

Hari ni ada juga perkara yang menarik untuk kuceritakan tapi kesuntukn masa tak dapat nak bercerita waktu ini.. Tyra dah terlena di atas stroller dia.. Tapi foto sebelah bukan Tyra.. Itu adalah Boboy yang tidur tapi nampak lemah sebab dia demam masa foto itu diambil.. Perempuan tu.. entahlah sapa agaknya ekk...
Pagi tadi ada orang bertanya kepadaku pasal isu kesihatan yang sedang hangat iaitu MELAMIN .Aku tak berapa arif sangat pasal melamin ni.. Apa yang aku tau ianya berbahaya pada kesihatan dan boleh menyebabkan kematian. Ini aku ada sedikit info yang ingin kukongsi berkenaan melamin yang aku baca dari surat khabar. Sekiranya anda ada komen atau info pasal melamin sila kongsi di bahagian komen ya...
MELAMIN
Penyalahgunaan bahan kimia industri oleh pengeluar makanan
Apa itu melamin ?
• Bahan kimia organic
• Selalu ditemui sebagai serbuk putih yang kaya nitrogen
Kegunaan Utama
Diguna dalam pembuatan
• Plastik
• Pinggan mangkuk Papan Putih
• Bahan Plekat
• Baja
Bagaimana ia disalah guna
• Kandungan nitrogen digunakan untuk menipu kandungan ujian makmal protein
• Melamin dicampur di dalam susu yang telah dicair bagi meningkat keuntungan peniaga tamak.
Kesan Negatif
• Menyebabkan pembentukan batu ginjal dan lain-lain masalah berkaitan sistem perkumuhan.
• Boleh menyebabkan kerosakan ginjal dan maut.
Simpton Keracunan Melamin
• Lekas marah
• Sedikit atau tiada air kencing
• Darah tinggi
• Kencing berdarah
• Jangkitan ginjal
Semasa di tempat kerja "Melamin Alert" di tampal di merata tempat. Aku jadi takut juga apabila makanan yang menjadi kegemaran aku sekeluarga telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan di antara makanan yang mengandungi tahap melamin yang tinggi dan berbahaya pada kesihatan. Sebelum ini makanan tersebut menjadi hidangan sarapan pagi dan juga di waktu santai menonton tv. Banyaklah juga stok yang terpaksa aku buang. Bayangkanlah aku sebelum ini selalu mengunyah gula-gula udang berkacang yang disalut agar-agar nipis, tiba-tiba dapat info tak boleh makan terus aku buang stok 3 peket yang masih tinggal daripada 10 peket yang aku dah habiskan bersama keluarga. Boboy, Junjun dan Zaza amat gemarkan gula-gula tersebut. Setiap kali balik kampung aku membeli sekurang-kurangnya 10 peket gula-gula tersebut yang berharga RM4.20sen sepeket di kampungku. Menggigil juga bila baca aku telah memberi makanan tersebut kepada anak-anak yang masih kecil. Aku akui, gula-gula itu memang enak dan kegemaranku dari kecil lagi. Tapi hari ini...entahlah dah berapa banyak aku dan keluarga menelan melamin......... Tolonglah...
Bila memandang wajah kat cermin, syukur Al Hamdulillah atas kurniaan Allah yang telah memperelokkan wajahku dan perelokkanlah juga budi pekertiku.. Bukan nak memuji atau perasan, kulit wajahku Alhamdulillah sehingga saat ini memang sentiasa menjadi pertanyaan orang lain apakah rahsia yang kuamalkan. Wajahku memang tiada parut atau jerawat. Bukannya tak pernah naik jerawat, bahkan setiap kali nak datang bulan mesti tanda-tandanya keluar jerawat batu dulu. Tetapi ianya akan hilang dan kulit wajah bersih dan licin semula. Memang aku akui aku ada pakai sesuatu. Hehehe.. nak buat suspen sikit.. Jangan pulak salah sangka..aku tak inject atau pakai benda-benda yang mengarut seperti sesetengah orang. Aku tak pernah..ehem sebenarnya jarang beli barang kosmetik seperti pencuci, pembersih atau apa sahaja...yang mahal-mahal tu.. Kat bilik air rumah aku hanya ada Sabun mandi 'Baby Johnsons Milk Bath', syampu Head & Shoulder dan ubat gigi colgate. Oh ya..!!! Ada lagi Facial Foam Pond's yang aku beli tahun 2006 lagi. Rasanya tak sampai 10 kali aku guna. Pastu ada Minyak Wangi CK One, Romance, tu aje kot... Sebab aku selalu cuci muka aku pakai air paip sahaja. Kadang-kadang bila mood rajin, aku blender carot pastu sapu kat muka. Biar setengah jam aku gosok-gosok dengan tapak tangan dan bersihkan dengan air paip. Kat bilik air rumah aku juga ada bekas kecil yang ku isi beras pulut goreng blender. Tujuan bila mood rajin buat sental badan guna batu sungai dari air terjun Lata Rek. Aku waktu memasak kalau guna buah tomato sekurangnya satu hiris mesti masuk mulut. Aku juga suka minum air jus buah tomato. Pati buah tomato..hampas aku panggil.. aku guna buat sental kat muka. Biar 15 minit kot..sebenarnya aku tak kira timing yang tepat.. Sebab kalau lama sikit kulit muka aku jadi gatal... Buah tomato, karot , beras pulut ni buat kulit aku jadi gebu... Aku pernah beberapa kali cuba sapu lendir aleo vera kat muka. Tak tahan rasa gatallah. Timun juga aku pernah sapu.. Gatal juga kejap kulit muka.. Satu lagu kalau jumpa poko inai.. tangan aku mulai rembat dan masuk mulut. Rasa pahit sikit tapi sebab dah biasa aku telan je. Masa kat kampung dulu aku selalu lumur kat muka daun inai yang dah kugentel ngan air dan sapu kat muka sebelum mandi. Tak ada pulak jadi merah kulit muka aku tapi rasa licin dan tegang.
Okeylah.. ni aku ada petua kecantikan yang aku ambil dari majalah. Boleh cuba kot...
Petua Kecantikan
Petang tadi aku ajak papa pergi ke Jerantut rumah Ayah Ngah.. Semasa di atas kereta perjalanan dari bandar Jerantut hingga ke Kampung Tanjung Puteri di apit oleh hutan yang menenangkan di kiri kanan jalan. Perjalanan memang membosankan bagi Boboy, Junjun dan Zaza kerana mengambil masa hampir 45 minit untuk sampai ke rumah ayah Ngah. Tetapi aku leka memerhati sekeliling dan sepanjang perjalanan itu aku sempat snap beberapa keping gambar menggunakan N70. Sesampai di perjalanan antara Kg.Baharu dan Kg. Som..aku melihat banyak lori balak di tepi jalan. Aku juga melihat kayu balak yang sudah di potong bertimbun di sebelah kiri. Ada yang sudah di letak ke atas lori balak. Sedih juga melihat kayu yang besar, lurus dan cantik di tebang dari pokok balak yang ku agak berusia ratusan tahun, mungkin dari hutan simpan di situ. Aku lihat satu suasana yang pelik tapi aku tak pasti apakah yang sebenarnya berlaku.. Aku cuba tanya papa tapi cara jawabannya tidak menyenangkan hatiku. Hatiku tertanya adakah balak itu dari kawasan hutan simpanan yang menjadi kawasan tadahan air??? Entahlah.. Kenapalah hatiku begitu sibuk ingin mengetahui.
Sampai di rumah Ayah Ngah kira-kira jam 5.45 petang. Aku terus bertanya kepada Ayah Ngah berkenaan balak dan lori balak. Dari cerita Ayah Ngah barulah aku terasa lega pula. Rupanya kawasan itu hendak di jadikan kuari untuk mengambil batu yang hendak di gunakan untuk membina lebuh raya yang baru.. masih dalam pembinaan... Tapi kuari Sg Jan tak jauh juga dari situ...........................
Semasa di rumah ayah Ngah, kami makan kek yang aku bawa dan kuih raya yang Angah buat bersama teh panas. Memang menyelerakan. Tyra pula makan kek dengan air putih sahaja.
Selepas itu Ayah Ngah mengajak Boboy, Junjun dan Zaza pergi mengambil buah petai dari pokok di depan rumahnya. Kagum juga aku melihat pokok petai Ayah Ngah yang berbuah sampai ke tepi jalan dan boleh di capai dengan tangan buahnya. Tetapi pokoknya sebesar pemeluk dan tinggi melangut..
Junjunlah yang paling suka apabila mendapat petai. Kalau dia dapat petai, makan nasi dengan ulam petai sahaja pun dia boleh habis dua pinggan.. Kadang-kadang dia boleh makan petai mentah begitu sahaja macam makan snek. Sebab itu kami gelar Junjun.. Antu Petai... Kalau nampak petai mesti teringat Junjun.
Dalam keluarga kami semua suka makan petai. Kami biasa makan petai cicah budu yang ditaruk cili padi.
Satu masalah bila makan petai kalau nak bercakap dengan orang lain memang segan bau nafas. Walaupaun dah kumur dan gosok gigi, aroma petai tetap ada. Kalau lepas pergi tandas faham-faham ajelah bau tandas camne... Sebab itu kalau nak pergi kerja aku jarang makan petai. Semasa kat kampung macam-macam petua ma bagi untuk kurang / hilangkan bau mulut makan petai. Antaranya:
1- Kunyah beras selepas makan petai.. Aku pernah cuba, memang menjadi.
2- Makcik aku pulak selalu makan terung mentah selepas makan petai.
3- Ini pulak petua dari akhbar Bacaria 12 Mei 2007 yang aku baca; Ramai yang mengelak makan petai pada hari bekerja, malu mulut berbau petai. Namun ada petua yang boleh diikuti untuk hindari baunya. Rendam petai yang sudah dipotong seeloknya dibuang kulit, ke dalam air cucian beras selama sejam.Toskan dan biarkan seketika. Selepas itu bolehlah dimakan sebagai ulam atau sebagai bahan masakan.
Kami balik kira-kira jam 6.45 petang. Di atas kereta semuanya tidur kecuali aku dan papa...Sebenarnya aku pun sekali sekala tersengguk juga tahan mengantuk. Tyra bila terjaga sahaja mesti dia nak melasak. Telefon aku pun dia ambik, buat main ketuk-ketuk kat pintu kereta. Walaupun dah bagi mainan lain tapi dia masih juga nak main telefon aku. Ni foto Tyra yang aku sempat snap sebelum dia sambung tidur semula.
Semalam semasa dalam kereta dari Triang ke Temerloh, Junjun tiba-tiba bersuara.... "..Lambatnya nak sampai ke rumah ma.. Mana rumah ma ni... Mama jauh ke lagi rumah ma?..
Ma adalah panggilan kepada neneknya yang kini berada di kampung. Aku ketawa bila mendengarnya.. Yalah dia ingat setiap kali naik kereta dan keluar jauh sikit dari rumah apatah lagi suasana sepanjang jalan dari Temerloh ke Triang di penuhi oleh pokok yang menghijau suasana kampung di sepanjang jalan. Mungkin dia teringat perjalanan balik melalui Kuala Lipis - Gua Musang yang seakan sama suasananya.
"Junjun.. Kita bukan nak balik kampung, tapi nak keluar jalan-jalan sahaja..Kampung jauh lagilah..Tak boleh sampai hari ni"... Jawab Boboy yang duduk di sebelah Junjun.
"Tunggu Boboy cuti sekolah, nanti kita balik kampung..." pujuk Papa pula.
Mendengar bicara Boboy, Junjun dan Zaza membuat hatiku rasa tenang dan syahdu.. walaupun masih kecil tapi pandai mewarnai suasana..
Teringat Lata Rek, teringat ma, abah, pakcik dan makcik, moyang dan semua saudara mara..
Sebenarnya raya puasa yang lepas, aku sempat menghabiskan cuti raya selama 8 hari di kampung. Berbaloi juga kerana raya kali ini aku banyak keluar menziarahi saudara mara berbanding sebelum ini, keluarga kami lebih suka menunggu tetamu bertandang beraya di rumah. Selain itu dapat juga berkumpul satu keluarga yang besar walaupun salah seorang ahli keluarga tidak dapat beraya kerana komitmen dengan tugas di KK Padang Rumbia, Pekan.. Tapi kemeriahan itu tetap terasa. Lebih-lebih lagi bila keluar ke Tanah Merah, terperangkap dalam Trafik Jam selama 9 jam lebih.. Perjalanan biasa selama 2 jam menjadi 6 jam... satu saat yang menyedihkan bila terpaksa berpanas di dalam kereta...
Kenapalah aku ni cerita meleret pula...
ehem apa-apa.. ajelahhh...
Ni foto yang aku snap ngan kamera N70.. Okeylah kot.. Suasana bandar Temerloh waktu malam. Menarik juga lampu-lampu yang tergantung kat pokok tapi... berapa banyak agaknya MPT bayar bil elektrik untuk lampu sahaja.... Kalau sepuluh tahun dulu semasa aku mula menjejak kaki ke bandar ini...tiada apa yang menarik pada waktu malam. Malahan boleh dikatakan inilah salah satu bandar yang mati pada waktu malamnya. Tapi kini.. setelah sepuluh tahun aku di sini, bersamanya peredaran masa.. aku melihat banyak perubahan pada suasana tempat ini. Dari sebuah tempat yang kurasakan cukup boring untuk ku jengah waktu malamnya kini segalanya berubah. Kurasakan pada setiap malam di bandar ini seumpama tempat pesta. Di penuhi oleh ramai orang. Tempat-tempat makan dan shopping kompleks sentiasa dipenuhi oleh ramai orang. Walaupun kat sini tak ada Panggung wayang tapi banyak juga wayang free ngan screen besar kat gerai-gerai makan boleh menonton dengan pesanan sepinggan nasi goreng kampung serta segelas jus oren..
Temerloh bandar ikan Patin... Tapi aku tak tau kat mana tempat yang best masakan ikan patinnya... Sebab aku tak berapa gemar ikan ini. Kat rumah aku tak pernah masak ikan patin sebab yang besarnya aku tak reti nak masak ikan patin. Hari-hari juadah wajib kat rumah aku ialah ikan Talapia. Kat sini harga ikan Talapia yang Papa Tyra beli ialah RM12.00 sekilo. Setengah tempat harganya RM14.00 sekilogram. Harga yang betulnya memang RM14.00 sekilogram. Kat Temerloh boleh dapat ikan sangkar yang masih berenang..
Itu sajalah catatan untuk hari ini.. Wassalamualaikum..