04 Oktober 2011

Cerita konvo adik dan bunga

Hari ini 4hb Okt 2011.. Awie konvo kat UUM. Petang kul 1.45pm aku, bonda, abah and Makdek Mahani dah selesa bersandar kat barisan kedua lam Dewan.. Ntah aku lupa namanya.
Tyra ngan boboy kena tinggal kat taman botani. Lepak kat luar je. Dalam dewan hampir 4 jam rasa kejang peha dan sakit tulang belakang. Meleleh gak air mata bila melihat adik bongsu lelaki aku terima ijazah dia. Aku pun tak berapa reti sebenarnya ijazah apa yang diterima. BcOM? Pengurusan Operasi? Ntah camne course itu aku langsung tak arif. Yang aku tahu Wawi dah jadi graduan. Bonda yang ceria amat semasa melihat anak lelaki pakai jubah dan topi biru.. akhirnya tersengguk-sengguk menunggu penerima terakhir terima ijazahnya.

Tiada ulasan: