07 September 2009

Selepas 2 bulan menyepi

Assalamualikum..
Bersua kembali.
Setelah hampir dua bulan menyepi diri, tidak berpeluang untuk melayari internet dan bergelumang dengan kertas kerja dan buku-buku serta helaian fotostat nota.. yang sebenarnya.. maklumlah ada 4 bulan lagi untuk aku menamatkan title aku sebagai pelajar...
Pelajaran dan anak-anak begitu menghimpit aku sebenarnya. Pegang buku aje, teringat kat Tyra, Boboy, Junjun dan Zaza.

Tyra dah berumur 20 bulan. Dah pandai bergaduh dengan abang-abangnya. Tyra juga selalu merajuk seolah-olah dia tahu dia sahaja perempuan di dalam adik beradiknya. Manja sangat. Nasib baik abang-abangnya jarang membuli dia. Setiap kali ada cuti walaupun sehari aku akan memecut balik kampung semata-mata nak menjenguk anak-anak. Penat??? Hehehe..tipulah kalau cakap tak penat. Penat hilang bila melihat Tyra berjoget menyambutku di tangga rumah. Zaza dan Junjun akan berlari ke kereta dan berebut membuka pintu kereta. Boboy pulak tukang angkat beg pakaianku. Itulah sebabnya aku seronok sangat balik kampung. Berdepan dengan anak-anak, aku lupa buku pelajaranku. Walaupun hampir senget bahu pikul beg buku dan fail-fail nota serta laptop, berjumpa anak-anak aku jadi lupa pada buku pelajaranku. Lupa tanggungjawabku sebagai pelajar. Aku jadi tak reti nak bahagi masa untuk belajar. Leka melayan kerenah anak-anak mengajarku erti kasih sayang sebagai ibu. Boboy semenjak bersekolah dia menjadi semakin pendiam. Kurang bercakap tapi sekali dia membuka mulutnya ayatnya petah dan bernas.
Pada selasa lepas 1hb September genap usia Boboy 7 tahun. Aku tidak memberi hadiah istimewa pun. Aku sempat hantar dia ke sekolah pagi itu dan wish hepi besday. Dia happy sangat tapi tanya bila aku nak balik.
Aku tanya dia apa hadiah yang dia nak.. Jawapanya ialah...
Boboy nak, mama sayang ko boboy.. Terkedu jugak aku.. Apakah aku telah terabai atau leka melayan Tyra sahaja selama ini? Aku cuba terangkan bahawa aku tetap sayangkan dia tapi aku tak dapat balik selalu kerana sekarang sibuk kerja. Itulah alasan basi yang aku telah biasa beritahu Boboy semenjak dia tadika 5 tahun lagi. Aku tertanya juga apakah aku tidak pandai menunjukkan kasih sayang kepada anak-anakku?
Bnayak aku nak bercerita tapi sekarang dah pukul 12.15am.. Esok aku kena keluar seawal 6.30am.. Rasanya berhenti berceloteh di sini dulu.. Insya Allah malam esok aku sambung.
Sambil tu, layan video Tyra dengan Junjun yang aku snap dengan N70 aku. Tak clear sangat tapi itulah Tyra, puteriku yang semakin membesar..


video

Tiada ulasan: