03 Mei 2009

Majlis Kenduri Ayah Wan

Pada 1hb Mei 2009 .. Syukur Alhamdulillah , Ayah Wan telah selamat dinikahkan dengan ibu Amy di Pekan, Pahang. Rombongan dari Kelantan sebanyak 6 buah kereta bertolak seawal jam 10.00 pagi dari Lata Rek dan melalui Jalan Felda Aring, Gua Musang
Pemandangan sebahagian Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.
menyusuri jalan Tasik Kenyir dan seterusnya singgah di Langkap, Terengganu dan meneruskan perjalanan ke , ... Jerangau , berhenti rehat seketika di Hentian Rehat Bukit Besi dan meneruskan perjalanan melalui Ajil.
Singgah makan di Bandar Muktafi Billah Shah dan memasuki Lebuh raya Pantai Timur, terus ke Gambang dan hampir senja baru sampai ke Paloh Hinai, Pekan, Pahang.

Cuci mata dengan gambar semasa makan bekalan.

Bila dah lapar makan kat tepi longkang pun tak jadi hal nye
Dua bonda tersayang

Perjalanan mengambil masa yang panjang kerana salah sebuah kereta rombongan mengalami kerosakan beberapa kali sepanjang perjalanan. Kebetulan Hari Jumaat adalah cuti di Terengganu dan juga merupakan Hari Pekerja yang diistiharkan cuti umum seluruh Malaysia. Tidak terdapat bengkel yang bukak, maka atas kerjasama dan ilmu pengetahuan membaiki kereta, maka Paklong Qowi, Paklong Mini, Ayah Wan dan Pakcik Zahar bertungkus lumus cuba menghidupkan enjin kereta. Untuk berpatah balik dan menukar kereta adalah mustahil kerana perjalanan sudah jauh dari rumah apatah lagi banyak menempuhi hutan belantara dan bukit bukau. Sepanjang perjalanan itu aku sempat snap beberapa foto menggunakan telefon N7o sahaja kerana kesibukan menyebabkan aku sendiri terlupa membawa kamera digital. Walhal dah semalaman dok ingatkan diri sendiri pasal kamera. Sebelum bertolak leka dok mengambil gambar rombongan , akhirnya kamera di letak atas meja dan tertinggal disitu sahaja. Walaupun kualiti gambar yang diambil dengan N70 tak berapa jelas tapi puas hati juga kerana dapat ambil gambar juga.. Jadiklah walaupun dengan kamera telefon..
Malam selepas isyak bertolak ke rumah pengantin perempuan untuk majlis akad nikah dan majlis batal air sembahyang. Sekali lagi dikecewakan apabila battery telefon pulak weak and then empty.. Yalah sepanjang hari leka mengambil gambar sepanjang perjalanan.Apalah malang tak dapat nak ambil gambar semasa majlis akad nikah tu. Malam itu pasangan pengantin mengenakan pakaian putih sedondon. Ayu dan tampan di mata.

Keesokkan 2hb... majlis persandingan bermula pukul 12.00 tengahari. Sebelum itu rombongan sempat berehat dan menyusun barang hantaran. Perbincangan keluarga sementara menunggu waktu bertolak ke rumah pengantin perempuan

Membasah tekak sebelum bertolak ke rumah pengantin perempuan

Mak Yah mak saudara turut serta sebagai wakil rombongan pengantin lelaki

Ngan sepupu nak iringi pengantin lelaki keluar ke rumah pengantin perempuan

Pengantin lelaki yang kelihatan tampan dalam sut biru muda namun cuaca yang panas terik menyebabkan dia kepanasan dan kehangatan dalam debaran ditambah pakaian pengantin yang tebal. Sementara menunggu sempatlah aku snap gambar keluarga di samping barang-barang hantaran.
Antara barangan hantaran berupa barangan dandanan diri Body Shop untuk Pengantin Perempuan

Bakul Buah-buahan
Manisan Coklat dan gula-gula

Kasut

Al-Quran

Pengantin lelaki dah sampai..
Tepat pukul 12pm tiba di rumah pengantin perempuan.Rombongan pengantin lelaki disambut dengan paluan kompang. Pengantin perempuan menyambut ketibaan pengantin perempuan dan di bawa ke pelamin yang bertemakan biru putih perak. Acara merenjis tepung tawar dimulakan oleh bapa pengantin perempuan diikuti oleh Bapa pengantin lelaki dan seterusnya bonda kedua belah pihak dan saudara mara serta tetamu.
Abah lepas menepung tawar..

Selesai bacaan doa oleh wakil keluarga perempuan, pengantin dan keluarga dijemput menikmati hidangan di meja pengantin. Hidangan di meja pengantin amat mengiurkan dan membangkit selera. Aku mulanya hendak duduk di meja pengantin maklumlah sebagai kak long pengantin lelaki, tetapi Tyra plak buat hal di meja makan. Maka untuk mengelak gangguan dari Tyra aku membawanya ke meja untuk rombongan lelaki. Kuranglah sikit makanan di situ sebab tiada hidangan yang dihias cantik.

Tyra pun ada juga...Junjun & Pakcik Malau bergambar bersama pengantin
Ini dia pasangan yang sama padan..

Bertolak balik selepas majlis...

1 ulasan:

malau berkata...

Hahaha..seronok gak g kenduri jauh2 ni.. banyak benda yang dialami.. apapun ikatan kekluargaan dapat dijalin..

Bila plak giliran kajang pak malau ek...

Pak malau tak gelojoh..
stabilkan kerja..mantapkan diri..
mantapkan poket..