03 Disember 2010
Tyra ke Melaka Rumah Pakcik Malau
Hari ini 3hb Disember 2010, Tyra, mama, nenek, Junjun dan Zaza tiba di melaka sekitar pukul 10.00pagi. Kami bertolak dari Kelantan pukul 11.47 malam tadi. Papa yang memandu kereta sehingga ke Kuala Lumpur pukul 5.36am dan seterusnya ke Seremban kira-kira pukul 8.30am. Selepas meninggalkan Papa di Terminal 1 Stesyen Bus Seremban, mama pula yang memandu kereta hingga ke Air Keroh, Melaka.. Pakcik Malau dah tunggu di persimpangan nak masuk ke Taman bukit puteri.
Sudah lama tidakj berbicara di sini. Tyra juga sudah pandai menjadi teman bicara. Semasa di atas kereta tadi dia membuat aku tersenyum. Semasa itu dalam perjalanan hendak ke Seremban. Tyra tidur di seat belakang dengan nenek dia. Apabila terjaga dia hendak duduk di depan bersamaku. "Maaf Tyra, mama tak laratlah nak riba Tyra lagi. Dah 6 jam riba, pinggang mama dah penat.. adik duduk dengan ma ya kat belakang..."
Apa yang melucukan ialah apabila Tyra mencuit daguku sambil tersenyum dan menyanyi lagu.. "Ibu..Ibu..Ibu entaulah atu atiku.." meminta simpati.. Aku dan papa tertawa dengan gelagat spontan Tyra itu.. Bijak! Bijak! Puteriku yang bijak..
06 Ogos 2010
Tyra 6 Ogos 2010
Hari ini 6 ogos 2010.. Selamat Hari Lahir Angah Huda di Jerantut dan Selamat pengantin baru untuk siti Aiysah dan Shukeri Air Terjun Lata Rek. Tyra pepagi lagi sudah bangun seawal jam 6.30 pagi. Kalau tidak disebabkan mama yang mengejutkan Tyra bangun, tentu Tyra masih di ulut intan di saat itu. Pagi ini papa yang mandikan Tyra. Papa juga yang buatkan susu untuk Tyra. Mulanya Tyra pakai baju gaun biru. Tetapi masa di rumah tok ma, baju Tyra comot lepas makan coklat. Mama tukar baju baru warna biru berpetak.
Selepas itu mama bawak Tyra ke rumah tok ma dan kemudian ke tempat kenduri. Tyra tak kenal sangat pengantin sebab belum pernah jumpa. Pengantin tu adalah sekampung dengan tok ma. Emak pengantin perempuan , mama kenal dari kecil lagi.
Semasa kat tempat kenduri ramai orang datang. Tyra suka tengok pelamin yang kaler kuning. Bila Tyra menangis hendak pergi tengok pelamin, mama tak bagi. Sebab mama ingat Tyra nak usik barang2 yang ada kat pelamin tu. Mama tak tau, Tyra hanya nak tengok sahaja barang tu. Bukan Tyra nak rosakkan bunga2 tu. Tyra suka tengok pelamin yang cantik. Tyra juga ralit melihat pengantin yang comel dan berseri-seri. Pengantin perempuan nampak begitu jelita dan anggun sentuhan juruandam dari butik dekat Caltex simpang Laloh.
Semasa dekat kenduri tyra banyak minum air dan hanya makan sedikit nasi. Semua lauk pauk emak2 tapi tyra sudah kenyang sebab banyak minum air.

25 Jun 2010
Tyra Hari ini
Tyra.. setiap hari melihat dia semakin membesar di depan mata , semakin comel dan cute miut.. Tetapi semenjak menjadi warga Manek Urai ni, kulit Tyra agak gelap sikit. Yalah, dia dah pandai bermain panas, berlari di halaman kadang2 bila dia mencuri keluar tanpa memakai kasut. Mujurlah kulitnya tak sensitif sangat.
17 Mei 2010
Selingan..
Air Dan Kecantikan
* Apabila kaki terasa sengal dan penat, rendamlah kaki dalam air panas.
* Apabila anda berasa stress dan letih, mandi dengan air pancuran (shower), kesannya boleh menghilangkan sengal-sengal dan keletihan itu.
* Supaya solekan wajah tahan lama, semburkan air mineral dalam bentuk spray. Beegitu juga ketika udara panas atau kering, semburkan air mineral pada wajah. Ia akan mengembalikan kesegarannya.
* Semburan air dengan tekanan tertentu boleh menghilangkan stres dan selulit (hydroterapy).
* Merendamkan tubuh dengan air panas yang dimasukkan sedikit minyak aromatherapy boleh menyegarkan kulit dan suasana hati.
* Wap daripada air yang panas, boleh berfungsi untuk membuka pori-pori kulit wajah, agar boleh mengeluarkan kotoran-kotoran yang tertimbun pada kulit.

06 Mei 2010
MAafFFF..
Langgan:
Catatan (Atom)