berat badan.


Adakah penyusuan menyebabkan nafsu seks saya terganggu

Mungkin, tetapi ia tidak akan berlarutan. Terdapat beberapa faktor yang mungkin mempengaruhi nafsu pada ibu-ibu baru ini. Paling ketara adalah kepenatan ketika berpantang, kepenatan yang mungkin berlebihan jika anda sahaja yang dapat memenuhi kehendak bayi baru anda seperti menyusu pada setiap beberapa jam (selain menidurkan, menukar lampin dan mendukung bayi anda) mungkin menyebabkan anda keletihan pada akhirnya dan kurang berminat kepada pasangan anda.

Akhirnya, penyusuan akan menahan ovulasi selepas beberapa bulan bersalin – iaitu cara semulajadi mengelak dari mengandung semula. Ini juga bermakna, jumlah estrogen yang beredar dalam badan anda berada jauh bawah dari paras normal, menyebabkan vaginal kekeringan dan kekurangan keinginan.

Tetapi setiap wanita adalah berbeza, kebanyakan wanita yang menyusu mengatakan penyusuan tidak memberi kesan ini kepada mereka, malah terdapat yang merasa lebih seksual. Mereka mendapati penyusuan adalah sesuatu yang menarik , yang menyebabkan mereka berperasaan berahi terhadap pasangan mereka. Penyusuan juga memberi wanita perasaan lebih menghargai badan mereka, altitud yang menyebabkan keinginan untuk bersama timbul.

Jika anda adalah mereka yang tidak bernasib baik, ingatkan diri anda dan pasangan anda, adalah normal seks ibu yang menyusu ini adalah kurang. Pastikan berkomunikasi secara terbuka dan cari cara lain (seperti mandi bersama, saling urut –mengurut) Paling penting, letakan semua ini dalam satu perspektif – Kebanyakan ibu bapa baru ini mengatakan ini hanyalah sementara untuk mendapat kebaikan yang lebih daripada penyusuan itu.

Saya masih menyusu anak saya yang berumur 7 bulan dan saya baru sahaja mengalami period yang pertama selepas bersalin. Adakah kitaran period saya akan tetap walaupun saya masih menyusukan bayi?

Kebanyakan ibu akan mendapati kitaran period mereka akan kembali apabila mereka mula memperkenalkan makanan pejal kepada bayi mereka atau apabila bayi mula tidur lebih lama iaitu 4 ke 6 jam.

Bila kitaran akan mula tetap tidak dapat dipastikan, setiap wanita mempunyai pengaruh hormonal yang berbeza terhadap penyusuan badan. Namun 1 perkara yang pasti ialah anda perlu beringat anda telah mula subur. Bermulanya period anda adalah petanda ovulasi telah bermula. Jika anda tidak bercadang menambah ahli keluarga anda, jumpalah doktor anda mengenai pilihan untuk mengawal kelahiran. Hanya pil progestin yang boleh digunakan ketika menyusu bayi, tetapi terdapat kajian mengatakan ianya akan mengubah komposisi susu badan. Maka ramai pakar mencadangkan ibu-ibu yang menyusu bayi menggunakan kaedah lain seperti penggunaan diaphragm atau kondom


07 September 2009

Selepas 2 bulan menyepi

Assalamualikum..
Bersua kembali.
Setelah hampir dua bulan menyepi diri, tidak berpeluang untuk melayari internet dan bergelumang dengan kertas kerja dan buku-buku serta helaian fotostat nota.. yang sebenarnya.. maklumlah ada 4 bulan lagi untuk aku menamatkan title aku sebagai pelajar...
Pelajaran dan anak-anak begitu menghimpit aku sebenarnya. Pegang buku aje, teringat kat Tyra, Boboy, Junjun dan Zaza.

Tyra dah berumur 20 bulan. Dah pandai bergaduh dengan abang-abangnya. Tyra juga selalu merajuk seolah-olah dia tahu dia sahaja perempuan di dalam adik beradiknya. Manja sangat. Nasib baik abang-abangnya jarang membuli dia. Setiap kali ada cuti walaupun sehari aku akan memecut balik kampung semata-mata nak menjenguk anak-anak. Penat??? Hehehe..tipulah kalau cakap tak penat. Penat hilang bila melihat Tyra berjoget menyambutku di tangga rumah. Zaza dan Junjun akan berlari ke kereta dan berebut membuka pintu kereta. Boboy pulak tukang angkat beg pakaianku. Itulah sebabnya aku seronok sangat balik kampung. Berdepan dengan anak-anak, aku lupa buku pelajaranku. Walaupun hampir senget bahu pikul beg buku dan fail-fail nota serta laptop, berjumpa anak-anak aku jadi lupa pada buku pelajaranku. Lupa tanggungjawabku sebagai pelajar. Aku jadi tak reti nak bahagi masa untuk belajar. Leka melayan kerenah anak-anak mengajarku erti kasih sayang sebagai ibu. Boboy semenjak bersekolah dia menjadi semakin pendiam. Kurang bercakap tapi sekali dia membuka mulutnya ayatnya petah dan bernas.
Pada selasa lepas 1hb September genap usia Boboy 7 tahun. Aku tidak memberi hadiah istimewa pun. Aku sempat hantar dia ke sekolah pagi itu dan wish hepi besday. Dia happy sangat tapi tanya bila aku nak balik.
Aku tanya dia apa hadiah yang dia nak.. Jawapanya ialah...
Boboy nak, mama sayang ko boboy.. Terkedu jugak aku.. Apakah aku telah terabai atau leka melayan Tyra sahaja selama ini? Aku cuba terangkan bahawa aku tetap sayangkan dia tapi aku tak dapat balik selalu kerana sekarang sibuk kerja. Itulah alasan basi yang aku telah biasa beritahu Boboy semenjak dia tadika 5 tahun lagi. Aku tertanya juga apakah aku tidak pandai menunjukkan kasih sayang kepada anak-anakku?
Bnayak aku nak bercerita tapi sekarang dah pukul 12.15am.. Esok aku kena keluar seawal 6.30am.. Rasanya berhenti berceloteh di sini dulu.. Insya Allah malam esok aku sambung.
Sambil tu, layan video Tyra dengan Junjun yang aku snap dengan N70 aku. Tak clear sangat tapi itulah Tyra, puteriku yang semakin membesar..


video