10 Oktober 2012

Puteriku Tyra Iskina


Assalamualaikum..
Oh! Puteri kecilku sudah semakin menjadi anak dara yang jelita di depan mata. Hari-hari aku sebagai seorang ibu yang melihat tumbesaran dan perkembangan puteri cilikku amat merujakan.
Eh! Betul ke ayat aku ni. Setiap kali membawa Tyra keluar pasti ada yang akan menegurnya dan mencubit pipi gebunya. Aku sebagai ibu yang melahirkannya rasa amat berbangga dan bersyukur dengan anugerah Allah kepadaku, suami dan keluargaku. Aku rasakan hidupku kini cukup sempurna mempunyai tiga orang putera dan seorang puteri.
Namun kadang-kadang mendung itu berarak jua mengusik ketenanganku.
Sekarang ini ramai juga mulut-mulut comel yang menegurku.. Melihat Puteri Tyra Iskina yang sudah semakin tinggi dan petah.
"Puteri dah besar tu bila nak menambah yang baru..?"
"Lama dah tak beranak tu karang jadi ibu beranak sulong plak.."
"Atau dah tak subur benih ke?"
Isk.isk...isk..macam-macam mulut mugil berbicarakan. Ikut sedap mulut je. Macamlah aku ni mandul Tak sedar ke lagi aku ni dah berjaya melahirkan empat orang anak. Adakah alasan kerana Puteriku Tyra Iskina sudah menginjak usia 5 tahun maka aku perlu menambah anak lagi?
"Engkau ambik ubat apa Ron? Kau pakai alat ke?"
"Macam mana bleh jadi jarang plak sekarang ni?"
Kadang-kadang dan sememangnya berdesing juga teliga aku bila mendengar bait-bait bicara puitis itu. Hangin satu badan sampaikan bergegar tahi teliga aku.. Aku juga rasa malas dah nak jawab lebih-lebih lagi bila melibatkan nama baik suami aku. Dia orang ni memang bercakap ikut sedap mulut aje. Mandul tu bleh ke terjadi walhal baru 5 tahun .. erk sebenarnya baru 4 tahun 10 bulan aku tidak hamil. Itulah usia Tyra Iskina kini. 13 Disember nanti baru genap usia dia 5 tahun.
  Bila bercerita dengan Papa Tyra dia hanya tersenyum sahaja. Ada sekali tu dia ketawa mengekek bila dengar cerita aku. Alahai mungkin cara aku bercerita hinggakan dia rasa cerita itu lucu walhal hati aku dah rasa bengkek semacam je.
Itu cerita orang, mungkin mereka rasa cemburu dengan apa yang aku miliki. Yalah kalau nak dibandingkan dengan mereka yang hanya mempunyai anak di antara satu hingga empat orang dan ada yang lima orang. Itu bicara bondaku.
Setiap hari bila aku balik dari kerja Tyra setia menunggu di meja depan tv. Apalagi mengodam ipad . Papa menyimpan hampir dekat 100 ipad games lam tu. Semua mainan hujung jari Tyra. Aku akui puteriku ini amat pintar bermain computer games. Aku disebabkan jarang-jarang bermain maka sesekali aku bermain permainan tu grenti aku tak dapat teruskan. Nak kata buta IT takde sangat tapi Tyra memang teror disebabkan setiap hari mengadapnya. Kalau tak reti nak main tanyalah Tyra.
"Bukan macam tu mama.. main macam ni lah.."

Terpegun aku melihat jemari kecil Tyra lincah di atas ipad tu. Cuba tengok foto ini semasa Tyra main games laptop aku. Jemarinya amat menarik perhatian aku dan aku suka melihat jarinya dalam foto ini.
Semasa sambutan hari lahirnya yang ke-4 tahun, permintaan Tyra ialah..
"Mama.. Tyra nak kek besday Angry Bird.."
"Papa belikan iPad untuk Tyra ya.."
Hahaha.. permintaan anak kecil yang berusia 4 tahun di zaman IT..

Tyra juga sudah pandai bergaya. Dia sekarang dah pandai meminta aku beli tudung untuknya. Mungkin kerana dia selalu tengok aku yang bertudung dan mempunyai banyak koleksi tudung.
Baju-baju gaun juga banyak yang dia enggan pakai.
"Tya tak maulah mama. .."
"Tya malulah pakai baju ni mama.."
Itulah di antara ucapan puteriku yang sudah pandai memilih yang baik. Syukurlah kerana tidak sukar untukku memilih pakaiannya. Tapi kadang-kadang, naluri aku sebagai ibu yang mempunyai anak perempuan yang masih kecil, berkenan dengan sepasang gaun yang agak seksi. Mendedahkan bahu dan bertali halus. Semasa di kedai Tyra suka sangat dapat baju tu maklumlah baju baru. Bonda juga ada menegurku kenapalah dibelikan baju macam tu untuk anak. Itu seperti mengajar anak berpakaian tak senonoh. Itu kata bondaku. Tapi jawablu pula.. Apalah salahnya pakai macam tu. Budak kecil takpe...
Sebaliknya bila dah sampai rumah bila kucuba pakaikan baju tu Tyra cepat-cepat berlari mengambil tuala dan menutup bahunya..
"Tyra malulah mama .."
Terkedu juga aku dengan ucapan anakku itu. Anak kecil pun dah pandai menilai yang mana elok atau tidak... Anak-anak zaman IT.. Alhamdulillah.
 Semasa Hari Raya Puasa yang lepas aku membelinya dua pasang baju kurung dan dua-duanya kaler merah kegemaran Tyra. Suka sangat dia berbaju kurung di hari raya tu. Neneknya iaitu bondaku pula telah menjahitkan sepasang baju kurung dari jenis kain English Cotton. Memang cantik dan manis puteriku berbaju kurung.
Tetapi untuk Raya Idil Adha ni pula Tyra semakin demand apabila permintaannya...
"Tyra nak baju kaler pink lah mama.."
Dan aku dah terbayangkan baju dan kasut mana hendak dibeli untuk puteriku. Pink lagi keluargaku di hari raya nanti. Dah ler masa raya puasa semua orang termasuk abang-abangnya semua berbaju merah sama dengan kaler Tyra. Kali ini pink ... Hahahaha.. PINK...

Mee goreng dan ais laici segar itulah permintaan Tyra sekiranya makan di luar.
"Tya nak air laici.."
Sampaikan tuan kedai makan tu dah tau minuman kegemaran Tyra. Pukul 11.30 malam bila dia tak boleh tidur, dia selalu juga mengajak papanya ke bandar yang jarak lebih kurang 23km dari rumahku semata-mata untuk makan roti canai dan segelas Air Laici..
Itulah Tyra Iskina Puteriku.

23 Julai 2012

Hari Pertama Puasa 21hb Julai 2012


Hari ini bermulanya Puasa Ramadhan pada tahun 2012. Aku bangun bersahur pukul 5.10 pagi di temani oleh Boboy. Sekadar berlaukkan ikan goreng, ulam daun salad, pucuk pegaga dan timun di cicah budu beserta sambal tempoyak petai aku masih sempat menghabiskan sepinggan nasi. Boboy juga walaupun kelihatan mengantuk tapi masih boleh melicinkan nasi di pinggannya.
Papa sudah bersahur lebih awal pada pukul 3.30 pagi lagi. Dia bersahur sendirian kerana ketika dia mengejutkan aku untuk bersahur bersamanya, aku menolak kerana waktu masih terlalu awal.

Pagi ini juga sekitar pukul 8.30 pagi aku bersama papa dan Tyra pergi ke Pasar Pagi di Guchil mencari ulam. Papa terlalu obses dengan daun salad, ulam raja dan pegaga. Aku pula menambah seikat pucuk gajus yang berharga 50 sen sahaja. Selain itu papa juga membeli nenas.. Pemurah betul pakcik penjual tu bila dia tambah 1 biji lagi menjadikan 4 biji dengan harga RM5.00. Papa mencadangkan untuk membuat Pajeri Nenas. Aku menurut sahaja kata-kata papa apabila dia riuh mencari di setiap kedai runcit di dalam kawasan Pasar itu serbuk perencah Pajeri Nenas. Katanya di Mentakab ada menjual Serbuk Perencah Pajeri Nenas. Kesemua penjual di situ menggeleng kepala memberitahu tiada serbuk peket khusus untuk memasak Pajeri Nenas. Akhirnya aku membeli sepeket serbuk kari Adabi dan bahan-bahan lain sudah ada di dapur di rumahku.
Tyra pula mula bising .. Lapar..lapar..lapar.. Sebenarnya pagi ini aku belum memberi apa-apa sarapan kepada Tyra. Maklumlah orang lain semua berpuasa aku lupa si kecil Tyra juga terpaksa berpuasa. Alahai kesian Tyra yang baru berusia 4 tahun juga di ajar puasa.
Musim bulan puasa seawal pagi tiada orang meniaga air seperti kebiasaannya. Puas juga berpusing akhirnya terjumpalah satu gerai meniaga susu segar dan yougurt. Aku membeli untuk Tyra sebotol air perisa strawberi. Papa pesan.. "Minum dalam kereta."  Walaupun dahaga Tyra masih boleh bersabar dan menahan laparnya mengikut perintah papa. Selain itu juga papa membelikan Tyra kuih karipap 3 biji RM1 sebesar penumbuk aku setiap satu. Besar ter.. Ketupat pulut daun palas kegemaran Tyra aku beli hanya RM2 sahaja. Masa atas kereta baru aku perasan ketupat itu dah dekat nak basi sebab melekit dan bertali berlendir. Tyra dah pulun lima biji ketupat masa di atas kereta.
Dari Kuala Krai papa terus memandu ke rumah bonda di Lata Rek

07 Jun 2012

Cerita Orkid

Orkid Pertama Dalam Koleksiku
Aku baru belajar dan mencuba berjinak-jinak dengan orkid. Sebelum ini aku sekadar tengok sahaja orkid kat internet dan tidak pernah bercadang untuk membeli atau menanamnya. Bagi ku orkid adalahh hobi yang mahal sebab aku pernah menjenguk harga orkid kat nurseri harga sepasu adalah RM95.00. Mahal tu.. tak berani aku nak berhobi dengan pokok bunga ini. Aku juga tidak pasti bagaimana aku boleh mula berminat dengan orkid ini dan bila...
Apa yang aku ingat, aku telah mengunjungi sebuah nurseri di Padang 9, dan cuba2 mengusulkan harga orkid dan tuan dia cakap jualan penghabisan stok.. RM4 sepasu orkid. Aku pun bincang dengan bonda dan memborong sebanyak 6 pasu sahaja orkid. Aku cuba-cuba selidik dari tuan punya nurseri itu cara-cara nak tanam orkid. Sebab baru bermula aku samar-samar dan balik rumah aku berpakat dengan bonda mengerjakan orkid itu. Masa tu aku main hentam sahaja guna arang dan bata merah sebagai media. Aku kasi timbus batang dan akarnya sekali...
Lepas tu berbulan2 menunggu orkidku berbunga.. Sambil2 tu cari info kat internet. Bila dah dapat ilmu sikit2 aku selongkar semula pasu orkid tu dan cuba ikut yang diajari. Hasilnya.. tadaaa..

17 April 2012

Bawa Tyra dan Junjun ke Taman Tasik Krai pada 13hb April 2012

Peace Mama
Peace Mama..!!!
Pada 13hb April 2012 selepas menghantar Chik Feeza ke Driving School di Sg Durian, mama pergi rumah makdek bersama Tyra dan Junjun. Boring sementara menunggu Chik Ja abih belajar tu , sempat lagi ajak makdek ngn kawan dia Cik Bayani pergi ke Tasik Krai.Leka juga melihat Tyra dan Junjun seronok bermain. Kalau boleh semua permainan yang ada kat situ dia nak main. Kebetulan pada waktu itu tiada sesiapa / pengunjung lain kecuali keluarga kami sahaja.
Tyra mula-mula berlari ke arah tempat main gelungsur (???) .. panjat-panjat lepas tu terjun dan entah apa lagi reaksi yang di buatnya. Boring main kat situ dia berlari pula ke tempat jongkang jongkit. Junjun juga leka bermain dengan Tyra hinggakan hujan renyai-renyai turun pun dia orang masih bermain.
Tyra semakin pandai bergaya
Apa yang paling lawak ialah semasa Tyra bermain buaian baru mama perasan Tyra pakai selipar sebelah lain.. tapi semuanya Bubble Gums dari Bata. Mama buat dono je tengok selipar Tyra.
Selepas satu jam kat Taman chik Feeza telefon ambik dia kat sana. Segera mama ajak anak-anak tinggalkan Tasik itu.
Lihatlah keceriaan Tyra di Tasik Krai :

Larilah..! Lari..! Kudaku berlari..

Buai laju-laju, sampai cucur atap..
 


Junjun dan Tyra

29 Mac 2012

Cuit-cuit Yang Cuak

Dah lama tak update blog ini. Ramai yang bertanya kenapa tiada cerita baru terutama tentang Tyra yang kini sudah berusia 4 tahun 3 bulan. Tyra sudah petah berbicara.Ada sahaja pertanyaan yang keluar dari mulutnya apabila melihat sesuatu. Dia juga seorang yang sangat alert pada persekitaran.

05 Januari 2012

MAMA VS TYRA ISKINA

Ini gambar mama masa kecil. Usia lebih kurang Tyra sekarang. Siapa lebih cute.. mama atau Tyra?