Hari ini 6 ogos 2010.. Selamat Hari Lahir Angah Huda di Jerantut dan Selamat pengantin baru untuk siti Aiysah dan Shukeri Air Terjun Lata Rek. Tyra pepagi lagi sudah bangun seawal jam 6.30 pagi. Kalau tidak disebabkan mama yang mengejutkan Tyra bangun, tentu Tyra masih di ulut intan di saat itu. Pagi ini papa yang mandikan Tyra. Papa juga yang buatkan susu untuk Tyra. Mulanya Tyra pakai baju gaun biru. Tetapi masa di rumah tok ma, baju Tyra comot lepas makan coklat. Mama tukar baju baru warna biru berpetak.
Selepas itu mama bawak Tyra ke rumah tok ma dan kemudian ke tempat kenduri. Tyra tak kenal sangat pengantin sebab belum pernah jumpa. Pengantin tu adalah sekampung dengan tok ma. Emak pengantin perempuan , mama kenal dari kecil lagi.
Semasa kat tempat kenduri ramai orang datang. Tyra suka tengok pelamin yang kaler kuning. Bila Tyra menangis hendak pergi tengok pelamin, mama tak bagi. Sebab mama ingat Tyra nak usik barang2 yang ada kat pelamin tu. Mama tak tau, Tyra hanya nak tengok sahaja barang tu. Bukan Tyra nak rosakkan bunga2 tu. Tyra suka tengok pelamin yang cantik. Tyra juga ralit melihat pengantin yang comel dan berseri-seri. Pengantin perempuan nampak begitu jelita dan anggun sentuhan juruandam dari butik dekat Caltex simpang Laloh.
Semasa dekat kenduri tyra banyak minum air dan hanya makan sedikit nasi. Semua lauk pauk emak2 tapi tyra sudah kenyang sebab banyak minum air.