Hari ini
bermulanya Puasa Ramadhan pada tahun 2012. Aku bangun bersahur pukul 5.10 pagi
di temani oleh Boboy. Sekadar berlaukkan ikan goreng, ulam daun salad, pucuk
pegaga dan timun di cicah budu beserta sambal tempoyak petai aku masih sempat
menghabiskan sepinggan nasi. Boboy juga walaupun kelihatan mengantuk tapi masih
boleh melicinkan nasi di pinggannya.
Papa sudah
bersahur lebih awal pada pukul 3.30 pagi lagi. Dia bersahur sendirian kerana
ketika dia mengejutkan aku untuk bersahur bersamanya, aku menolak kerana waktu
masih terlalu awal.
Pagi ini
juga sekitar pukul 8.30 pagi aku bersama papa dan Tyra pergi ke Pasar Pagi di
Guchil mencari ulam. Papa terlalu obses dengan daun salad, ulam raja dan
pegaga. Aku pula menambah seikat pucuk gajus yang berharga 50 sen sahaja.
Selain itu papa juga membeli nenas.. Pemurah betul pakcik penjual tu bila dia
tambah 1 biji lagi menjadikan 4 biji dengan harga RM5.00. Papa mencadangkan
untuk membuat Pajeri Nenas. Aku menurut sahaja kata-kata papa apabila dia riuh
mencari di setiap kedai runcit di dalam kawasan Pasar itu serbuk perencah
Pajeri Nenas. Katanya di Mentakab ada menjual Serbuk Perencah Pajeri Nenas.
Kesemua penjual di situ menggeleng kepala memberitahu tiada serbuk peket khusus
untuk memasak Pajeri Nenas. Akhirnya aku membeli sepeket serbuk kari Adabi dan
bahan-bahan lain sudah ada di dapur di rumahku.
Tyra pula
mula bising .. Lapar..lapar..lapar..
Sebenarnya pagi ini aku belum memberi apa-apa sarapan kepada Tyra. Maklumlah
orang lain semua berpuasa aku lupa si kecil Tyra juga terpaksa berpuasa. Alahai
kesian Tyra yang baru berusia 4 tahun juga di ajar puasa.
Musim bulan
puasa seawal pagi tiada orang meniaga air seperti kebiasaannya. Puas juga
berpusing akhirnya terjumpalah satu gerai meniaga susu segar dan yougurt. Aku
membeli untuk Tyra sebotol air perisa strawberi. Papa pesan.. "Minum dalam kereta." Walaupun dahaga Tyra masih boleh bersabar dan
menahan laparnya mengikut perintah papa. Selain itu juga papa membelikan Tyra
kuih karipap 3 biji RM1 sebesar penumbuk aku setiap satu. Besar ter.. Ketupat
pulut daun palas kegemaran Tyra aku beli hanya RM2 sahaja. Masa atas kereta
baru aku perasan ketupat itu dah dekat nak basi sebab melekit dan bertali
berlendir. Tyra dah pulun lima biji ketupat masa di atas kereta.
Dari Kuala
Krai papa terus memandu ke rumah bonda di Lata Rek
Tiada ulasan:
Catat Ulasan